Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume
Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume

Ikhwan Fahmi February 2, 2015 2 Comments

Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume

Contoh objektif kerjaya untuk resume

Anda perlu pastikan objektif kerjaya anda ringkas dengan poin yang jelas. Perkara yang paling utama ialah anda menulis dengan jujur dan benar tentang apa yang anda mahu dan yang anda cari. Jika anda tahu kepentingan contoh objektif kerjaya untuk resume, maka anda juga harus mengetahui apa yang perlu disenaraikan sebagai objektif kerjaya :

1. Kerjaya diteruskan dalam profesion yang sama. Perkara pertama dalam objektif kerjaya ialah seiring dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon jawatan di sebuah syarikat perniagaan, maka objektif kerja anda perlu menggambarkan bahawa anda telah memiliki kelulusan dalam diploma atau ijazah akademik dan sentiasa memburu kerjaya dalam bidang perniagaan. Dalam kaedah yang sama, sekiranya anda cuba menceburi bidang seperti pemasaran atau perakaunan, pastikan objektif kerjaya anda mencerminkan perkara yang sama.

2. Teknologi terkini. Dunia pekerjaan tidak lari daripada teknologi. Dalam bahagian objektif kerjaya, letakkan minat anda untuk bekerja dengan majikan dengan kemahiran dan pengalaman baru yang bakal diperolehi. Pengetahuan baru yang bakal diperolehi pasti akan memberi manfaat kepada anda dan syarikat.

3. Tahap senior. Sekiranya anda menyertai syarikat pada peringkat pengalaman yang tinggi, pasti anda dapat menjalankan tugas dengan baik dan catatan objektif kerjaya anda memperlihatkan suasana yang tepat untuk mempamerkan kebolehan dan keupayaan anda untuk manfaat syarikat.

4. Tahap kemasukan. Kekalkan objektif kerjaya anda yang benar-benar logik. Untuk mendapatkan tempat di dalam syarikat, nyatakan tujuan anda untuk menyertai sebuah syarikat yang stabil dan akan memberi peluang untuk mengetahui lebih lanjut dan dengan itu ia akan meningkatkan profil kerja anda.

5. Menyelesaikan masalah dengan kreatif. Anda boleh menyatakan bahawa anda mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Anda boleh masukkan contoh “Mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan/kreatif dalam kedudukan yang mencabar” atau “Mencari kerjaya yang bertanggungjawab dengan cabaran profesional”.

contoh objektif kerjaya untuk resume

Pastikan resume anda menyerlah dengan objektif kerjaya yang jelas.

 

Contoh objektif kerjaya yang biasa dimasukkan dalam resume

1. Orang baru bekerja. Untuk mendapat pekerjaan dengan syarikat atau institusi yang menawarkan saya persekitaran yang konsisten positif untuk belajar teknologi baru dan melaksanakannya untuk kebaikan perniagaan.

2. Memohon pengurus jawatan. Untuk menyertai sebuah syarikat yang menawarkan saya persekitaran yang stabil dan positif serta memberi inspirasi kepada saya. Oleh itu saya boleh membuat pembaharuan budaya kerja untuk kebaikan semua pihak yang berkaitan.

3. Jawatan jualan dan khidmat pelanggan. Untuk menyertai sebuah syarikat interaktif yang menawarkan saya satu tempat kerja yang membina untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan dan masyarakat.

Ini hanya sebahagian daripada objektif kerjaya untuk senario yang diterangkan.

 

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: contoh objektif kerjaya untuk resume

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Pou says

    August 3, 2016 at 3:31 pm

    Mcm mana pulak kalau kita nak buat resume utk jawatan dlm unit berunifom. Contohnya bomba.

    Reply
  2. Oh Kerjaya says

    February 25, 2015 at 10:42 am

    Informasi yang sangat bermanfaat tuan… ramai calon tidak ada gambaran yang jelas tentang objektif kerjaya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Keputusan PTD Sesi 2021
  • Contoh Soalan Exam SPA?
  • Rujukan Exam Kerajaan JULAI 2020
  • Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan keputusan temuduga separa perubatan 2015 kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya PAC 2016 panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pegawai teknologi maklumat pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan temuduga temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd

Copyright © 2023 TIM INFOKERJAYA