Kemahiran utama yang diperlukan dalam resume
Pasaran kerja telah bertambah baik, namun ia masih lagi ketat dan amat kompetetif. Disebabkan oleh faktor ini, anda hanya mampu untuk berada di atas paras tersebut atau sebahagian daripadanya dengan mengetengahkan kemahiran yang amat diperlukan oleh bakal majikan anda. Bagi membantu anda mencapai perkara ini, kami telah menemui beberapa kemahiran utama yang diperlukan oleh sebahagian besar majikan. Ianya disenaraikan sebagai kemahiran utama yang diperlukan dalam resume. Masukkan kemahiran ini semasa menulis resume anda.
1. Keupayaan untuk bekerja dalam pasukan. Skop kerja anda menghendaki anda untuk bersama-sama dengan kumpulan anda bagi menyiapkan tugas dan projek sehingga ianya selesai. Ini bermakna majikan anda mahu memastikan anda berminat untuk berkongsi idea dan perlukan input dari orang lain yang berada dalam kumpulan anda. Jadi pastikan resume anda mempunyai komponen ini untuk mempamerkan kelebihan diri anda.
2. Kebolehan untuk berkomunikasi secara verbal dengan individu di dalam dan di luar organisasi. Untuk memastikan tugasan selesai, anda perlu berkomunikasi dengan pelbagai jabatan dalam organisasi anda. Ini boleh dikendalikan apabila and hendak mendapatkan sesuatu untuk pelanggan, atau anda perlu memahami bagaimana fungsi atau proses kerja. Anda juga perlu berkomunikasi secara efektif dengan pelanggan dan pembekal. Orang yang boleh berkomunikasi dengan efektif selalunya menjadi motivator yang baik, bermaksud anda boleh bercampur dengan orang lain untuk melakukan kerja mereka.
3. Kebolehan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Masa sudah pastinya akan wujud dalam setiap organisasi, tetapi bagaimana anda memberi maklum balas adalah yang terbaik untuk syarikat. Menyelesaikan masalah dengan penuh efisien dan kerosakan minimum adalah perkara yang bagus untuk diterapkan dalam diri anda.
4. Kebolehan untuk memperolehi dan memproses maklumat. Sebagai pekerja baru, anda akan mempunyai ruang lingkup pembelajaran. Berapa pantas anda mampu memahami atau memproses maklumat tersebut. Dalam sesetengah kes, anda tidak akan ditinggalkan bersendirian hinggalah syarikat anda pasti ang anda boleh melakukan tugasan tersebut dengan baik. Adakalana seseorang tidak mampu memproses maklumat dengan mudah dan menjadi beban kepada syarikat.
5. Kebolehan untuk merancang, mengurus dan mengutamakan kerja. Biasanya majikan akan memberi tugasan dan projek yang pelbagai. Pekerja yang efisien dan efektif sepatutnya mampu mengkategorikan tugasan mengikut tarikh akhir dan tahap keutamaan, berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh syarikat. Menyiapkan tugas dengan sempurna tidak bermakna jika ianya lewat atau memberi kesan buruk kepada tugasan yang lain.
6. Kebolehan untuk menganalisis data kuantitatif. Setiap syarikat mengukur kejayaan berdasarkan angka. Angka yang anda gunakan bergantung pada jabatan di mana anda bekerja. Sebagai contoh, dalam perkhidmatan pelanggan anda perlu memahami mengapa ramai pelanggan membuat panggilan dalam tempoh tertentu. Kebolehan anda untuk memahami statistik yang berkaitan dengan syarikat boleh membantu anda untuk merancang strategi bagi menambah kadar efisien dan membantu syarikat menjana pendapatan.
Kesimpulan
Anda perlu ingat bahawa resume anda ialah apa yang anda akan dapat semasa temuduga nanti. Terpulang kepada anda bagaimana anda hendak menjual diri anda sebaik yang mungkin apabila bakal majikan yang berpotensi melihatnya, mereka tahu serta-merta yang diri anda adalah calon yang bagus untuk mereka. Pastikan resume anda dikemaskini dan menampilkan kemahiran dan kualiti anda.
Apabila memohon pekerjaan, lakukan kajian supaya anda tahu apa kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan. Kepentingan kemahiran yang diperlukan mungkin berbeza dengan majikan yang lain dan bergantung kepada kerja yang dipohon. Pastikan anda tampilkan kemahiran kerja anda di dalam resume dengan jelas.
Ada satu panduan penulisan resume yang boleh anda miliki bagi memastikan kerja yang anda pohon berjaya menambat hati majikan. Klik banner di bawah untuk mendapatkannya sekarang :
Laman Kerjaya says
Penting untuk menghasilkan resume yang “stand-out” kerana resume adalah 1st impression majikan terhadap kita.
Terima kasih di atas tips yang dikongsikan ini tuan Ikhwan!