Nak cari kerja atau cari kerjaya
Barang kali kedua-dua istilah ini hampir sama. Namun harus difahami bahawa pengertian kerja dan kerjaya pastinya berbeza. Ramai orang hendak mencari kerja, namun masih belum jelas dengan kerjaya. Pilihan kepada kerjaya adalah yang terbaik berbanding dengan memilih kerja. Sama ada anda nak cari kerja atau cari kerjaya, ada 4 faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu minat, kemampuan, kelayakan, kebolehan dan kekuatan yang ada dalam diri anda.
Mulakan dengan risalah resume
Resume anda merupakan salah satu cara untuk mengiklankan diri anda yang diedarkan kepada majikan untuk mendapatkan kerja. Harus diingat bahawa kerja atau jawatan yang anda pohon itu mestilah ada nilai tambah yang boleh digunakan untuk mencapai kerjaya anda. Resume ini akan menjadi tiket untuk anda mencapai kerjaya anda seperti yang diakui oleh orang ramai di laman www.resumekerja.com. Apa yang anda tulis dalam resume akan mencerminkan diri anda yang sebenar.
Kemahiran yang tidak diajar dalam kelas
Di sekolah dan kolej mahu pun institusi pengajian tinggi banyak menyediakan pembelajaran akademik dan kemahiran praktikal. Namun begitu bukan semua ilmu pengetahuan dapat dicapai dalam kelas. Kemahiran seperti komunikasi, keyakinan diri, sikap positif dan penambahbaikan berterusan. Salah satu cara untuk mempelajari kemahiran tersebut ialah menerusi penyertaan kelab dan persatuan di sekolah atau institusi pengajian tinggi.
Sekiranya anda benar-benar jelas dengan kerjaya anda, kerja yang anda cari sehingga dapat selepas bergelar graduan pasti akan mencerminkan kerjaya anda. Seorang graduan dalam bidang senireka fesyen pastinya akan mencari kerja dalam bidang yang melibatkan fesyen seperti pereka fesyen, pengilustrasi atau sekurang-kurangnya pengajar dalam bidang fesyen.
Seorang graduan yang mahukan bidang kerjaya yang stabil pastinya akan membuat pilihan dalam kerjaya di sektor awam atau syarikat yang terkenal. Dengan berada di syarikat yang stabil akan memberikan banyak kelebihan seperti jaminan KWSP, elaun kerja, mudah membuat pinjaman dengan bank dan sebagainya.
Ingatlah bahawa setiap kerjaya yang dikejar bermula dengan kerja yang kita capai. Jika kita dapat merancang kerjaya dengan jelas, maka kerja yang kita dapat dapat membantu anda mencapai kerjaya tersebut dengan lebih cepat. Kerja dalam kerjaya yang jelas akan dapat memberikan motivasi kepadadiri anda untuk terus berjaya dalam hidup.
This is very good opportunity to whom looking for the job. Easier way too coz all we can did from the one line…
Kebiasaannya, skop kerja seseorang tak banyak beza dengan minat mereka ketika masih bersekolah.
Contohnya seseorang yang minat melukis, akan bekerja sebagai pelukis pelan, atau jurutera.
Begitu juga yang lain-lain. 🙂