Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Persediaan Temuduga » Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan
Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan

Ikhwan Fahmi March 10, 2015 1 Comment

Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan

Kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan

Bukan isu yang baru, tetapi sudah lama. Bahkan terlalu lama. Pasti ada sebab kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan. Resume dan surat iringan sudah dihantar. Borang permohonan juga sudah diisi. Tetapi anda masih juga tidak menerima sebarang panggilan atau makluman untuk menghadapi temuduga kerja. Masa semakin berjalan. Mungkin anda perlu mengingat semula di mana silapnya.

1. Salah isi borang permohonan. Ingat kembali had umur untuk jawatan yang anda pohon. Adakah umur anda terlalu muda atau sudah terlalu tua untuk jawatan tersebut? Kelayakan anda juga memainkan peranan. Adakah ia kelayakan atau kelulusan yang diperlukan oleh majikan? Sebahagian jawatan perlukan kelayakan seperti sijil atau diploma sahaja. Ada sebahagian majikan hanya mahukan pengalaman sebagai syarat. Ingat kembali apa maklumat yang telah anda isikan.

2. Tiada pengambilan tiada kekosongan. Barangkali anda tertunggu-tunggu dengan panggilan kepada jawatan yang dipohon. Semasa anda menghantar resume, sudahkah anda pastikan bahawa anda bertindak pada waktu yang betul? Jadi anda perlu membuat kajian sebelum memohon sesebuah jawatan. Masa sentiasa berjalan. Usah tunggu jawatan atau kerja yang tidak wujud.

3. Tamat tempoh permohonan. Ini perkara kecil namun ia boleh membawa impak yang besar. Kesilapan ini boleh membuat anda tertekan kerana memohon jawatan yang tidak lagi ditawarkan. Sekiranya anda memohon jawatan dalam kerajaan, anda boleh log masuk ke dalam portal dan kemaskini permohonan anda. Mudah-mudahan anda dipanggil untuk menghadapi temuduga yang akan datang.

 

kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan

Kenapa anda tak dipanggil ke temuduga kerajaan?

 

4. Terlalu ramai calon yang membuat permohonan. Dalam sektor perkhidmatan awam, seramai 10,000 calon akan dipanggil bagi mencari calon yang layak untuk mengisi 2 kekosongan. Jadi persaingan ini akan menjadi amat sengit kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan bukanlah ukuran utama. Calon-calon akan ditapis menerusi peperiksaan khas dan temuduga.

5. Kelayakan tidak memenuhi syarat. Lihat kembali syarat-syarat yang diperlukan oleh jabatan kerajaan tersebut. Sama ada kelulusan yang anda miliki tidak mendapat pengiktirafan atau tidak menepati kriteria yang tertulis dalam iklan. Salah satu laman yang boleh digunakan untuk membuat semakan pada kelulusan sijil, diploma dan ijazah ialah http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/esisraf/

6. Tidak lulus peperiksaan khas. Sebahagian besar calon yang ingin memasuki sektor perkhidmatan awam perlu melepasi peperiksaan yang dijalankan. Setiap jawatan mempunyai ujian yang berbeza seperti ujian bertulis, ujian bakat dan ujian fizikal. Jika anda tidak lulus peperiksaan bertulis, secara automatik anda gagal untuk ke sesi temuduga.

Kesemua poin di atas merupakan sebahagian daripada punca kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja. Ada banyak lagi sebab yang boleh anda temui namun 6 punca kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja sudah cukup untuk anda jadikan panduan dan mengelakkannya daripada terjadi pada diri anda.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan, temuduga kerajaan

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. roslih bin mastal says

    April 8, 2015 at 10:54 am

    Salam…
    Minta maaf kalau menggangu…saya dapat panggilan untuk menduduki peperiksaan online utk skim perkhidmatan penolong pegawai penerangan S27 di bawah jabatan penerangan…
    Besarlah harapan saya kiranya ybhg tuan dapat membantu saya untuk menjawab peperiksaan tersebut kerana saya amat berminat untuk memasuki skim perkhidmatan bagi jawatan tersebut…
    belas ihsan dari tuan saya dahului dengan ucapan juataan terima kasih…

    yang mengharap,
    roslih bin mastal
    ( calon peperiksaan skim pen peg penerangan S27)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Keputusan PTD Sesi 2021
  • Contoh Soalan Exam SPA?
  • Rujukan Exam Kerajaan JULAI 2020
  • Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan keputusan temuduga separa perubatan 2015 kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya PAC 2016 panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pegawai teknologi maklumat pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan temuduga temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd

Copyright © 2023 TIM INFOKERJAYA