Impian kerjaya anda masih belum berakhir. Adakalanya sering bertukar-tukar. Bukan kerana memilih, tapi takut ianya tidak tercapai sepenuhnya.
Untuk mencapai kerjaya yang diimpikan, letakkan ianya dalam bentuk yang realistik. Jadi ia akan nampak lebih mudah untuk dicapai berbanding matlamat yang idealistik. Susah sampai mencapai tahap tidak praktikal untuk dilaksanakan.
Matlamat biar selari dengan kemampuan, minat, kebolehan dan keupayaan anda. Untuk menjadi seorang tentera, anda perlu pastikan bahawa anda mempunyai ketinggian, berat badan, penglihatan, stamina dan kekuatan fizikal yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mustahil untuk menyertai pasukan tentera jika mempunyai berat badan di bawah 50kg!
Katakan anda memang mahu menjadikan tentera sebagai cita-cita. Anda haruslah berikhtiar. Tetapkan masa yang sesuai untuk mengejar impian anda. Beri tempoh 3 tahun pada diri anda. 3 tahun dari sekarang cuba adakan latihan kesihatan, senaman, aktiviti lasak dan mendapatkan berat badan yang memenuhi kriteria ATM. Jika berat badan hari ini 45kg, anda harus ada strategi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50kg. Jadi apa strategi anda? Makan dengan banyak atau makan dengan lebih kerap? Susun strategi anda supaya berat bertambah dengan lebih sihat. Bukan dengan mudarat.
Dengan itu, anda lihat kembali diri anda. Sandarkan pada kemampuan, minat, kebolehan dan keupayaan anda dalam situasi ini.
GRACE RIBKA JAMAICA BIHIN says
Slmt tnga hri admin..saya sudah 5 kali menghadiri tamuduga separa perubatan nsmun saya belum ada rezki..saya merayu supaya permohonan saya dapat d pertimbangkan pada tahun hadapan.saya sangat berminat dlm bidang ini dan tak sabar2 memulaksn karjaya tersebut.teremakadih.