Objektif kerjaya yang diperlukan oleh graduan
Resume merupakan salah satu perkara yang penting kepada pemohon kerja. Ia merupakan dokumen tunggal yang mempamerkan fakta yang berkaitan kepada individu tersebut. Di dalam artikel ini akan menjelaskan bagaimana hendak menulis objektif kerjaya yang diperlukan oleh graduan dan menyertakan contoh objektif kerjaya yang berkaitan.
Resume tersebut haruslah mempunyai maklumat yang kritikal dan releven. Satu perkara yang penting dalam resume ialah objektif kerjaya. Semasa menghantar surat permohonan kerja dan resume, anda perlu menyatakan apakah objektif bagi kerjaya anda.
Kepentingan penulisan objektif kerjaya untuk resume
1. Lokasi. Dalam kebanyakan resume, objektif kerjaya boleh diletakkan ada permulaan atau di akhir resume. Ini akan memberikan idea pantas kepada majikan tentang apa yang dicari oleh pemohon. Pembaca atau majikan boleh membuat keputusan segera sama ada syarikatnya perlukan penulis resume atau sebaliknya.
2. Jangkaan. Dengan perubahan masa, berkhidmat dengan syarikat yang mengambil persefahaman dari kedua belah pihak adalah amat penting dan bersifat terbuka tentang apa yang mereka harapkan dari hubungan kerja dari awal-awal lagi.
3. Sasaran carian kerja. Sekiranya perkara ini tidak disenaraikan, majikan menganggap pemohon tidak tahu apa perkara yang diinginkan atau diputuskan, atau secara umumnya mempunyai pengetahuan yang terlalu umum.
4. Masukkan perenggan yang menarik perhatian. Elakkan daripada meletakkan banyak perkara yang mengganggu perhatian majikan kerana objektif kerjaya anda bakal dinilai oleh majikan sama ada ia mudah difahami atau sebaliknya. Objektif kerjaya hendaklah ditulis dengan gaya dan bahasa yang sepadan dengan resume anda. Sekiranya ia tidak selari, maka ia akan menjadi sebab mengapa majikan tidak akan memanggil anda ke sesi temuduga.
Adakah anda memerlukan contoh untuk menulis objektif kerjaya dalam resume? Saya percaya ianya amat penting bagi anda. Kami akan terbitkan artikel penuh yang berkaitan dengan objektif kerjaya sedikit masa lagi.
Mohon tinggalkan di ruangan komen apakah persoalan yang bermain di fikiran anda tentang objektif kerjaya.
informasi kerjaya says
Ramai yang mengabaikan resume dalam permohonan kerja atau temuduga dan akhirnya tidak dapat kerja malah lebih buruk tidak dipanggil temuduga langsung kerana tiket masuk kerja adalah resume.. Jika resume tidak menarik bagaimana mahu memikat bakal majikan untuk dipanggil temuduga kerja?
atikah says
Boleh tim inforkerjaya beri contoh-contoh objektif kerjaya yang boleh saya jadikan rujukan untuk menulis objektif kerjaya. Mungkin objektif kerjaya saya agak sukar difahami atau double meaning sebab itu mungkin ada sesetengah syarikat tidak memangil saya interview..terima kasih..
Datin Tyka says
bagus tips ni.. DT dah banyak hantar resume. tapi belum dapat panggilan lagi.. insyaAllah nanti adalah tu kan rezeki nya