Penolong Pegawai Tadbir N29 untuk sesi exam 25 Oktober dan 31 Oktober 2019. Itu yang anda cari kan? Sebab itu anda sampai ke sini. Tahniah sebab anda sampai ke tempat yang betul dengan artikel update format terkini Oktober 2019.
Jika anda perasan, format soalan Penolong Pegawai Tadbir untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2019. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini. Jika anda nak baca mengenai Penolong Pegawai Tadbir 2018 anda boleh baca di sini tetapi jangan follow tips di sana ya. Baca untuk tahu dan ambil maklum sahaja.
Format 2018 vs Format 2019
Format 2018 kita sediakan rujukan untuk bantu calon dan anda boleh lihat antara calon yang LULUS Exam Penolong Pegawai Tadbir ini di bahagian komen blogpost ini. Jika tiada perubahan format kami akan cadangkan rujukan ini juga untuk anda. Tetapi bila tahu ada perubahan format kami tangguh dulu dan lakukan ‘major revamp’ untuk bantu calon 2019. Penting supaya anda tak sesat!
Format PPT N29 2018;
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format PPT N29 2019
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Kelihatan macam sama ja. Penilaian 2 (dua) Seksyen tetapi perasan tak ada perubahan. Penilaian PENGETAHUAN AM dibuang dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi jika anda gunakan perkongsian yang dibuat mengenai PPT N29 sesi exam 2018 memang anda akan buang masa. Masa anda akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Syukur, untuk penilaian kali ini pihak SPA dan buang bahagian ini dan digantikan dengan seksyen yang lebih bermakna bagi kami di Tim Infokerjaya dalam nak bantu calon exam Penolong Pegawai Tadbir 2019 atau spesifik Penolong Pegawai Tadbir Stor (pengurusan stor) Kemanterian Kesihatan Malaysia (KKM).
Okeh, kita terus ke Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29.
Contoh Soalan Seksyen A
Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Jawapan: D
Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kerana jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh. Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya.
“Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”
Jawapan: C
Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.
Contoh Soalan Seksyen B
Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini
Question 15 – 19
Read the passage below and answer the questions that follow.
David, my son was born by emergency caesarean section in a hospital in Cambridge, England. The first thing I noticed when they pulled him into the world was a gaping black hole in the middle of his face. Strangely, I wasn’t shocked by his harelip. I was infatuated by the tiny life I held in my arms.
But things did not go well. David struggled to feed, he choked and slept a lot. I could no longer hide my fear I knew that he was ill. We were back in hospital before he was a month old. There we saw various specialists who meticulously catalogued a long list of abnormalities. After days of tests and consultations, the doctor told us among other things that David had holes in the heart, only one kidney, spinal abnormalities and the fibres connecting the two hemispheres of the brains were missing. The doctor said that David has to have open-heart surgery really soon.
His words sank in, but I had already made the decision. David was all right. “But he is so much more at ease away from here. We don’t want any more investigations. No more needles or tests unless you can prove they will improve his quality of life. We fly back to Nepal this Sunday.”
Back in Nepal, the peace and pace was healing for all of us, and David’s tube stayed in less and less. He seemed to be doing so well that we decided to take a break and head into the mountains. We flew to Pokhara and we walked north towards the grand Annapura, through the deepest gorge in the world. At a height of 2807m above sea level, we were short of breath but the holes in David’s heart had stimulated him to produce more red blood cells to cope in the thin mountain air.
When David was five months old, we took him back to the Cambridge hospital. The clinical staffs were amazed at how well David had done. They were astonished that his growing heart had repaired theholes. He no longer needed the medicines – and he never had that open heart surgery.
Adapted from an article “Mountain Baby” in the Guardian by Dr. Jane Wilson Howarth
PENUTUP
Harap anda dapat maklumat ringkas dan jelas bagaimana penilaian untuk 2 Seksyen ini bagi Exam Penolong Pegawai Tadbir ini. Serius, kita tak nak anda hadir exam dalam keadaan blurrr dan terkapai-kapai masa exam nanti.
Fahamkan dan semai dalam minda bagaimana soalan ini ditanya. Untuk rujukan penuh contoh soalan dan nota Penolong Pegawai Tadbir 2019 ini, terus semak di sini.
Kongsikan artikel ini dengan sahabat-sahabat anda yang dipanggil ke sesi exam Penolong Pegawai Tadbir N29 tahun 2019 ini.
Leave a Reply