Perkara Utama Yang Perlu Ada Dalam Resume

Perkara utama yang perlu ada dalam resume

Resume adalah ringkasan maklumat berkaitan diri anda. Ia bakal menjadi surat pengenalan kepada bakal majikan yang menawarkan pekerjaan kepada anda. Ia turut mengandungi maklumat pendidikan, pengalaman ko-kurikulum, pencapaian terbaik, kemahiran diri dan pengalaman kerja. Resume hendaklah disediakan dengan bentuk yang bertaip dan mudah dibaca.

 

Tujuan menyediakan resume

Resume disediakan untuk pengambilan pekerja dengan tapisan temuduga. Syarikat yang menawarkan pekerjaan akan dapat melancarkan pengambilan pekerja dengan membuat senarai calon yang berpotensi untuk dipilih ke sesi temuduga. Tanpa resume, permohonan kerja akan tergendala dan anda akan disisihkan begitu sahaja.

Setiap resume yang dihantar akan membantu bakal majikan membuat pemilihan berdasarkan kelayakan yang anda miliki. Anda juga akan mudah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kemahiran anda.

 

 

perkara utama yang perlu ada dalam resume
Tak tahu apa nak tulis dalam resume? Ikuti panduan dalam artikel ini.

 

Penting ke sediakan resume?

Berdasarkan resume yang dihasilkan, anda boleh memberitahu majikan tentang kemahiran yang anda miliki supaya anda terpilih dan menepati kriteria yang diperlukan majikan. Resume anda merupakan tiket untuk memenangi persaingan mendapatkan jawatan yang ditawarkan. Sebahagian besar soalan temuduga kerja yang ditanya datang dari maklumat resume anda.

Meskipun resume yang baik bukanlah jaminan untuk mendapatkan pekerjaan, ia lebih baik daripada resume yang disediakan dalam bentuk caca-marba. Ia hanya akan terus dibuang ke tong sampah kerana tidak menggambarkan anda seorang yang serius untuk bekerja. Oleh itu resume anda mestilah dihasilkan dengan baik, kemas dan tersusun supaya ia mudah dibaca dan difahami.

 

Resume yang diperlukan majikan

Sebenarnya tiada resume yang spesifik untuk dihantar kepada bakal majikan. Namun begitu resume yang disediakan dalam bentuk kemas dan teratur akan mudah dibaca dan difahami. Sesebuah resume boleh disediakan sekurang-kurangnya 2 muka surat. Jika ia lebih daripada jumlah yang dicadangkan, pastikan resume tersebut tidak membosankan bila ia dibaca.

Tampilkan maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon sahaja. Gunakan jenis tulisan yang biasa digunakan seperti Arial, Times New Roman dan Calibri. Elakkan daripada menggunakan tulisan yang bercelaru, berlingkar atau bersimpul seperti yang terdapat dalam kad jemputan kahwin. Anda sedang membuat urusan rasmi untuk kerja, bukan mahu jemput orang ke festival.

2 thoughts on “Perkara Utama Yang Perlu Ada Dalam Resume”

  1. Cool evaporator coils work best, so when the cooling cycle starts you will
    be operating at maximum efficiency. They are
    available in many outlets and affordable too.

    Be very careful because many times the edges of the metal pieces are very sharp.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll to Top