Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » Kerjaya Pilihan Berpandukan Potensi Diri
Kerjaya Pilihan Berpandukan Potensi Diri

Ikhwan Fahmi June 20, 2015 Leave a Comment

Kerjaya Pilihan Berpandukan Potensi Diri

Kerjaya pilihan berpandukan potensi diri

Setiap individu termasuk diri anda perlu melalui proses menganalisis diri. Bila diri anda sudah di analisa, pasti anda akan menemui ciri-ciri yang boleh membantu anda memajukan lagi kerjaya anda. Kerjaya pilihan berpandukan potensi diri anda dapat dikenalpasti berdasarkan minat dalam diri anda.

 

kerjaya pilihan berpandukan potensi diri

Rancang kerja ikut minat dan sikap diri anda.

 

1. Kerjaya bidang usahawan. Individu yang bersemangat keusahawanan mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi orang lain menerusi komunikasi lisan. Mereka menggemari perkara-perkara seperti berurusan dengan pelanggan dan data.

Ciri-ciri personaliti yang dikenalpasti ialah seperti persuasif, bersosial, bertenaga, bercita-cita tinggi, agresif, berani ambil risiko, cergas, ekstrovert, memujuk, gemar berbahas, bersungguh-sungguh, boleh mempengaruhi, yakin, kebolehan memimpin, pentingkan diri, interpersonal yang baik, bermotivasi dan maskulin.

Di antara pekerjaan yang sesuai dengan individu yang memiliki sifat ini ialah pelancongan,  hospitaliti,  perhotelan,  perbankan,  komunikasi,  sains politik,  kewartawanan,  undang-undang,  pengiklanan,  pemasaran,  pentadbiran,  insurans,  takaful,  perniagaan, penilaian,  usahawan dan penerbitan.

Bidang akademik yang berkaitan dengan usahawan ialah pelancongan, pengurusan hospitaliti, perhotelan, rekreasi, pengurusan dan pentadbiran, komunikasi, pemasaran, undang-undang, perniagaan, sains aktuari, sains politik, kewartawanan dan pengiklanan.

2. Pergaulan sosial. Individu yang memiliki personaliti ini gemar bergaul, bercampur dan berurusan dengan masyarakat. Ciri-ciri personaliti yang ada dalam diri seorang yang gemar bersosial ini ialah membantu, menghebah, mengajar, mendidik, memberi motivasi, membimbing, memberi khidmat, mengambil berat, prihatin, gembira dan rasional.

Pekerjaan yang sesuai untuk personaliti ini ialah pelancongan, hospitaliti, perhubungan awam, terapi, kaunseling, psikitari, pendidikan, sosiologi, politik, jururawat, separa perubatan, pramugara atau pramugari, pengacaraan dan diplomatik.

Bidang akademik yang berkaitan ialah pengurusan hospitaliti, perhubungan awam, pengurusan perkhidmatan, kejururawatan, sains sosial, komunikasi massa, pentadbiran, pendidikan, kaunseling, pengurusan acara, sains politik, pengurusan pelancongan dan pengurusan sumber manusia.

3. Artistik. Mereka yang berada dalam kategori ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan karya seni seperti syair, sajak, puisi, gurindam, lukisan, muzik dan ukiran berdasarkan bakat yang ada. Mereka adalah seniman yang berkarya dari cetusan idea dan tidak berminat dengan sistem hidup yang teratur, tersusun dan berstruktur.

Ciri-ciri personaliti bagi kategori ini terdiri daripada sifat kompleks, asli, bebas, penuh perasaan, kreatif, sensitif, fleksibel, kalut, kaya idea, menuruti gerak hati, imaginatif, lemah lembut, gemar bersendiri, idealistik dan berfikiran terbuka.

Pekerjaan yang sesuai untuk personaliti ini ialah pereka bentuk dalaman, pereka grafik, seni bina, wartawan, komunikasi, pengiklanan, penari, pemasaran, pendidikan bahasa dan sastera, muzik, pereka fesyen, penulis skrip, pelukis dan pelakon.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: kerjaya pilihan berpandukan potensi diri

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Keputusan PTD Sesi 2021
  • Contoh Soalan Exam SPA?
  • Rujukan Exam Kerajaan JULAI 2020
  • Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan keputusan temuduga separa perubatan 2015 kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya PAC 2016 panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pegawai teknologi maklumat pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan temuduga temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd

Copyright © 2023 TIM INFOKERJAYA