Permintaan sektor pekerjaan semakin meningkat
Inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia telah berjaya melonjakkan kira-kira 48% permintaan kerja di Malaysia. Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan telah berjaya menghasilkan 3.3 juta pekerjaan yang berpendapatan tinggi sekaligus menjadikan Malaysia tersenarai sebagai negara di asia yang membangun dengan pesat.
Singapura dan Jepun juga telah diatasi oleh Malaysia dengan 42% dan 23%. Sistem ekonomi Malaysia telah membuktikan ianya kompetitif dan memainkan tanggung jawab yang utama memandangkan Malaysia merupakan pengerusi kepada sidang kemuncak ASEAN 2015. Di akhir tahun 2015 juga Komuniti Ekonomi ASEAN akan ditubuhkan.
Bidang kerjaya yang terkenal
Kerjaya dalam teknologi maklumat berjaya menunjukkan ia sebagai kerjaya yang paling terkenal dengan 75% peningkatan kerja di pasaran. Kerjaya dalam bidang perakaunan pula mencatatkan 63% diikuti kerjaya dalam bidang pemasaran 55%.
Peningkatan positif ini tidak boleh dipandang ringan. Angka yang dicapai boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Kemahiran dan pengetahuan dalam diri anda harus digilap sepanjang masa supaya ia sesuai dengan kehendak pasaran semasa. Ia boleh menambah nilai diri anda untuk mendapatkan peluang-peluang kerja di masa hadapan.
Untuk mendapatkan sebuah pekerjaan bermula dengan melihat kepada keperluan dan kehendak jawatan yang ditawarkan. Penulisan resume anda hendaklah dikarang berdasarkan kepada perkara-perkara yang dikehendaki oleh bakal majikan tersebut. Anda boleh rujuk kepada laman www.resumekerja.com untuk melihat resume yang kerap digunakan dalam industri pekerjaan.
Sebahagian soalan yang ditanyakan oleh bakal majikan bermula dengan resume anda. Kemudian barulah ianya berkisar tentang kebolehan anda untuk menggalas tugas dan tanggung jawab yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Oleh itu, pastikan anda membuat persediaan sebelum membuat mana-mana permohonan pekerjaan.
Bagi adik-adik lepasan SPM boleh buat research pekerjaan oil & gas. Sangat lumayan.