Sambungan 100 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga
Dalam artikel yang lepas, kita sudah pun membaca 50 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga. Ini adalah kesinambungan dari artikel tersebut iaitu sambungan 100 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga.
Soalan temuduga tambahan tentang diri anda
51. Beritahu saya tentang pencapaian anda yang paling membanggakan.
52. Siapakan pengurus kegemaran anda dan mengapa?
53. Apa pendapat anda tentang majikan anda terdahulu?
54. Adakah seseorang dalam kerjaya anda yang menghasilkan perbezaan?
55. Apakah personaliti yang anda boleh bekerja dengannya dan mengapa?
56. Apakah perkara yang membanggakan anda?
57. Apa yang anda gemar lakukan?
58. Apakah impian sepanjang hidup anda?
59. Apakah cita-cita anda yang terunggul?
60. Apakah kenyataan misi peribadi anda?
61. Apakah 3 perkara yang positif yang majikan anda terdahulu katakan tentang anda?
62. Apakah perkara yang negatif yang majikan anda terdahulu katakan tentang anda?
63. Apakah 3 karektor yang rakan anda gunakan untuk menerangkan tentang diri anda?
64. Apakah 3 perkara positif yang tidak anda miliki?
65. Jika anda menemuduga seseorang untuk jawatan ini, apa tarikan yang anda cari?
66. Senaraikan 5 perkataan yang menerangkan karektor anda.
67. Siapakah yang telah memberi impak terbesar dalam karier anda dan bagaimana?
68. Apakah ketakutan anda yang utama?
69. Apakah penyesalan anda yang utama dan mengapa?
70. Apakah perkara yang paling penting anda pelajari di sekolah?
71. Mengapa anda memilih subjek major ini?
72. Apakah yang anda terlepas tentang kerjaya anda yang dahulu dan sekarang?
73. Apakah pencapaian terhebat yang anda capai di luar skop kerja?
74. Apakah kualiti terbaik untuk pemimpin yang bagus? Pemimpin yang tidak bagus?
75. Adakah anda fikir pemimpin perlu ditakuti atau disukai?
76. Apa perasaan anda berkata tidak untuk menjawab?
77. Bagaimana rasanya bekerja untuk seseorang yang kurang berpengetahuan dari anda?
78. Bagaimana anda fikir saya mengkategorikan anda sebagai penemuduga?
79. Beritahu kami satu perkara tentang diri anda yang anda tidak mahu saya tahu?
80. Beritahu saya perbezaan di antara bagus dan luar biasa?
81. Anda memandu kereta jenis apa?
82. Tiada jawapan betul atau salah, tetapi anda boleh berada di mana sahaja, jadi manakah yang anda pilih?
83. Apakah buku terakhir yang and abaca?
84. Apakah majalah yang anda langgan?
85. Apakah wayang terbaik yang anda tonton tahun lepas?
86. Apakah yang anda lakukan jika menang pertandingan wang tunai?
87. Siapakah hero anda?
88. Apa yang anda suka lakukan untuk berseronok?
89. Apa yang anda lakukan jika ada masa terluang?
90. Apakah memori kegemaran anda semasa kanak-kanak?
Soalan uji minda
91. Berapa kalikah jarum jam berdetik dalam masa 24 jam?
92. Beritahu saya 10 cara untuk menggunakan pensil selain dari menulis.
93. Jual kepada saya sebatang pen.
94. Jika anda merupakan seorang menteri, beritahu saya anda nak jadi menteri apa? Mengapa?
95. Di manakah letaknya bulu halus bola tenis?
96. Jika anda seorang adiwira, pilih watak adiwira yang anda mahu dan mengapa pilih watak tersebut?
97. Jika anda boleh menyingkirkan negara-negara di dunia, manakah negara yang anda pilih?
98. Jika mata anda tertutup, bagaimana anda ikat tali kasut anda?
99. Bagaimana anda menghadapi jalan raya yang sesak semasa pergi kerja?
100. Mengapa anda masih melalui jalan raya yang sama sedangkan anda tahu ia tetap sesak?
Leave a Reply