Kenapa saya mesti biasakan tidur awal
Tidur merupakan satu proses pembaikpulihan untuk membaiki kerosakan yang berlaku semasa manusia berjaga. Ketika tidur, pemulihan tisu, perembesan hormon tumbesaran, sintesis protein dan pertumbuhan otot akan berlaku. Itu di antara pendahuluan kenapa saya mula tidur awal.
Kepantasan proses penyisihan bahan buangan bertoksik daripada otak berjalan 2 kali lebih laju semasa tidur jika hendak dibandingkan dengan semasa berjaga. Restoratif atau proses pemulihan kepada keadaan asal diterangkan peranan restoratif tidur menerusi penyisihan sisa bertoksik kepada saraf yang berhimpun semasa sistem saraf pusat dalam kondisi berjaga.
Glymphatic system iaitu sistem pembuangan sisa dalam otak bertindak aktif 10 kali ganda semasa tidur jika hendak dibandingkan semasa berjaga. Otak akan mengecut semasa tidur untuk membantu penyisihan sisa. Otak manusia mempunyai tenaga yang terbatas jadi ia hanya akan memilih satu kerja sahaja di antara fungsi berjaga dan peka atau tidur dan detoks.
Terdapat 3 perkara yang bakal memberi kesan sekiranya tidak mempunyai tidur yang cukup iaitu :
1. Tindak balas dan tindakan dalam aktiviti seharian akan menjadi perlahan.
2. Tindakan kognitif tidak keruan, memori keliru, informasi sukar diproses untuk membuat keputusan yang tepat.
3. Mengalami gangguan emosi yang berlebihan.
Beberapa gangguan yang akan timbul sekiranya tidak cukup tidur termasuklah lenguh, gangguan memori, murung, keliru, halusinasi, kewujudan memori palsu, sakit kepala, tangan menggeletar, ketumbit, edema di bawah mata, peningkatan hormon stress dan tekanan darah tinggi.
Selain itu, risiko untuk ditimpa diabetes, mudah meradang, risiko fibromyalgia, mata bergerak pantas tidak terkawal, sawan, obesiti dan menguap juga bakal terjadi jika tidur tidak mencukupi. Perasaan terlalu gembira atau kepercayaan songsang juga bakal melanda. Ini belum ditambah lagi dengan gangguan kurang penumpuan hiperaktiviti (attention deficit hyperactivity disorder). Tidur yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan oksidatif rosak kepada usus kecil, paru-paru dan organ hati.
Berikut ialah beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membolehkan anda tidur dengan mudah iaitu :
1. Tidak menonton televisyen atau menggunakan komputer 1 jam sebelum tidur.
2. Tidak makan berlebih-lebihan.
3. Tidak menggunakan telefon bimbit terlalu lama.
4. Elakkan minum kopi kerana ia akan menggegarkan adrenalin anda.
5. Mandi air suam 30 minit sebelum tidur akan merehatkan saraf dan seluruh badan.
6. Minum 1 sudu minyak kelapa dara untuk membantu saraf dan tubuh berehat.
Jadi kesimpulannya, untuk mendapatkan kerja yang berkualiti, maka tidur kita juga harus berkualiti supaya hasil kerja yang produktiviti dapat dihasilkan. Jangan kerana tidak mendapat tidur yang cukup, aktiviti kerja kita terganggu dan hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diusahakan.
Ohhh! Baru saya tahu kenapa kita mesti biasakan diri tidur lebih awal. Terima kasih admin kerana sudi berkongsi 🙂