1. Saya memang mampu!
Boleh dan mampu adalah perkara yang berbeza. Memang ramai individu yang mengatakan diri mereka boleh. Boleh buat sesuatu perkara. Tetapi adakah mereka mampu melaksanakannya? Istilah mampu boleh dikategorikan sebagai perkataan positif untuk berjaya. Contohnya “Saya mampu berjaya dalam bidang akademik”. Perkataan boleh mungkin sekadar pencetus, tetapi perkataan mampu hanya akan bermakna apabila anda berjaya melakukannya.
2. Saya memang layak!
Iktiraf kemampuan diri anda. Jika bukan anda, siapa lagi yang akan berbuat demikian. Sebagai contoh, anda sudah dilantik sebagai ketua jabatan dalam sebuah syarikat. Anda sememangnya mempunyai kredibiliti sebagai ketua jabatan. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan tugas anda. Anda memang layak.
3. Saya boleh lakukannya!
Buang segala rasa takut dan risau untuk melaksanakan tugas anda. Melakukan pembentangan projek bernilai RM1,000,000 bukanlah perkara mudah bagi seorang eksekutif muda. Jika orang lain mampu melakukannya, kenapa anda tidak mampu? Jika awal-awal lagi sudah mengalah, maka apa nilainya diri anda? Ambil sehelai kertas, senaraikan perkara dan kebolehan anda. Pasti anda dapat lihat banyak kebolehan yang anda boleh lakukan. Anda memang boleh!
Leave a Reply