Keputusan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 dan Penolong Pegawai Penerangan S29 yang dilangsungkan 17 April 2017 yang lalu telah diumumkan. Peperiksaan yang lalu antara sesi peperiksaan yang kurang aduan mengenai sistem. Tahniah untuk pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atas kelancaran ini.
Bagaimana keputusan Anda?
Adat peperiksaan mesti ada yang lulus dan mesti ada yang gagal. Untuk yang gagal anggap ini pengalaman anda dan kenalpasti di mana bahagian yang menyebabkan anda gagal tapisan online ini. Kemungkinan untuk anda dipanggil menduduki peperiksaan online yang akan datang masih ada. Apa yang penting anda pastikan maklumat anda di SPA masih valid dan dikemaskinikan.
Untuk yang berjaya tahniah diucapkan dan kami doakan anda sukses untuk tapisan seterusnya sebelum sampai ke temuduga.
Link Semakan Pegawai Penerangan
Terus semak keputusan anda melalui link di bawah;
Kongsikan Kegembiraan Anda!
Kongsikan kegembiraan anda di ruangan komen di bawah. Kami nak dengar daripada anda. Untuk yang tinggalkan komen kami akan pilih komen terbaik dan hadiahkan ebook bernilai RM40 ini. Ianya untuk 10 komen terbaik sahaja.
Cepat tinggalkan komen anda dan kongsikan kegembiraan kejayaan peperiksaan Pegawai Penerangan atau Penolong Pegawai Penerangan (NYATAKAN JAWATAN ANDA)
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya lulus dalam peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan S29. Saya mengulangkaji menggunakan nota yang dibeli dari Tim Infokerjaya. Tim Infokerjaya ada keluarkan ebook untuk PAC tak? Jika ya, saya berminat untuk mendapatkannya. Terima kasih.
Assalamualaikum. Alhamdulillah sya lulus dlm pprksaan online bagi jwtan PPP S29 dan kini tnggu pnggilan untk mnduduki PAC. Mohon pencerahan, adakah PAC bagi pegawai penerangan 41 dan pembantu pegawai penerangan S29 adalah sama? Mohon rujukan. Termia kasih
Alhamdulillah… saya gagal sekali lagi setelah membeli ebook Tim Infokerjaya kerana Tim ini mengatakan topik TN50 tidak akan keluar tetapi topik tersebut paling banyak keluar. Syabas Tim Infokerjaya. Semoga Allah memberkati rezeki kalian.
Alhamdulillah.. saya berjaya dalam peperiksaan online jawatan Pegawai Penerangan S41.. terima kasih kpd pihak Tim Infokerjaya kerana mengeluarkan ebook yang sedikt sebanyak membantu saya dlm menjawab soalan pada peperiksaan lepas.. moga Allah membalas segala jasa Tim Infokerjaya dan semoga Tim Infokerjaya terus maju dalam medan ini.. tahniah dan terima kasih..
Alhamdullilah dan terima kasih pihak Tim Infokerja sy berjaya untuk peperiksaan online pegawai penerangan S41. Rujukan yang mantap dan sedikit sebanyak membantu latihan ulangkaji saya untuk peperiksaan spa online buat kali kedua ini. Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki seluruh pihak Tim Inforkerjaya. ??