Soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
Temuduga untuk memasuki jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 akan diadakan selepas calon-calon melepasi tapisan peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sesi tapisan temuduga diadakan untuk mencari calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 mula dicari di laman Google, Yahoo dan Opera.
Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 memang tidak banyak ditulis di dalam blog. Walau bagaimana pun saya akan cuba mengumpulkan maklumat yang berkaitan supaya anda dapat memanfaatkan maklumat tersebut dengan baik. Berikut ialah beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 yang boleh anda jadikan panduan.
Sebelum anda menghadapi temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27, sila baca Asas Bagaimana Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan dahulu.
1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
2. Ceritakan penglibatan ko-kurikulum anda di sekolah dan universiti.
3. Bagaimana dengan keputusan peperiksaan SPM dan akademik anda di universiti?
4. Apakah matlamat anda untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
5. Apakah kelebihan yang anda miliki?
6. Mengapa anda memilih jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27?
7. Nyatakan tugas-tugas am Penolong Pegawai Penerangan Gred S27?
8. Jika anda bertugas di Kementerian Penerangan, apakah contoh tugas-tugas yang bakal anda lakukan?
9. Bagaimana pula jika anda diletakkan di Kementerian Kesihatan Malaysia? Bagaimana dengan tugas anda di sana?
10. Jika anda diberikan satu tugasan kerja, bagaimanakah cara yang terbaik untuk anda menyelesaikannya?
11. Adakah anda akan menunaikan tugas secara individu atau berkumpulan? Terangkan mengapa?
12. Apakah pengalaman anda mengendalikan program anjuran kelab atau persatuan di universiti yang boleh dikaitkan dengan tugas sebagai Penolong Pegawai Penerangan Gred S27?
13. Berapa lamakah masa yang anda perlukan sekiranya diberikan tugas untuk menyiapkan sesebuah laporan?
14. Adakah anda boleh berucap di hadapan orang ramai? Tidakkah anda berasa gugup?
15. Bagaimanakah pengetahuan anda mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau Good Service and Tax (GST) di Malaysia? Apa pendapat anda?
Faisal says
Assalamualaikum Tuan, sya bru sja mnduduki peperiksaan online bagi jawatan penolong pgwai pnrangan s29 pada april lalu dn kini menunggu panggilan untk menghadiri PAC.. mohon pencerahan berkenaan PAC yang akan diadakan bagi pemohon penolong pegwai pnerangan s29.. terima kasih