Contoh soalan temuduga bomba
Kerjaya sebagai pasukan bomba memerlukan kerjasama yang padu. Anda yang berminat dengan kerjaya bomba tidak boleh bertindak seorang diri. Operasi yang dijalankan oleh bomba sentiasa dalam pasukan. Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi salah seorang dari pasukan bomba, anda perlu bersedia untuk menjawab soalan temuduga bomba berdasarkan contoh soalan temuduga bomba.
Anda boleh merujuk kepada tips-tips untuk elak gagal temuduga sebagai persediaan awal termasuklah soalan-soalan temuduga asas yang kerap ditanya dalam temuduga.
Contoh soalan temuduga bomba yang anda perlukan adalah seperti berikut :
1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
2. Adakah anda sudah berkahwin?
3. Mengapa anda mahu berkhidmat dalam kerjaya bomba?
4. Terangkan mengenai misi dan visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
5. Siapakah nama Ketua Pengarah JBPM?
6. Bagaimana anda mengendalikan kebakaran yang berlaku di rumah dan di pejabat?
7. Apakah contoh bahan kimia yang boleh menyebabkan kebakaran?
8. Bagaimana untuk merawat luka yang melecur akibat terkena air panas?
9. Sebutkan cara yang paling berkesan untuk memadamkan kebakaran akibat elektrik.
10. Ceritakan bagaimana anda menggunakan alat pemadam api.
11. Katakan anda tinggal di sebuah rumah banglo 3 tingkat, di manakah tempat yang sesuai untuk memasang alat pengesan asap?
12. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai untuk diletakkan di rumah?
13. Sekiranya anda terperangkap dalam sebuah bangunan yang dipenuhi asap, bagaimanakah anda hendak menyelamatkan diri dengan cara yang paling selamat?
14. Apakah keburukan memakai sarung tangan basah semasa mengendalikan periuk yang panas?
15. Apakah cara yang paling berkesan untuk memadamkan api yang terbakar dalam periuk semasa anda memasak di dapur?
xde pon soalan macam ni….ini cume andaian kan….hihihhihihi