Temuduga Pegawai Farmasi
Baiklah, kali ini saya nak kongsikan tips temuduga Pegawai Farmasi. Ada ramai pembaca dan sahabat yang menghantar emel dan mesej tentang contoh soalan bagi jawatan tersebut. Ini bukanlah soalan bocor atau soalan ramalan. Contoh soalan ini ditulis berdasarkan maklumat jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41.
Contoh soalan temuduga Pegawai Farmasi
1. Apakah tugas-tugas Pegawai Farmasi di Hospital Kerajaan?
2. Terangkan tugas-tugas yang dilakukan oleh Pegawai Farmasi.
3. Apakah tugas Pegawai Farmasi di Unit Penguatkuasa Farmasi negeri?
4. Beri contoh aktiviti yang dijalankan oleh Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
5. Jelaskan kepentingan Program Perkhidmatan Farmasi.
6. Apakah 3 aktiviti utama yang dijalankan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi?
7. Sebutkan agensi di bawah Program Perkhidmatan Farmasi yang bertangggungjawab mengawal selia produk farmaseutikal di pasaran negara.
8. Apakah misi dan visi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Malaysia?
9. Sebutkan bahagian-bahagian yang terdapat di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Malaysia menurut pengetahuan anda.
10. Pilih satu daripada bahagian yang anda sebut dan ceritakan secara ringkas tentangnya.
11. Sebutkan nama Menteri Kesihatan yang terkini.
12. Apakah alamat portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia?
13. Bolehkah anda bekerja syif atau dipanggil bekerja secara mengejut?
14. Bagaimana anda menerangkan penggunaan ubat kepada pesakit? Berikan demonstrasi.
15. Apakah perbezaan di antara doktor dan pegawai farmasi? Berikan contoh yang berkaitan.
Siti zainab says
Saya inginkan kerjaya ini