Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Uncategorized » 5 Kesilapan Biasa Dalam Resume
5 Kesilapan Biasa Dalam Resume

Ikhwan Fahmi June 25, 2020 2 Comments

5 Kesilapan Biasa Dalam Resume

5 kesilapan biasa dalam resume

Sekiranya anda pernah menulis resume untuk diri sendiri atau orang lain, sudah pasti anda faham bahawa menulis resume adalah perkara yang mencabar. Banyak maklumat penting yang anda perlu sertakan termasuklah maklumat peribadi, matlamat kerjaya, latar belakang akademik dan pengalaman kerja anda. 5 kesilapan biasa dalam resume terjadi apabila anda tidak mengikuti garis panduan asas semasa menulis resume.

1. Memasukkan laman web peribadi. Mengapa ini dikatakan satu kesilapan? Laman web peribadi anda mungkin tidak mempunyai rujukan kerja yang tidak spesifik. Barang kali ia bercampur baur dengan maklumat lain. Ada cerita peribadi, ada resepi masakan dan ada gambar-gambar anda pergi bercuti. Bila bakal majikan anda melihat informasi tersebut, ianya tidak relevan dan membuang masa mereka.

Kecuali jika laman web anda benar-benar dihasilkan untuk mempamerkan hasil kerja anda, contoh-contoh kerja yang anda lakukan, gambar-gambar proses kerja anda dan senarai aktiviti berkaitan dengan pengalaman anda maka barulah anda masukkan laman web tersebut ke dalam resume anda.

2. Guna tulisan yang halus. Memilih gaya tulisan atau Font yang kecil dalam resume boleh menyakitkan mata bakal majikan anda. Barangkali anda berbuat demikian untuk menjimatkan kertas kerana jumlah halaman yang standard bagi resume ialah tidak melebihi 2 muka surat.

Walau bagaimana pun, dengan jumlah pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan dan kepakaran yang anda miliki selepas bertukar-tukar kerjaya, anda perlu masukkan maklumat yang berkaitan sahaja dengan kerja yang dipohon. Keluarkan maklumat terdahulu yang tidak berkaitan. Elakkan dari menggunakan font yang kurang dari 10 poin. Tulisan jenis Times New Roman atau Arial sudah cukup baik untuk resume anda.

3. Senarai institusi dan syarikat yang salah. Kesilapan besar yang dilakukan oleh kebanyakan orang ialah mereka tidak merujuk kepada majikan terdahulu dan institusi yang dihadiri. Ada sebahagiannya ditulis dengan nama singkatan sahaja.

Contoh paling mudah ialah anda menulis UiTM sebagai pusat pengajian anda. Lebih baik jika ditulis dengan nama penuh Universiti Teknologi MARA. Atau anda pernah bekerja di MAS, tulis sebagai Malaysia Airline System.

4. Perenggan panjang untuk menceritakan pengalaman anda. Gunakan penerangan ringkas dan mudah seperti bullet point. Tidak perlu terangkan secara panjang lebar dan berjela-jela. Terus ceritakan pengalaman anda seperti di bawah :

  • Berpengalaman dalam industri grafik 5 tahun
  • Mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak
  • Mampu mengendalikan perisian Adobe Photoshop secara profesional
  • Boleh memberi idea dan pandangan bernas untuk menghasilkan grafik yang memukau

5. Kesilapan menaip. Majikan akan membaca dan menilai keseluruhan resume anda. Begitu juga dengan cara anda menyusun dan mengeja perkataan dalam resume. Jika ada kesilapan ejaan, anda mungkin dianggap cuai dan tidak teliti semasa membuat kerja.

Jadi, selepas selesai menulis resume anda, berikan pada rakan supaya mereka boleh membaca dan memeriksa ejaan dalam resume tersebut. Mereka boleh membantu kerja-kerja menulis resume berjalan lancar dan kualiti resume anda bertambah baik. Selain itu, anda boleh rujuk Panduan Menulis Resume untuk menambah baik resume anda sebelum ia diserahkan kepada bakal majikan.

 

5 kesilapan biasa dalam resume

Kesilapan kecil boleh membeli impak yang besar kepada resume anda.

Filed Under: Uncategorized Tagged With: kesilapan resume, penulisan resume

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Ruda says

    November 15, 2017 at 10:45 pm

    Salam tuan. Bolehkan saya share penulisan tuan dalam blog saya juga? Saya akan kreditkan nama tuan sekali.

    Reply
  2. Gandaria says

    April 7, 2016 at 9:58 pm

    Apabila orang duduk untuk menulis resume mereka, malangnya, mereka memikirkan tanggungjawab kerja mereka boleh jadi semudah mungkin. Ini adalah perkara yang paling buruk.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Keputusan PTD Sesi 2021
  • Contoh Soalan Exam SPA?
  • Rujukan Exam Kerajaan JULAI 2020
  • Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan keputusan temuduga separa perubatan 2015 kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya PAC 2016 panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pegawai teknologi maklumat pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan temuduga temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd

Copyright © 2023 TIM INFOKERJAYA