Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Kewangan » 5 Tips Mudah Langsaikan PTPTN
5 Tips Mudah Langsaikan PTPTN

Ikhwan Fahmi May 5, 2016 Leave a Comment

5 Tips Mudah Langsaikan PTPTN

5 tips mudah langsaikan PTPTN

Ramai pihak mengatakan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengamalkan kaedah bayaran riba dalam operasinya. Ini dinafikan oleh pengerusi PTPTN sendiri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. PTPTN mengamalkan pinjaman yang mematuhi syariah.

Ia telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam sejak Jun 2008 lagi. PTPTN mengambil upah (ujrah) sebanyak 1% atas kadar rata. Ia bukan dilakukan atas dasar keuntungan tetapi untuk membiayai kos pengurusan dan pentadbiran setiap pelajar yang membuat pinjaman.

Sekiranya anda membuat pinjaman PTPTN berjumlah RM20,000 dalam masa 10 tahun, upah yang dikenakan ialah RM16.67 sebulan. Setahun berjumlah RM200.04 sahaja. Tidak ada institusi kewangan lain yang mengenakan caj yang lebih rendah dari PTPTN. Jika peminjam membayar balik dalam masa 6 bulan selepas tamat belajar, tiada sebarang caj dikenakan.

Peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman PTPTN.

 

5-tips-mudah-langsaikan-PTPTN

PTPTN adalah pinjaman yang wajib dibayar semula untuk digunakan oleh pelajar-pelajar lain.

 

Waktu untuk membayar semula PTPTN

Pinjaman pelajaran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib dibayar selepas 6 bulan anda menamatkan pelajaran di IPTA atau IPTS yang terpilih. Wang yang anda jelaskan semula pada pihak PTPTN dapat digunakan untuk membiayai pendidikan mahasiswa dan mahasiswi yang memerlukannya untuk tujuan pendidikan.

Kami di Tim Infokerjaya mahu anda sama-sama tahu perkara ini dan kongsikannya kepada sahabat yang lain sebagai satu peringatan dan kesedaran untuk membayar semula pinjaman PTPTN yang telah diberikan semasa belajar dahulu.

1. Potong gaji bulanan. Anda boleh mohon pemotongan gaji secara bulanan dengan secara berkala. Dapatkan borang di www.ptptn.gov.my dan isikan nama dan alamat majikan anda. Kemudian hantarkan kepada PTPTN semula.

2. Bayar guna internet. Pastikan anda memiliki akaun bank seperti Maybank, CIMB, Ambank, Public Bank, RHB, Bank Islam, BSN dan Bank Rakyat untuk memudahkan urusan pembayaran semula PTPTN. Jadi anda sudah tak perlu keluar pejabat untuk berurusan dengan PTPTN.

3. Guna akaun 2 KWSP. Sekian lama anda bekerja, pasti ada caruman KWSP dalam akaun 1 dan 2. Untuk pembayaran semula PTPTN, anda boleh keluarkan wang di akaun 2 bagi melangsaikan hutang PTPTN anda. Rujuk portal rasmi di www.ptptn.gov.my untuk melihat syarat-syaratnya.

4. Bayar di kaunter PTPTN. Ada kaunter PTPTN yang dibuka di sekitar Kuala Lumpur di kompleks membeli-belah. Anda boleh bayar guna kad debit atau ATM anda tanpa perlu bawa wang tunai. Mereka sudah siapkan kelengkapan untuk menerima pindahan wang dari kad anda.

5. Bayar di portal PTPTN. Lihat sahaja portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my dan daftar untuk mulakan pembayaran. Di sini anda boleh semak baki hutang PTPTN anda.

Filed Under: Kewangan Tagged With: 5 tips mudah langsaikan PTPTN

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Keputusan PTD Sesi 2021
  • Contoh Soalan Exam SPA?
  • Rujukan Exam Kerajaan JULAI 2020
  • Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan keputusan temuduga separa perubatan 2015 kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya PAC 2016 panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pegawai teknologi maklumat pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan temuduga temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd

Copyright © 2023 TIM INFOKERJAYA