Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41
Selepas melepasi peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41, calon-calon yang berjaya akan melalui proses temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Pasti ramai calon yang mencari soalan temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 di internet.
Kami di Tim Infokerjaya amat prihatin untuk membantu calon-calon temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 dengan menyenaraikan contoh soalan temuduga sebagai rujukan dan persediaan temuduga ini. Berikut adalah himpunan contoh soalan temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang diambil dari calon-calon temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 lepas.
1. Perkenalkan diri dan latar belakang anda
2. Bagaimana dengan pengalaman kerja anda sebelum ini?
3. Terangkan sistem pentadbiran yang diamalkan di Malaysia?
4. Dalam sistem Parlimen, apakah bahagian yang paling utama?
5. Namakan ketua negara dan ketua kerajaan di Malaysia
6. Apakah yang anda faham dengan Akauntabiliti dan Integriti?
7. Terangkan mengenai Akta Keselamatan Siber yang anda tahu
8. Apakah yang dimaksudkan dengan MSC?
9. berikan contoh kepada e-Government
10. Apakah cadangan anda untuk menambah baik perkhidmatan kerajaan?
11. Apakah peranan Teknologi Maklumat dengan sektor pertanian atau perikanan?
12. Mengapakah anda mahu kerja dalam sektor kerajaan?
13. Berikan contoh cabaran yang dilalui oleh pihak kerajaan dalam menambah baik penggunaan Teknologi Maklumat di seluruh Malaysia?
14. Apakah perkara yang boleh meyakinkan kami supaya mengambil calon seperti anda?
15. Bolehkah anda dihantar bertugas ke kawasan pedalaman jauh dari kemudahan awam?
16. Apakah akibat tidak menyiapkan sesebuah tugasan dalam masa yang ditetapkan?
17. Terangkan apa yang anda faham mengenai perolehan komputer, pembelian komputer dan spesifikasinya
18. Apa yang anda tahu mengenai K-Ekonomi?
19. Huraikan apa yang anda tahu berkaitan Wireless LAN
20. Bezakan antara Star Topologi dan Backbone
21. Terangkan proses pemasangan Wireless LAN di sebuah pejabat
22. Apakah tugas seorang Pegawai Teknologi Maklumat?
23. Terangkan jenis-jenis Network Topology yang anda tahu?
24. Apakah 2 contoh dan perbezaan Network Topology yang anda tahu?
25. Berikan contoh pangkalan data yang terbaik
26. Normalization membawa maksud apa?
27. Berikan tahap-tahap Normalization yang anda tahu
28. Huraikan mengenai fasa pembangunan sistem yang anda fahami
29. Senaraikan perkakas yang di perlukan untuk memasang internet di rumah beserta fungsi setiap perkakas tersebut
30. Apakah perkara yang utama untuk menjayakan sesebuah sistem?
Leave a Reply