Salam hormat,
Pengalaman saya 5 tahun semasa belajar di salah sebuah universiti tempatan, ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat gred yang baik atau CGPA yang terbaik setiap semester. Tahniah! jika anda mempunyai semangat sedemikian. Namun, apa yang kurang menariknya…ramai yang berusaha untuk dapat CGPA terbaik sehingga tamat semester dengan niat tidak mahu membayar pinjaman pendidikan. Kerana bagi mereka yang mendapat kelas pertama, akan dikecualikan daripada membayar pinjaman seperti PTPTN dan sebagainya.
Ia adalah bonus bagi mereka yang mendapat pencapaian yang terbaik dan tidak perlu membayar kembali pinjaman pendidikan. Jika anda berusaha kerana ilmu ia bakal beri pulangan lebih baik daripada niat untuk tidak membayar pinjaman pendidikan. Niat ke arah sebegitu membuatkan ramai berusaha untuk skor dalam peperiksaan sahaja daripada memahami intipati sebenar peperiksaan.
CGPA adalah ukuran pencapaian bagi setiap pelajar yang menduduki peperiksaan di universiti sama ada awam mahupun swasta. Fokus anda adalah ilmu dan bagaimana untuk memahami ilmu dengan lebih jelas lagi. Jika bakal graduan hanya fokuskan peperiksaan, matlamat mereka hanya tertumpu kepada peperiksaan. Ini adalah permainan strategi iaitu belajar untuk skor.
Waima, di dunia sebenar selepas menamatkan pendidikan kelak, graduan akan berdepan dengan permainan yang lebih mencabar lagi iaitu persaingan membuat wang. Pekerjaan adalah salah satu usaha untuk mencipta wang. CGPA diperlukan di sini untuk memulakan karier anda sebagai seorang pekerja di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta. Selain daripada pekerjaan, perniagaan pula membuka peluang yang luas untuk para graduan mencipta wang kini.
Namun, ramai sebilangan mereka yang mempunyai CGPA yang bagus selepas bekerja beberapa tahun mula untuk mengorak langkah ke arah perniagaan. Di sarankan di sini, belajar dengan niat keberkatan ilmu. Bukanlah untuk mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan sahaja. Kajian secara kasar dilakukan, kebanyakan mereka yang mempunyai gaji yang besar mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan tahap stress yang tinggi.
Ia sesuai bagi mereka yang telah lama berkhidmat dan tahu selok-belok pekerjaan. Bagi fresh graduate, matlamat anda adalah mendapatkan pengalaman sebanyak mungkin untuk mendaki tangga jawatan atau untuk memulakan perniagaan sendiri kelak. Sekali lagi tahniah bagi anda yang mendapat CGPA terbaik. Bagi yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan kurang berpuas hati dengan pencapaian anda, mulakan hidup dengan matlamat baru.
Satu pesanan untuk anda “CGPA Bukan Penentu Bahagia!”. Teruskan usaha. Kejayaan dimana-mana. Anda buat dan rasa…kejayaan milik anda.
Assalamualaikum wbt..saya agak musykil dengan pernyataan encik syed bahawa CGPA bukanlah penentu bahagia..saya setuju dengan pendapat itu kerana banyak lagi benda yang boleh dicapai untuk memperoleh kebahagiaan..saya ada satu pertanyaan, adakah kelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan CGPA dibawah 3.0 akan mendapat pekerjaan sebagai jurutera? Sebagai contoh saya sendiri pelajar jurusan elektrik dan elektronik..setakat ini saya hanya memperoleh keputusan dibawah 3.0..Saya risau jika selepas belajar saya tidak memperoleh pekerjaan sebagai jurutera..saya lebih berminat untuk mengambil elektrik(power) sebagai major saya..tidak kiralah dari segi mana..bangunan,perkapalan dan lain-lain..saya harap encik syed boleh memberikan pendapat agar saya boleh mengambil tindakan awal sebelum saya beralih ke bidang pekerjaan nanti..Terima kasih encik syed atas artikel yang encik kongsikan..bermanfaat sangat..