Berikan waktu yang spesifik untuk anda capai kerjaya yang anda impikan. Bila tiba tempoh waktu yang ditetapkan, anda dapat membuat penilaian sama ada anda berjaya mencapainya atau tidak.
Contoh yang paling mudah ialah mendapat CGPA 3.5 dalam setiap semester. Walau bagaimana pun jika anda meletakkan matlamat untuk gembira dalam kerjaya, sudah pasti ianya sukar dinilai.
Matlamat kerjaya ini adakalanya perlu diselaraskan dengan bakal majikan. Rujuk kepada visi dan misi syarikat-syarikat atau organisasi yang bakal menjadi destinasi kerjaya anda. Jika ada sebarang perbezaan, cuba perhalusi lagi matlamat kerjaya anda supaya jurang perbezaan dapat dikurangkan sekaligus mencari titik persamaan.
Leave a Reply