Graduan harus proaktif dalam memburu kerjaya. Untuk permulaan, tembus masuk dahulu walaupun ianya berada di bawah jangkaan anda. Contohnya dengan segulung ijazah seharusnya anda boleh masuk ke kerjaya kerajaan pada gred 41. Tetapi disebabkan kekosongan dan persaingan yang tinggi mungkin cita-cita itu tidak kesampaian.
Apa yang boleh anda lakukan dan kita di Tim Infokerjaya sarankan, masuklah pada gred yang lebih rendah iaitu Gred 27. Apabila sudah masuk pada jawatan itu anda akan dapat lihat peluang untuk anda tembus Gred 41 masih ada. Buat sedikit kajian apa itu KPSL dan bagaimana anda boleh mengambil manfaat dengannya (HINT)
Jangan menyumbang kepada pengangguran negara kerana anda tidak layak untuk menganggur!
Masalah Gaji
Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai graduan menolak idea ini. Mereka mahu terus bermula dengan jawatan dan gaji yang setaraf dengan kelulusan mereka tidak kira kerjaya kerajaan mahupun swasta. Mengikut laporan dari Jobstreet hasil survey yang dilakukan, 77% responden berkata pendapatan mereka tidak memberi ruang untuk simpanan selepas berbelanja untuk kepentingan asas, dengan 63% responden mengatakan kepentingan tersebut termasuklah kereta dan pinjaman pendidikan, yang menjadi komitmen utama mereka.
Dilaporkan juga 63% responden membelanjakan purata RM1,500 gaji mereka untuk perbelanjaan ini
Pada laman Jobstreet, untuk graduan baru kebanyakan majikan menawarkan gaji permulaan antara RM2,500 hingga RM2,800 mengikut kelayakan pemohon dan ianya memadai untuk permulaan kerjaya. Jangan terlalu memilih, ambil langkah kecil anda
Jimat dan Simpan
Isu masalah gaji yang tidak mencukupi sebenarnya boleh dielakkan. Kawal gaji anda. Antara tip untuk graduan yang baru mendapat kerja;
- Jangan terburu membeli kereta. Guna pengangkutan awam atau motorsikal
- Sewa rumah bersama rakan. Kongsi perbelanjaan sewa rumah
- Memasak di rumah
- Pilih pelan terbaik talian telefon bimbit anda
- Simpan dulu baru belanja
Belajar cara menguruskan wang dengan betul kerana itu adalah kunci penyelesaian masalah tak cukup gaji.
Sentiasa Ingin Maju
Masuk dulu ke alam pekerjaan tanpa memilih dan selepas itu jangan berhenti mencari peluang-peluang pekerjaan baru yang lebih tinggi gajinya. Itu harus ada dalam minda anda. Tetapi untuk mencapai perkara tersebut, timba sebanyak mungkin pengalaman kerja dan jangan lupa skil komunikasi anda. Kuasai Bahasa Inggeris kerana itu antara keperluan yang gagal dikuasai oleh graduan baru
Leave a Reply