Setelah mencuba pelbagai kaedah untuk mengingati perkara-perkara penting, anda masih lagi tidak berjaya. Malah semakin hari anda berasa ingatan anda semakin tua dan sudah penuh. Kadang-kadang berfikir pun rasa macam nak meletup!
Kredit visual kepada www.thebidwellgroup.com
Anda mungkin sudah membaca dan mengamalkan teknik yang kami kongsikan dalam artikel yang lepas, namun masalah yang berlaku seolah-olah tiada penyelesaian.
Oleh itu, kami kongsikan lagi beberapa tips yang berguna untuk menyelesaikan masalah anda :
1. Tukar perkara yang kerap dilupakan kepada soalan pengingat.
Jika anda sering terlupa membuat pemeriksaan kertas soalan yang diserahkan kepada anda, ciptakan soalan yang berkaitan dengannya, contohnya “Berapa banyak soalan yang perlu saya tulis dan hantar pada hari ini?. Berapa lamakah saya perlu menulis soalan-soalan seperti ini?”.
2. Dapatkan bantuan rakan anda.
Minta bantuan dari rakan-rakan anda untuk bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantu anda mengingat sesuatu. Atau minta mereka memberi peringatan supaya anda tidak lupa.
3. Tulis kad ingatan.
Apa sahaja yang anda khuatiri terlupa, tuliskan ia di atas kad. Anda bawalah ke mana-mana sahaja. Bila anda rasa terlupa, cepat-cepat lihat kembali kad itu.
4. Lapangkan fikiran untuk mengingat.
Fikirkan secara mudah perkara-perkara yang hendak anda ingati. Usah fikirkannya sampai susah. Jika anda hendak menyimpan barang seperti buku, hanya fikirkan untuk menyimpan sahaja. Usah fikir terlalu jauh seperti nak simpan di mana, susun bagaimana dan posisi di mana sehingga fikiran anda menjadi kusut.
5. Mudahkan perkara yang sukar diingat
Usah jadikan sesuatu yang mudah itu sukar. Jika anda hendak mengingati sesuatu perkara contohnya bercuti di Pulau Perhentian, usah semakkan fikiran anda dengan pelbagai persoalan seperti risiko bercuti, wang habis, tiket bas tiada dan wang tidak cukup.
6. Keluarkan senarai kerja yang sudah siap.
Dalam senarai kerja yang anda tuliskan, pasti ada banyak jenis kerja yang bersusun untuk ditunaikan. Keluarkan kerja yang sudah selesai untuk memudahkan urusan.
7. Menghargai minda anda.
Otak anda memang hebat kerana mampu melahirkan minda yang hebat. Iktiraf kemampuan minda anda dengan mengingati perkara ini.
Leave a Reply