Misi dan visi kerjaya yang bercanggah dengan jiwa dan sikap biasanya tidak bertahan lama. Ianya bersifat hangat-hangat tahi ayam. Membara hanya pada permulaan, tetapi terpadam pada pengakhiran. Lihat kembali pada diri anda. Perhatikan secara ikhlas dan jujur.
Apakah kepercayaan yang ada dalam diri anda? Apakah nilai anda? Bagaimana anda melihat sesuatu perkara? Pandang dari bawah tempurung atau pandang bagaikan mata sang helang?
Barangkali anda mempunyai visi dan misi yang terlalu banyak. Sampai ianya menyukarkan anda untuk bertindak. Pecahkan ianya kepada beberapa bahagian yang mudah. Tempatkan ia kepada tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Jika anda mahu menjana RM1,000,000 dalam masa 5 tahun, berapa banyak wang yang perlu anda simpan? Bagaimana hendak mencari wang sebanyak itu?
Jadi anda perlu serasikan setiap perkara dengan jiwa untuk mencapai visi dan misi kerjaya dari sekarang!
Leave a Reply