Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Berita Semasa » Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan

Muaz Hadi May 28, 2014 173 Comments

Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan

Peperiksaan SPA Kini Online

peperiksaan online SPA

27 Mei 2014 menjadi tarikh mula hebahan peperiksaan Online oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ianya diumumkan serentak dengan peperiksaan kemasukan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM). Sebenarnya peperiksaan PPM ini adalah peperiksaan kedua menggunakan sistem online ini selepas peperiksaan Penolong Pegawai Arkib pada awal Mei 2014. Ianya merupakan transformasi yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan untuk calon dan penjimatan kos pengurusan peperiksaan

Menurut pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, kaedah terbaru ini dilaksanakan bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu lagi mengambil cuti untuk ke pusat peperiksaan yang ditetapkan seperti sebelum ini. Tambahan dari itu katanya lagi, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang merangkumi perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

“Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara”, ujar Tan Sri Mahmood Adam, pengerusi SPA

 

Kesan Positif Untuk Calon?

Kita di Tim Infokerjaya melihat ini sebagai satu gerak langkah yang sangat bagus dan menyelesaikan beberapa masalah pokok ketika perlaksanaan peperiksaan sebelum ini. Dalam sistem lama, calon dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan dan masalah yang timbul adalah;

  • Calon terpaksa mengambil cuti untuk hadir ke pusat peperiksaan
  • Pusat peperiksaan yang jauh. Ada sesetengah calon bekerja di Kuala Lumpur terpaksa pulang ke Perlis untuk mengambil peperikaan di kampung
  • Masalah ‘keinginan’ calon bertukar pusat peperiksaan
  • Masalah kegagalan menjumpai pusat peperiksaan. Banyak kes calon lewat sampai ke pusat peperiksaan kerana tidak menjumpai lokasi sebenar

Tahniah untuk SPA yang mendengar keluhan calon-calon sebelum ini dan memperkenalkan inisiatif peperiksaan online ini. Syabas! Diharapkan dengan perlaksaan ini akan menambah jumlah calon yang mengambil peperiksaan dan lebih ramai calon lulus peperiksaan SPA ini

Masalah Pada Calon?

Tim Infokerjaya menerima banyak keluhan daripada calon peperiksaan Online SPA baru-baru ini. Ianya berkaitan sistem online ini. Rata-rata bergembira dengan perlaksanaan ini tetapi untuk calon yang hadir berlaku banyak kegusaran atas beberapa halangan teknikal yang berlaku. Antaranya yang sempat kami kumpulkan;

  • ‘Loading’ yang lambat
  • Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
  • ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
  • ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
  • Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
  • Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab

Itu antara masalah yang timbul. Tidak dinyatakan masalah akses internet oleh calon dan masalah tiada akses yang kita anggap sebagai masalah yang boleh diatasi oleh calon sendiri. Masalah yang dinyatakan di atas adalah pada sistem peperiksaan online itu sendiri pada teknikaliti perlaksanaan.

Ianya adalah masalah biasa untuk sistem baru dan ada ruang untuk penambahbaikan dan pastinya ianya tidak dipandang enteng oleh pihak SPA.

Pada calon yang lalu, masalah ini besar bagi mereka kerana tidak tahu apa status peperiksaan yang lalu. Adakah peperiksaan itu ‘valid’ dan bagaimana pemarkahan mengambilkira ‘pop-up’ yang mengelirukan dan ada soalan yang dikatakan masih belum dijawab.

 

Anda Calon Peperiksaan Online?

Jika anda calon peperiksaan Online yang lalu, bagaimana pengalaman anda? Ada calon yang berjaya dan lancar dalam sesi online yang lepas tetapi ada juga yang mengalami masalah seperti yang dimaklumkan. Kami perlukan maklumbalas daripada anda untuk melihat apa lagi kelemahan dan kebaikan yang berlaku.

Kita akan cuba kumpulkan dan maklumkan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mereka perlukan ‘feedback’ daripada pengguna (calon) untuk proses penambahbaikan dan semakan sistem baru ini.

Tinggalkan maklumbalas anda menerusi komen di bawah

Bacaan Tambahan:

  • rahsia ptd
    Rahsia PTD: Persediaan Intensif Untuk Program…
  • temuduga kerja kerajaan
    Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta, Ini 10 Kebaikan…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • kerja kerajaan
    Kerja Kerajaan: Strategi Menonjolkan Kemahiran…

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: exam spa, peperiksaan online

About Muaz Hadi

Muaz Hadi berkelulusan Bachelor of Engineering (Biotechnology-Biochemical Engineering) dan memiliki ijazah sarjana Master of Science dalam bidang Bioteknologi. Beliau adalah perintis dalam menyediakan rujukan secara online untuk membantu graduan berjaya dalam sesi tapisan kemasukan ke sektor awam. Dikenali sebagai pengasas INFOKERJAYA dan bersama sahabat beliau bergerak atas nama Tim Infokerjaya bagi membantu graduan memasuki alam pekerjaan.

Comments

  1. Shada says

    August 29, 2019 at 11:09 am

    Salam saya nk tanye…masa exam online ada butang hantar atau selesai sebab saya xde tekan dan butang tu tiada pom dlm exam online.betul ke?

    Reply
  2. Aishah says

    January 23, 2019 at 11:08 am

    Hi,

    Saya baru selesai menjawab soalan SPA pukul 8:00 am – 10:00 am tadi. Masa menjawab soalah terakhir, server terus logout sendiri tanpa sempat menekan butang hantar. Adakah kesemua jawapan saya akan auto save dalam sistem atau dikategorikan sebagai saya tidak menjawab soalan kerana tak sempat tekan butang hantar? Boleh tak selesaikan kekeliruan saya ni.

    Reply
  3. Nurhayati Binti Jasni says

    October 11, 2018 at 2:32 pm

    sy hari ini ambil peperiksaan ada 3 soalan sy tidak sempat jawab sy auto refresh balik trs keluar masa anda telah tamat???sedangkan masih ada 5 minit lbh lagi masa saya utk menjawab 3 soalan… Kenapa sistem mcm tu….Sedih sangat2 ini pertama kali saya menduduki exam ini….Adakah sy gagal kerana masalah itu….Tlg bantu saya??

    Reply
    • Aril says

      October 11, 2018 at 9:23 pm

      Sama lah macam saya, ada 5 soalan yang masih belum ditanda siang tadi,,tetibe keluar perkataan masa anda telah tamat, padahal masih ada 30 minit lagi masa yang tinggal..butang selesai menjawab pun tak sempat tekan. Hmm sy pun nak tnye pihak yg berkenaan,adakah sy gagal?

      Reply
  4. Nad says

    October 11, 2018 at 3:35 am

    Assalamualaikum,sy Baru melalui ujian psikometrik bg jawatan pembantu perawatan kesihatan gred u11 kelmarin 10/10/2018.malangnya saya tidak tahu sama ada ujian saya tu valid atau tidak..sebab Masa sy click Ruang SELESAI ‘pop-up’ keluar sila jawab semua soalan.sedangkan semua soalan saya periksa sudah habis Di jawab.sy tidak tahu status ujian/jawapan sy tu terhantar atau sebaliknya.sy berharap pihak spa boleh bertolak ansur Dengan calon yang menghadapi masalah seperti ini.sistem online ini memudahkan calon tetapi jika berlaku masalah2 seperti ini akan membuatkn calon yang Baru menghadapinya risau dan tak boleh tidur selagi keputusan tak di ketahui.hrp pihak spa mengambil berat akan masalah ini.untuk kebaikan bakal calon peperiksaan seterusnya.

    Reply
  5. Ms. Gowery Anam says

    October 10, 2018 at 5:19 pm

    Slmt ptg, saya baru sahaja selesai menjawab ujian psikometrik bagi pembantu perawatan kesihatan Gred U11 sebentar tadi (10/11/18 ) pada 3.30pm. Namun begitu, saya agak risau ia memberi impak kepada keputusan ujian saya sebab ‘pop-up’ mengatakan ada bebarapa soalan yang belum dijawab dan telah dilihat walhal semua soalan sudah dijawab, dan saya telahpun menekan butang selesai. Maaf, Masa yang diberikan juga tidak mencukupi kerana sistem yang kurang memuaskan dan sangat lembab.

    Reply
  6. AMIN RASDI says

    August 15, 2018 at 9:41 pm

    Untuk Seksyen A (Pengetahuan A), saya tertinggal satu soalan. Baru nak click jawapan terus time-out. Adakah ini akan di kategorikan sebagai TIDAK BERJAYA?

    Pls advice…

    Reply
  7. SUE says

    October 3, 2017 at 8:51 pm

    AUTO REFRESH YANG SANGAT SLOW . MASA TIDAK MENCUKUPI KERANA SISTEM YANG AGAK LEMBAP . MAAF, HARAF PERBAIKI DAN MENGADAKAN ULANGAN PEPERIKSAAN BAGI PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA . TERIMA KASIH .

    Reply
  8. mas says

    March 7, 2017 at 6:52 pm

    Tanda warna untuk soalan yg belum dijawab atau sudah dilihat sepatutnya menyala tetapi tidak bagi saya. saya mahu refresh tetapa saya takut ia akan keluar dr laman yg saya sudah masuk. oleh itu, ia sukarkan lagi untuk mencari soalan yg belum dijawab. tambahan, ia menunjukkan soalan seakan semua belum dijawab dan belum dilihat. saya sangat kecewa.

    Reply
    • Hadijah says

      February 10, 2022 at 3:33 pm

      Saya mengalami situasi yang sama.takut ia Akan menjejaskan keputusan ujian saya

      Reply
  9. Siti says

    March 7, 2017 at 6:48 pm

    saya sangat kecewa…saya tak sangka soalan pengetahuan am. Pengetahuan am sangat luas sehingga saya tiada idea. walaupun preparation sudah dibuat, tetapi rasa tidak berbaloi. tambahan, sepatutnya tanda warna untuk soalan yg belum dijawan atau sudah dilihat sepatutnya menyala tetapi tidak bagi saya. saya mahu refresh tetapa saya takut ia akan keluar dr laman yg saya sudah masuk. oleh itu, ia sukarkan lagi untuk mencari soalan yg belum dijawab. saya sangat kecewa.

    Reply
  10. sylvester says

    March 7, 2017 at 6:31 pm

    maaf, saya ingin bertanya. saya jawab semua soalan exam online spa section pengetahuan am. 50 soalan semua, dan setelah semua dijawab tanda oren masih keluar pada satu soalan, dan saya lupa menekan butang selesai. apa yg akan berlaku? adakah mereka mampu menerima keputusan saya itu tanpa menekan butang selesai? atau sebaliknya?

    Reply
  11. syazana says

    March 7, 2017 at 6:18 pm

    saya sedang menjawab peperiksaan online . Soalan telah dijawab namun tanda oren menandakan jawapan saya tidak diterima . mengapa itu terjadi sedangkan saya telahpun mengklik jawapan untuk beberapa kali ? adakah jawapan saya bakal diterima atau tidak ? saya sangat meinginginkan jawapan saya diterima . harap diterima .

    Reply
  12. anis busuk says

    March 7, 2017 at 6:14 pm

    asal loading semacam bila jawab tu ! asyik tanda oren je .. buat orang stress je time jawab .. haish i don’t know what have to say .. saya mengharap sangat spa ni tahu tak

    Reply
  13. sofia says

    September 7, 2016 at 4:35 pm

    saya telah menduduki exam online SPA baru2 ni.. sungguh mengecewakan apabila masa yang diberikan adalah 40 minit untuk bahagian A.. TAPI saya harus menunggu soalan muncul selama 35 minit!!!! saya hanya mampu menjawab soalan 87/197 soalan.. tapi Alhamdulillah berjaya.. sedang menunggu keputusan temuduga

    Reply
  14. nurainnajihah says

    May 4, 2016 at 8:21 pm

    [email protected]

    Reply
  15. Nor akmal nabihah bt din says

    November 1, 2015 at 12:23 pm

    Assalamualaikum…saya akmal…nk ceritakan pglmn jwb exam spa..rse macam dh nk pecah kepala otak apabila sy tpaksa tunggu lama utk jwb soalan spa…peperiksaan tu bmula pd pkl 9.30 k 10.30 mcm tu lh…sy x pasti sbb x ingt…hari sblm jwb exam tu sy dh baca buku pengajian am sbb ade yg sy x ingt utk jwb soalan pengetahuan am…jdi bmulalah kisah sy dimana saya buka laptop utk jwb pnye spa ni dari pkl 8 dan tnggu jge smpai pkl 9.30.namun,apa yg saya lakukan tu cme sia2 shj…masa tu jam dh tnjuk angka 9.45 ttpi soalan dan pndftr kata laluan msih lgi tetap sme hengnya…masa tu sy umor 20..mmg tak pcaya sbb dri lps ting.5 g sy isi. Spa ni…ttpi apakn dya,allah yg menentukan sgalanya..ingtkn dpt lh isi spa dan blh lh pgi tmuduga spa tpi lain jdinya…jdi d
    Sy tunggulah lgi setengah jam ttpi soalan msh blum kluar…ya allah,sdih bkn main…ingt blh jwb tpi jam dh tnjuk angka 10.30 dan dalam laptop dia tulis peperiksaan dh tmt..mcm mana blh jdi mcm tu sdngkan sy x jwb pon lgi…sdihnya….sy bdoa…dan cuba lgi utk soalan psikometri…ttpi ea ttp sme mcm soalan yg sy nk jwb tdi….knpe perlu jdi macam ni….sy dri tingk.5 lps skol ni sy dh isi spa tpi bila ada peperiksaan mcm ni sy ingt blh lh jwb spa dan pgi belajar dlm spa mcm kakal sedara sy tpi lain plop jdinya….dan kisah yg pling sedih skali adlh bila sy buka j bhg spa utk cek sy punya pmohonan…dlm sistem ea tulis peperiksaan sy gagal…mcm mana blh jdi mcm tu…knpe??tpi sy x kn bputus asa..bkn setakat cni j…mgkin mse umor 21 sy blh jwb smula periksa tu dgn lbh baek lgi

    Reply
  16. ayue says

    October 21, 2015 at 11:29 am

    SISTEM BODOH BETUL.CMNE NK JAWAB CMNI..

    Reply
  17. ayue says

    October 21, 2015 at 11:19 am

    AYA SEDANG MENJAWAB SOALAN.MASA MASIH LAMA TAPI DIA KELUAR MASA SUDAH TAMAT.DENGAN SENDIRI DIA KUAR KAT PAGE DEPAN. SESI MENJAWAB SOALAN.NK WT CMNE 2??

    Reply
  18. nurhayati says

    September 28, 2015 at 7:15 pm

    saya tidak dapat hadir pada peperiksaan online disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan. macam mana ye sekiranya nak ambil balik ujian kemasukan itu??

    Reply
  19. DD says

    September 22, 2015 at 11:05 am

    WALAUPUN MENGGUNAKAN DUA TELEFON UTK MENGAKSES LAMAN TERSEBUT TETAP TIDAK BERJAYA. HAL INI PERLU DIPERTIMBANGKAN. PADA 14/9 SAYA DAH MENGAMBIL PEPERIKSAAN ONL DENGAN BAIK TTP SPA SURUH BUAT LG PADA HARI INI.

    Reply
  20. ros says

    September 22, 2015 at 10:41 am

    salam, saya harini 22 sept 2015,sedang menduduki ujian online perubatan , pagi pagi da datang cc , daripada takde org kat cc ni da jadi ramai . sekarang 10.31 n tak dapat acces lagi . pada hari sebelum 14 sept, saya ada dapat juga ujian online ni . sama jugak 15 minit yg terakhir baru boleh jawab n saya dapat jawab 14 soalan je . lagi mengecewakan section b tak keluar soalan langsung . kecewa gila . n sekarang 22sept saya dapat ujian lagi , nak cuba nasib tapi skrg still tak kluar kluar lagi . rasa sedih ,pedih , kecewa, macam takda harapan , n tadi saya tengok kene try again . :((( da 10.35. nak kata saya bukak youtube mmg takde , window/tab ke tak banyak , saya bukak web ujian tu n blog ni , saya rasa kesal sangat sangat . mungkin yang sebelum ni bukan rezeki saya , tapi yang harini mungkin , saya akan cuba tunggu lagi . kalau sampai masa tak boleh jugak. mmg bukan rezeki saya .

    Reply
    • DD says

      September 22, 2015 at 11:07 am

      Sama mcm says tktahu kenapa

      Reply
  21. joymizee says

    September 14, 2015 at 1:47 pm

    peperiksaan online ini bagus untuk semua namun masalah seperti loading soalan yang lambat, pop-up yang mengatakan bahawa ada soalan yang belum dijawab padahal soalan tersebut telah dijawab, auto-refresh membuatkan masa calon menjawab telah dimakan. saya telah mengalaminya sebentar tadi dan ia membuatkan saya sangat marah dan kecewan dengan website itu kerana loading soalan yang terlalu lama membuatkan masa menjawab sy telah hilang sebanyak 27minit. saya hanya mempunyai masa sebanyak 13minit untuk menjawab 50 soalan dan itu agak mustahil untuk calon seperti saya untuk menjawabnya. saya harap pihak spa dapat mengatasi masalah ini untuk kesenangan dan kepuasan kepada semua calon. sekian

    Reply
  22. anizul says

    September 14, 2015 at 12:02 pm

    Saya tidak dapar memasukki lam web exam online sebentar tadi

    Reply
  23. nur says

    September 14, 2015 at 10:44 am

    assalamualaikum,

    saya rasa teruja apabila dapat menjawab peperiksaan online separa perubatan tetapi loading lambat dan saya langsung tak dapat jawab soalan sebab soalan tak keluar pun sampai peperiksaan tamat. Saya rasa amat kecewa dan sedih sebab tak dapat jawab langsung soalan. Harap masalah ini dapat diperbaiki…..harap ada peluang yang lain. :'(

    Reply
  24. nor says

    May 15, 2015 at 1:26 am

    Ada ke yang take note dengan segala aduan yang dibuat ni? Takde yang jawab pun. Saya pun nak tanya soalan yang penting juga. tapi takut takde yang nak reply 🙁

    Reply
  25. ita says

    April 16, 2015 at 12:30 pm

    kecewa dengan spa, dorg kata ada sms dan email panggilan peperiksaan online tu tapi tak ada pun terima apa-apa dari dorg. kecewa betol…

    Reply
  26. yati says

    April 16, 2015 at 12:01 pm

    Alhamdulillah saya telah menjawab semua soalan A dan C. Masalah timbul pada bahagian B, semua soalan boleh dilihat. saya juga telah menjawab semua soalan tapi masi lagi merah dan mengatakan saya telah menjawab 27 soalan. kalau telah di tanda jawapan ia akan berubah warna hijau tapi hairannya masih warna merah…..

    Reply
  27. adibah says

    April 15, 2015 at 10:00 pm

    Alhamdulillah, baru selesai menjawab soalan pada 15.3.2015, tetapi terdapat masalah dibahagian B, dimana soalan yang memerlukan melihat gambar rajah tidak dipaparkan..

    Reply
  28. NOOR AMERA says

    November 20, 2014 at 11:14 am

    SAYA HANYA DAPAT MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A SAHAJA
    BAHAGIAN LAIN TERUS TAK KELUAR.

    Reply
  29. Nur Syuhani says

    October 1, 2014 at 10:26 am

    Amat mendukacitakan
    saya , bahagian B saya tidak
    Dapat dibuka sedangkan masa peperiksaan
    berjalan dn myebabkn sy tdk brjaya dlm pperiksaan online . Harap spa mengkaji semula sistem
    peperiksaan online ini . Sedih sangat .Harap akn ad pperiksaan kali kedua utk kmi yg mnduduki pperiksaan online 20 september.memg brmasalah. trutama bhagian B.

    Reply
  30. nur syahirah says

    September 20, 2014 at 12:37 pm

    Salam. Alhamdulillah sebab berjaya menjawab keseluruhan soalan pada
    Bahagian A. Tapi apa yang amat mendukacitakan saya, bahagian B saya tidak
    Dapat dibuka sedangkan masa peperiksaan berjalan. Harap spa mengkaji semula sistem peperiksaan online ini. Sedih sebab tak dapat habiskan menjawab semua
    Soalan.

    Reply
    • fazlina says

      September 20, 2014 at 12:53 pm

      harap akan ada peperiksaan kali kedua

      Reply
  31. fazlina says

    September 20, 2014 at 11:50 am

    bahagian b saya x boleh bukak juga…sedih..kenapa spa sangat menyusahkan pengguna..SAYA INSAN TERANAYAI!!!!!KECEWA

    Reply
  32. CT says

    September 20, 2014 at 11:39 am

    Saya baru lepas menjawab soalan online bagi latihan separa perubatan, saya tidak dapat menghabiskan soalan seksyen a …..tetapi apabila seksyen b keluar, soklan tiada tetapi nombor soalan semua ada. sehngga masa tamat, saya tidak dapat menjawab soalan tersebut…saya amat kecewa dan sedih….kerana mungkin dengan soalan yg tak keluar tu, saya layak untuk temuduga seterusnya…..

    Reply
  33. husna says

    September 20, 2014 at 11:32 am

    SALAM.. KENAPA SEKSYEN B TAK ADA SOALAN….?

    Reply
    • CT says

      September 20, 2014 at 11:42 am

      saya pun sama laaaaaa……..kecewaaaaa sgtt

      Reply
  34. Naz says

    September 20, 2014 at 11:15 am

    Dah la masa menjawab solan singkat lepaztu system down. apakan nasib bahagia A sempat jawab 20 soalan lebih jew dari 50 soalan> >>>> lepas ni tolong la perbaiki semua kelemahan system yg di hadapi.

    Reply
  35. jeanne says

    September 15, 2014 at 10:02 pm

    server down.

    Reply
  36. SZS says

    September 6, 2014 at 11:23 am

    daftar masuk 8.30 pagi kononnya sangat teruja dan takut server busy. jam 9.05 pagi Bahagian A dah mula tapi status di skrin masih menunggu persediaan peperiksaan. refresh banyak kali sampai 9.40 pagi baru dapat masuk bahagian A tetapi hampa tiada senarai soalan. masa terus berjalan dan sehingga tamat waktu Bahagian A masih tiada apa-apa perkembangan positif.

    Jam 10.40 pagi baru dapat akses Bahagian B tapi masih sama tiada soalan dipamerkan sehingga waktu tamat. begitu juga Bahagian C. HAMPA tiada siapa yang boleh membantu di talian.. semua line busy.

    Harap SPA boleh perbaiki :

    1) Lanjutkan hari dan masa peperiksaan
    2) Masa peperiksaan bermula apabila calon mula mengakses soalan.
    3) Jalankan peperiksaan secara berperingkat mengikut zon atau negeri.
    4) perbanyakkan server untuk diakses oleh calon SELURUH MALAYSIA.

    Reply
  37. rs says

    September 6, 2014 at 11:12 am

    sistem exam online SPA memang memudahkan tetapi memberi kesan yang negatif kepada kami sebagai calon apabila sistem tidak berfungsi dengan sebaiknya sedangkan kami sudah melakukan pelbagai persediaan bagi menghadapi exam ..saya sudah log in sistem dr pukul 8.45 pagi tetapi paparan soalan masih tiada dan hanya ‘MENUNGGU PERSEDIAAN PEPERIKSAAN”sahaja dipaparkan .Tolong perbaiki sistem ini kerana ia merupakan satu ketidakadilan bagi kami.

    Reply
  38. Kamarul says

    September 6, 2014 at 11:05 am

    Salam 1Malaysia.

    Exam online sedang berlangsung sekarang bagi PENGUASA KASTAM GRED W41. Saya gagal MENDUDUKI ujian ini dgn masalah2 berikut:
    1] berkali-kali mencuba memasuki portal exam dan berjaya selepas 9.10am.
    2] berkali-kali memasuki katalaluan sehingga jam 10.20am. Rupa-rupanya katalaluan itu adalah sebenarnya ANGKA GILIRAN yg diberi dalam emel. Saya faham Bahasa Melayu, tapi AMAT tak faham bila “katalaluan”=”angka giliran”.
    3] Dah berjaya masuk, hanya paparan “arahan kepada calon” dan skrin tak bergerak apa-apa. Cuba logout dan login lagi. Keadaan masih sama sehingga akhirnya “unable to to connect to proxy server”.

    Saya sgt setuju kaedah online dan akan lebih bermanfaat jika ada nilai penambahbaikan. Cadangan saya;
    1]harap exam online tidak dibuat serentak satu negara hingga server overloaded. Elok dijadualkan mengikut jumlah pemohon per slot dan sebagainya.
    2]review istilah2 yg digunakan, lebih konsisten dan tidak mengelirukan.
    3]dari sampel manual, ia nampak comprehensive (hy sesuai bg sistem dalaman tapi tidak bila melibatkan ribuan capaian dari luar), harap dapat dipermudahkan rekabentuk.

    Respons staf yg dihubungi amat mengecewakan. May need further training on calls handling or staff replacement.

    Harap maklum dan terima kasih.

    Reply
  39. haida says

    September 6, 2014 at 10:26 am

    Memang bagus SPA mencuba pendekatan baru jawab exam guna online. tapi terlalu banyak kelemahan. Saya kerap sangat mendapat pop-up mengatakan jawapan tak dapat dihantar dan kena menjawab sekali lagi. Bila masa dah tamat, langsung tak nak pergi ke seksyen seterusnya. Bila saya ikut manual mengtakan klik keluar, ia tetap keluar seksyen pertama yang dah lama tamat.

    cadangan saya, jika SPA tetap ingin mengekalkan sistem ini, bole. tapi bagi pengguna memilih sendiri samada mereka ingin pergi ke pusat2 peperiksaan dan mendduduki peperiksaan bertulis seperti selalu or memilih untuk online. masa emel sampai pada setiap calon, mereka perlu la reply utk memberitahu samada pilih online or bertulis biasa.

    harap pihak SPA mendengar keluhan saya ini..

    Reply
  40. MFM says

    September 6, 2014 at 10:22 am

    Salam 1 Malaysia,

    Saya masih tidak dapat mengakses masuk exam online pada pagi ini sehingga waktu saya menulis komen ini. Saya mula mendaftar masuk pada pukul 8.20 am dan hanya tertera tulisan berkelip merah ‘MENUNGGU PERSEDIAAN PEPERIKSAAN’. Masih mengharap…

    Reply
  41. Cie says

    September 6, 2014 at 10:14 am

    Hari ni 06/09/2014 nk amk exam online…tapi HAMPEEEEH…x boleh masuk sampai kesudah. Paper seksyen A awai2 lg dah out…rupa soklan pun x dpt nk tgk atau bc tambahla sekyen B ngn C .qasanya kelam jgak nampaknya. Sistem ni msh x efisen…penyudahnya kena kt km yg beria2 nk amk exam ni…

    Reply
  42. roy says

    September 6, 2014 at 9:36 am

    soalan xkeluar langsung… bgus memudah cara tapi bila jd macam ni ianya bg kehampaan pd sy sbb nk dpt call up exam or temuduga sgt la sush alih2 jd cam nie….

    Reply
  43. khairul says

    September 3, 2014 at 1:38 pm

    salam,
    TIps info rujukan makan Mahal RM 100 sekarang. Tapi ramai yg beli. klu soalan spa same utuk semua ke. tak jugak kn, kali ni online. klu soalan boleh dihambil gambar. pasti ramai yg kantol contoh ramalan soalan x same. xde membantu sangat. baik bace keseluruhan dari buku. take time tapi berkat…..

    Reply
  44. TIRMIZI says

    August 21, 2014 at 7:35 pm

    FERDSNFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLFKLJVNUVNUVNUVNUVNUVNUVNUVNUVNUTHJREFUIRHGfcaeswfrewvq6tttNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJNJTVUIDRKTGFJHKGHKJFDHKLJSHGKJHFGKJHFJMUAHAHAKMCFJORKETGJTGJTGJTGJOVIKRYJIIIITHLKHFLHGFHRTGHRTYHRTHDEYJRRRRRRRFUJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJEDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDQAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARVN QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ CCCCCCCCCCCCCCCCCCCC DC DSHFKJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ JJJJJJJJJWKQ

    Reply
  45. TIRMIZI says

    August 21, 2014 at 7:34 pm

    SAYA SANGAT SUKA AKAN BLOGSPOT INI….. ^_^…….. XD

    Reply
    • TIRMIZI says

      August 21, 2014 at 7:36 pm

      BEW

      Reply
  46. nisak kamaludin says

    August 6, 2014 at 4:12 pm

    betul ke peperiksaan semalam akan diadakan semula bagi calon yang ada masalah tu….klau betul alhamdulillah….harapnya kali ni tiada masalah seperti semalam….

    quote info :-

    New post on Rujukan Kerjaya

    SPA Buka Peluang Kedua – Exam Penolong Penguasa Kastam

    “Tahniah dan terima kasih untuk pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)”

    Rasanya itu adalah maklumbalas gembira daripada calon-calon yang menghadapi masalah dalam sesi peperiksaan semalam (5 OGOS 2014). Pihak SPA telah mengambil langkah proaktif dengan membuat mesyuarat terus hasil dari ‘feedback’ calon peperiksaan. Hasilnya;

    Peperiksaan Ulangan akan dilangsungpada 13 OGOS 2014
    Calon perlu hantar aduan sebelum jam 12 Tengahhari 8 OGOS 2014 untuk dimasukkan ke sesi peperiksaan ulangan
    Aduan boleh dilakukan di Aduan SPA

    Gunakan bahasa yang sopan mempamerkan anda adalah calon perkhidmatan awam yang bakal menjawat jawatan ini. Jangan gunakan bahasa kasar/kesat. Ambil peluang ini dan ini adalah hak anda.

    Reply
    • mnh says

      August 14, 2014 at 9:31 am

      Saya pernah mengalami masalah yang sama bg jawatan yang berbeza (exam pada bulan Mei). Sy cuma boleh menjawab bah C pd 6 minit terakhir. Apa action yg sy ambil ialah email kpd SPA dan sy di berikan peluang kedua utk menjjwb kembali exam tersebut. Pada sy peluang yg dtg itu mmg sekali dan kita juga tidak boleh menyalahkan pihak SPA kerana bukan kita sahaja yg akn menduduki peperiksaan tersebut malah beribu calon. Jika kita berbudi bahasa dan meminta peluang kedua bg saya itu lebih baik dan pihak SPA ternyata membantu kita.

      Reply
  47. azam tajudin says

    August 5, 2014 at 5:22 pm

    kepada yang menghadapi masalah semasa peperiksaan online pagi tadi boleh cuba buat aduan pada :- https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/ . Saya juga salah seorang calon yang menduduki peperiksaan pagi ini. Hanya berjaya jawab sesksyen B sahaja. Tunggu on9 dari pkol 7pg sampai 12tghari sampai xsempat bekfest da…

    Reply
  48. wan says

    August 5, 2014 at 5:13 pm

    Senasib je kita semua..loading je memanjang..dpt buka masa da nk habis..jwb yg mana sempat je..tlg pihak yg brtggjwb amik berat hal ini..masa depan kami semua di atas tgn encik encik semua..

    Reply
  49. joe says says

    August 5, 2014 at 5:00 pm

    Saya pun menghadapi masalah yang sama..
    Seksyen A dapat jawap semua..seksyen B cuma 9 soalan dapat dijawab hanya 3 minit diberi.seksyen C cuma 39 masa diberi 8 minit…rasa nak demam bila difikirkan..

    Reply
  50. azie says

    August 5, 2014 at 1:38 pm

    status paparan sesi peperikasan berikut belum dimulakan..kalau ikutkan jadul kol 11..55 patut hbs,,tapi ni masih ada..

    Reply
  51. zul says

    August 5, 2014 at 1:07 pm

    tu la mintak 2 pihak spa buat pepriksaan w 27 sekali lagi ,harap pihak spa memberi perhatian sewajarnya

    Reply
  52. syima says

    August 5, 2014 at 12:44 pm

    Assalamualaikum,

    saya hrap pihak SPA menjalankan sistem online w27 ne, sebab saya hampir 1 jam setengah duduk depan pc untuk nak log in…prepared pun sudah, last2 xdapat jawab langsung hurm…

    kecewa.

    Reply
  53. Affandi says

    August 5, 2014 at 12:38 pm

    Sistem peperiksaan W27 SPA online x boleh pakai looor. Soalan matematik keluar setelah 15 minit peperiksaan dijalankan. x sempat jawab soalan. SPA ke buat balik peperiksaan semula bagi adil semua.

    Reply
  54. sahlan says

    August 5, 2014 at 12:15 pm

    x tahu macam mana status exam online sudah dihantar atau belum..tawakal je lah

    Reply
  55. AK. ASYRAF BIN AG. MATUSIN says

    August 5, 2014 at 12:07 pm

    A salam… Agk kecewa dri jm 8:30 sya cba akses ke spa 8 last2 jm 9 lbih bru dpt itu pn hnya 18 mnt lgi hbis msa mnjwb. Itu pn da msk seksyen b. Seksyen b x abis jwb hnya 11 soalan je. Syeksen a x smpat lngsung pn… Harap pihak SPA dpt ambil tindakan segera untuk tangani masalh ini sbb agak tidak adil jika kegagaln kmi untk tidak mndapat tmpat hnya disbbkn msalah teknikal sebegini.

    Reply
    • AK. ASYRAF BIN AG. MATUSIN says

      August 5, 2014 at 12:09 pm

      seksyen a*

      Reply
      • azie says

        August 5, 2014 at 12:13 pm

        saya langsung tak dapat menjawab seksyen c…sadis betul lah

        Reply
        • zul says

          August 5, 2014 at 1:13 pm

          saya cuma dapat jawab seksyen C seksyen A ngan B Tak boleh buka pukul 10.50 baru boleh log-in.
          masuk portal spa.

          Reply
  56. Zulhazmi Nordin says

    August 5, 2014 at 11:58 am

    Bahagian C boleh buka.. masa tinggal 9 minit!!!!!! Mengarut betullah ujian ni..

    Reply
  57. ieya says

    August 5, 2014 at 11:43 am

    saya sangat kecewa sebab xboleh nak buka web site spa…. loading dia sangat mengambil masa yang lama sementara nak boleh buka…ini membuatkan saya tidak dapat submit jwpn saya dan ada banyak soalan yang saya xsempat nak jawab…sebab bila bole buka masa tinggal lg 14 minit untuk bhgn pengetahuan am..bhngian 1..sy sgt2 kecewa dan sedih…

    Bahagian ke pulak sy dh jawab habis soalan yang diberikan tp kenapa dia tulis hnya 189 sahaja yg dijawab…sy confius… ada org disebelah sy pun jadi benda yg sama… knp perkara sedemikian berlaku walaupun semua soalan telah dijawab..?? ini akan membuatkan semua calon confius dan tertnya2 soalan apa yg msih belum dijawab.. hope perkara sedekian tidak berulang lagi kepada calon2 yg lain…

    pada pendapat saya, better kalau semua calon pergi menduduki peperiksaan secara bertulis daripada online sebab ini boleh menyebabkan beberapa kesukaran kepada calon..terutama kepada calon yg xde wifi dirumah dan calon terpaksa keluar mencari pusat internet yang buka pada waktu pagi.. ini akan membuatkan calon stress sebab sesetengah tmpt pusat internet hnya buka pada pukul 10pg… sekian terima kasih..

    Reply
  58. Zulhazmi Nordin says

    August 5, 2014 at 11:40 am

    Nak buka bahagian C tak boleh.. sekarang dah 11.40.. mungkin sebab terlalu ramai.. server tak dapat tampung.. Bahagian IT kena la pastikan semua ok baru la jalankan exam..

    Reply
  59. zul says

    August 5, 2014 at 10:55 am

    sekarang baru boleh buka 10.52 am dah exam psikometric bah c ,bahgian A dgn B tak boleh buka macam mana ? spa perlu beri penjelasan sepenuhnya

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 12:06 pm

      tulah pasal.. saya dapat jawab soalan bhg C aje… 🙁 🙁 🙁

      Reply
  60. jefri says

    August 5, 2014 at 10:44 am

    amat duka cita sekali dengan website spa….masa itu penting

    Reply
  61. zul says

    August 5, 2014 at 10:31 am

    Duka cita saya nak buat exam w27 portal spa tak buleh nak buka langsung,semalam buka spa ok ja,pagi ni buka dari pukul 7pagi sampai sekarang 10.30am tak boleh-boleh,harap spa dapat beri penjelasan

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 12:05 pm

      betol..betol…

      Reply
  62. syukri yuswan says

    August 5, 2014 at 10:23 am

    assalammualaikum dan selamat sejahtera.sangat mengecewakan saya sebagai calon peperiksaan 05 aug 2014,persiapan telah dipersediakan dengan kerisauan.sy hubungi Urus Setia Bahagian Peperiksaan di talian 038880 6468/ 8880 6405/ 8885 6347/ 8885 6303/ 8885 6344 tetapi gagal memberi respon. pihak SPA perlu membaiki kesilapan seperti
    ‘Loading’ yang lambat. Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
    ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
    ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
    Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar dengan penuh terperinci dan perlu mendapat pengesahan dengan teliti supaya tidak mendatangkan masalah yang lebih teruk dan dapat menjejaskan semangat calon untuk melakukan peperiksaan online. sekian

    Reply
  63. Timmy says

    August 5, 2014 at 9:58 am

    hari ini sy ade exam w27…langsung tak boleh load page spa…dr pukul 730 sampai sekarang memang takleh nak masuk..sedangkan arahan mengatakan patutan utk exam akan dibuka sejam sebelum exam…memang kecewa sangat kerana diberi harapan palsu…

    Reply
  64. imah says

    August 5, 2014 at 9:50 am

    sedihnye x dpt access langsung utk exam pg ni…

    Reply
    • calon peperiksaan online spa says

      August 5, 2014 at 9:57 am

      sedih.. hampa & kecewa.. pautan langsung x dpt access.. da st jam duk refresh page spa.. tp ttp keluar “this page can’t be displayed…

      Reply
      • imah says

        August 5, 2014 at 10:14 am

        harap sgt kalau spa bole wat sekali lagi exam ni…huu..

        Reply
        • dongtam says

          August 5, 2014 at 12:04 pm

          nak… nak… nak…

          Reply
  65. nurul says

    August 5, 2014 at 9:50 am

    Samala… sy awal2 pg dh duk dpn pc nk jwb periksa.. tp hampa.. xdpt view pon web spa.. patut la ramai calon.. tak semua dpt peluang utk jwb periksa.. sedih..

    Reply
  66. dongtam says

    August 5, 2014 at 9:44 am

    SPA kene buat balik untuk saper yang x boleh ambik exam hari ni… penat jer mengadap komputer pepagi… sedih, hampe & kecewa… mesti beribu x leh bukak jugak ni website dier… tolonglahhhh….!!!! huhu…

    Reply
    • anony says

      August 5, 2014 at 9:49 am

      setuju!

      Reply
      • dongtam says

        August 5, 2014 at 12:03 pm

        kan…. kan… 🙁 🙁 🙁 🙁

        Reply
  67. dongtam says

    August 5, 2014 at 9:41 am

    hari ni exam tp x leh bukak plak website SPA hari. Dah la ambik cuti nak exam hari ni punya pasal…

    Reply
  68. rits says

    August 5, 2014 at 9:40 am

    salam sejahtera…dan selamat pagi.
    seperti komen2 diatas saya juga mengalami perkara yang sama, sangat mengecewakan saya sebagai calon peperiksaan 05 aug 2014,dah buat persiapan dan persediaan dari minggu lepas untuk exam ni siap beli nota dari infokerjaya untuk persediaan . Pagi ni dah duduk depan komputer start dari jam 8.00am sampai skrg tak dapat nak reigister pun..paparan website spa langsung tak keluar….:(,
    sangat mendukacitakan… harap dapat di perbaiki lagi.
    soalan saya adakah kami yg calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan ini akan di pangil semula?

    Reply
  69. anony says

    August 5, 2014 at 9:31 am

    Exam pg ni langsung xleh buka even my internet connection xde masalah, kecewa nya…

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 9:45 am

      betol…betol… kecewa…. 🙁 🙁 🙁 🙁 🙁

      Reply
  70. nisak kamaludin says

    August 5, 2014 at 9:25 am

    saya juga mengalami masalah hari ni bila tak dapat langsung untuk access masuk….seawal pagi pkul 7.30 pagi menghadap komputer untuk menduduki ujian tu….sedihnya….gagal peperiksaan ni sebab tak dapat masuk server utk ambil ujian..baru nak bersaing tapi awal2 dah tersingkir…

    awalnya bila dengar ada peperiksaan secara online memang sangat teruja dan setuju sebab ia memudahkan 2-2 pihak tp ada kesan buruknya…………….terhadap calon…..
    diharap pihak spa boleh mengatasi masalah ini…..

    *akan datang tak tahu laa ada peluang nak ambil lagi….;(

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 9:40 am

      mesti kene ada exam semula….

      Reply
  71. uma says

    August 5, 2014 at 9:20 am

    selamat sejahtera…pagi ni ada peperiksaan online 5-8-2014 ..tetapi malangnya web site spa.gov.my pun tak blh buka mcm mana nak ambil ,exam.

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 9:38 am

      nak exam….!!!!!!!!!!!!!!!!

      Reply
  72. Surinah Abd Samad says

    August 5, 2014 at 9:08 am

    saya alami masalah utk peperiksaan online ini,
    lansung tk dpt buka pautan web. exam 5 ogos jam 9pagi.. tp berlalu hampa

    telefon urusetia semua talian sibuk.. keempat2 number sy hubungi ttp gagal

    kecewa. kerana bukan mudah utk dpt peluang sebegini

    lebih rela duduki ujian bertulis

    mohon pencerahan.
    sekiranya terlepas exam ini, adakah saya akan diberi peluang sekali lagi ;(

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 9:38 am

      menyusahkan!!!!!!!!!!!!!!

      Reply
  73. SkullDrive says

    August 5, 2014 at 9:03 am

    System lambat…
    X dpt masuk periksa hari ne aduyai… Frusttttt!!!!!!!!!!!!!

    Reply
    • dongtam says

      August 5, 2014 at 9:36 am

      x dapat bukak portsl spa lansung!!!! argghh…!!!!!

      Reply
  74. kroll23 says

    August 5, 2014 at 8:48 am

    hendak masuk buat pendaftaran pun macam apa…loading jer

    Reply
    • Nissa says

      August 5, 2014 at 8:50 am

      Buat pendaftaran pun tak penah panggil exam… PPM da daftar bertahun sekali pun xde exam dapat…

      Reply
  75. zalnun says

    July 24, 2014 at 11:35 pm

    Rujukan Khas Calon Exam 5 Ogos 2014
    —————————————————–
    Dapatkan tips dan panduan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27.

    Klik di sini–>https://bit.ly/PenolongPenguasaKastam

    Semoga bermanfaat. Good Luck semua..

    Reply
  76. rozee says

    July 5, 2014 at 8:49 am

    saya belum lagi menduduki exam on line … harap ada taklimat untuk perkara ini. harap maklum dan terima kasih.

    Reply
  77. yasmin jamaluddin says

    July 2, 2014 at 6:03 pm

    salam…
    boleh saya tahu peperiksaan online bagi bulan julai tarikhnya bila ya?

    Reply
  78. RAHIM87 says

    June 26, 2014 at 12:27 pm

    Salam Sejahtera dan 1 malaysia… saya ingin luahkan rasa tidak puas hati, saya mohon kerja melalui SPA dari tahun 2006 sampai sekarang, kali pertama saya dipangil untuk temuduga tahun 2008 masa itu saya final exam untuk sijil di institut kemahiran mara, malangnya saya tidak dapat hadir dan saya cuba menghubungi pihak spa untuk memberitahu bahawasanya saya tidak dapat hadir temuduga atas sebab yang tidak dapat dielakan, sekarang ini saya sudah mempunyai kelulusan diploma, semua jawatan yang saya apply diberi jawapan permohonan anda tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh spa, jadi saya cuba apply jawatan lain yang lebih rendah lagi syarat-syarat kelayakanya, tetapi jawapan dia sama sahaja, jadi bolehkah pihak spa memberi pencerahan mengenai perkara ini,, insan yang berharap..

    Reply
  79. Rafie says

    June 11, 2014 at 12:13 pm

    Askum..dah dpt kptsn pperiksaan pegwai pmbgunan msykt. Kecewa…sangat kecewa…spt yg calon hdpi mgkin itulah yg mjejaskn kptsan. Ndak puas hati…malah dah jwb sungguh2 msi gagal..apakah ssh sgt d beri keadilan.???..saya pemehang ijazah sarjana, bacelor sains pembangunan manusia drp upm…tp xda jgk ptimbangan. Pperiksaan online bt saya btmbh kecewa n dbero statis gagal. Kecewa…kecewa…

    Reply
  80. norhisham says

    June 11, 2014 at 11:18 am

    masalah loading yang terlalu lama,ada soalan belum dijawab sedangkan semua soalan telah dijawab.keputusan berjaya atau gagal harus di sertakan markah dan bahagian mana yang rendah supaya calon boleh memperbaiki lagi di masa akan datang.

    Reply
  81. liza says

    June 9, 2014 at 11:10 am

    Assalamualaikum… sy ada persoalan, apabila peperiksaan secara online, sejauh manakah ketelusan pihak yang menjawab soalan-soalan? adakah pihak SPA tahu apakah benar calon sebenar yang menjawab soalan. Ini sahaja persoalan saya. Mungkin ini juga perlu dipandang serius dari segi ketelusan calon yang menduduki peperiksaan online.

    Reply
  82. Sarah Saidon says

    June 6, 2014 at 7:35 pm

    Salam..saya belum pernah hadapi peperiksaan dalam talian lagi, tapi rakan saya haritu dah rasa..dan ya, malangnya dia pun ada masalah seperti yang kebanyakan dinyatakan di atas. Dia cakap tak sempat jawab..

    Reply
  83. ieyla says

    June 5, 2014 at 4:42 pm

    Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 bakal diadakan semula pada 07 Jun 2014. Mengapa ada yang tidak mendapat jemputan walaupun tersenarai menduduki peperiksaan tersebut pada 27 Mei 2014?.

    Reply
  84. suziyanti salapan says

    June 5, 2014 at 10:47 am

    antara masalah yang saya hadapi:
    1. ‘Loading’ yang sangat lambat
    2. ‘notification’ mengatakan ada soalan yang belum dijawab sedangkan saya sudah menjawab semua soalan. bila tiba masa untuk saya klik butang selesai, butang ‘selesai’ seolah-olah tidak berfungsi sehingga lah masa tamat. ini menyebabkan saya tidak Berjaya menghantar jawapan untuk semua seksyen.
    3. Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
    4. apabila saya tekan ke nombor soalan seterusnya, ada tab baru keluar dan saya tidak pasti mengapa. sepatutnya jika soalan sudah selesai dijawab, sepatutnya tiada masalah untuk beralih ke soalan baru. tab-tab baru yang muncul menganggu konsentrasi dan agak mengelirukan.

    cadangan saya, sekiranya peperiksaan online diadakan, mungkin adalah lebih baik jika ia dijadualkan mengikut kawasan/negeri/daerah. kemungkinan kesulitan dalam hal ini disebabkan oleh ramai calon yg mengakses web online yang sama pada masa dan hari yang sama.

    Reply
  85. ayu says

    June 2, 2014 at 6:30 pm

    salam admin…sy jg slh seorg calon exam trsebut.bagi sy,alternatif exam secara online ini mmg bagus ttp ade beberapa perkara yang perlu diperhalusi.smua mslh rakan2 di atas turut saya alami semasa exam 27 mei yang lalu. masalah ‘log out’ sebelum habis masa mnjawab, auto restart secara tiba-tiba, ‘pop up’ soalan yang masih belum di jawab juga ade. smuanya mengelirukan saya. saya x tahu apa status saya sekarang. adakah BERJAYA ataupun GAGAL?

    Reply
  86. jue says

    June 2, 2014 at 1:08 pm

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    saya merupakan salah satu calon yang telah mengambil peperiksaan online pegawai pembangunan masyarakat baru-baru ini…bagi saya, pendekatan terbaru yang digunakan oleh SPA adalah satu transformasi yang sangat baik. Terdapat pelbagai kebaikan dalam menjalankan exam online disamping dapat mengurangkan kos, memudahkan calon dan dilihat lebih terkini dalam merekrut pekerja. Namun, disebalik kebaikan yang terdapat dalam peperiksaan online ini, terdapat juga kelemahan dari pelbagai aspek seperti yang dibincangkan oleh saudara dan saudari sebelum ini… dan pada pendapat saya, terma “peperiksaan” adalah seorang calon menjawab soalan (seorang diri) berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan kecekapan seseorang individu dalam menguruskan masa dan menepati kehendak soalan..ini bermakna “peperiksaan” adalah satu medan untuk seseorang menjawab soalan berdasarkan apa yang dia tahu dan belajar. dari aspek lain lagi, peperiksaan hendaklah dijawab oleh SEORANG individu dan peraturan yang sanagt jelas dalam mana2 peperiksaan di seluruh dunia pun adalah “TIDAK DIBENARKAN MENIRU”…Oleh itu, adakah ianya masih dipanggil “peperiksaan” sekiranya peperiksaan itu tiada pengawasan dan calon boleh ditemani oleh sahabat atau sesiapa sahaja untuk menjawab soalan… dan dapat mencari jawapan daripada soalan yang diberikan secara online atau buku….pengalaman saya dalam menjawab peperiksaan online tersebut “ya…tiru meniru berlaku” dan memang mudah untuk meniru daripada pelbagai kaedah….pada firasat saya semua calon akan berusaha untuk lulus dan memberikan jawapan yang betul…oleh itu, semua calon yang menjawab akan lulus or dapat menjawab soalan dengan betul…oleh itu, pihak berwajib harus melakukan dan memikirkan bagaimana peperiksaan online ini dapat dijalankan dengan telus dan berkesan….terima kasih

    Reply
  87. fazilah bt yatim afandi says

    June 2, 2014 at 1:02 pm

    Perkara baru pastinya ada kelebihan dan kekurangannya..kepada para sahabat yang telah menjawab soalan peperiksaan tempoh hari kini berserah segalanya kepada Allah. In shaa Allah ada rezeki tiada kemana. Ini juga salah satu cabaran untuk diri kita terlebih dahulu dalam membantu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat diluar sana.

    Reply
  88. NorHakma Binti Mohd Yusoff says

    June 1, 2014 at 10:19 pm

    Salam Sejahtera…disini saya ingin meluahkan rasa tak puas hati dengan permohonan saya dalam SPA…dah bertahun2 buat permohonan tapi tak pernah dipanggil temuduga,sedangkan sesetengah kekosongan bagi jawatan kosong dari segi akedemik melayakkan saya memohon..kawan saya yang berjaya dipanggil temuduga dalam online perkhidmatan awam memberitahu masa yang diberi begitu singkat,dan ramai yang tak puas hati.

    Reply
  89. NOOR FADZILAH BINTI MAHAMAD says

    June 1, 2014 at 8:24 am

    Tahniah.! Peperiksaan online memang transformasi yang baik dalam SPA. Dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu hadirkan diri ke pusat temuduga. Macam saya yang kadangkala setahun 4 @ 5 kali terpaksa hadirkan diri. Namun, yang mendukacitakan apabila masalah yang sama seperti rakan-rakan lain yang diatas. Sistem yang lambat, sangkut, tetiba hilang. Menyebabkan saya tidak dapat menjawab sepenuhnya. Jawapan pula tidak dapat baca dengan betul sebab mengejar masa. Memang amat mengecewakan dan tekanan. Sekarang memang saya tak yakin saya akan lulus kerana tertinggal banyak soalan. Saya juga telah membuat aduan pada laman web SPA. Timakasih.

    Reply
  90. hazahanim says

    May 31, 2014 at 3:17 pm

    assalamualaikum,
    sebelum menjalani exam S41 (peg. pembangunan masyarakat) saya pernah menjalani exam secara online S41 Peg Psikologi (PERKESO). alhamdulillah lulus dan telah d panggil temuduga, cuma sedang menunggu keputusan temuduga. mungkin sedikit berbeza kerana hanya jalani 1 paper sahaja iaitu ujian psikologi dan tiada ketetapan waktu exam selepas dimaklumkan layak duduki exam. cuma saya buka laman web pukul 11 malam untuk fresh menjawab exam.
    untuk makluman saya bergraduat pada 2004 (ijazah pertama USM) sambung pengajian (diploma siswazah UUM dan USIM) akhir sarjana (USIM). exam memasuki exam gred 41 bermula selepas saya bergraduat pada 2004. dan kelemahan saya tidak pernah lulus setiap ujian sehinggalah pertama kali yang dilaksanakan oleh perkeso dan d panggil temuduga. alhamdulillah.
    berbeza jumlah kertas soalan peg Pembangunn masyarkt secara online pada 27.5.2014 ialah tiada esei B.I. dan B.M. dan saya turut alami semua masalah yang calon2 lain hadapi. saya akui stress tahap maksima untuk menghabiskan menjawab semua soalan. cumanya saya cuba jawab secepat yang mngkin sebelum masa tamat. walaupun telah selesai tetapi dkatakan belum menjawab semua soalan. sekarang ni saya pasrah dan redha seandainya sehingga ke hujung service saya tiada peningkatan dalam perjawatan dan masih d kumpulan sokongan itu adalah ketentuan yang tidak pasti dari mana datangnya sebab saya telah berusaha dari segi akademik.

    Reply
  91. Siti Nor Faizah Mohd Kassim says

    May 31, 2014 at 1:50 pm

    Assalammualaikum

    Saya ucapkan tahniah kepada SPA kerana merancang dan membina exam online ini demi kebaikan banyak pihak. Syabas dan tahniah…. Cuma saya berharap kami yang berhadapan dengan masalah sistem ini diberi peluang untuk exam sekali lagi atau kelonggaran utk terus ke PAC. Saya juga berhadapan dengan masalah yang sama dengan kawan2 utk exam S41 Pegawai pembangunan Masyarakat. Moga pihak SPA dapat memberi pertimbangan. Saya berangka giliran 1205460.

    Reply
  92. mohd fahemi says

    May 30, 2014 at 11:12 am

    Assalam….saya nk beri komen berkaitan peperiksaan secara online ini. Benda ini baik bagi saya kerana ia dapat menjimat kos n masa kerana ia boleh di lakukan di mana-mana. Akan tetapi saya mengalami kesukaran kerana apabila gangguan internet dan kesesakan dlm pengguna internet, ia berlaku kepada saya di mana dalam bahagian B sebahagian soalan tidak dapat saya jawab kerana kesemua gambarajah da jadual tidak dapat dipaparkan di sebabkan hal ini…akhirnya saya terpaksa jawab tanpa melihat gambar rajah n jadual tersebut…selain itu, dgn punca itu juga waktu untuk saya menjawab
    lambat dan hanya tinggal beberapa minit saja sehingga waktu tamat…saya berharap masalah2 ini dapat di atasi agar pada mase akan dtg perkara ini tidak berulang…sekian

    Reply
  93. sue says

    May 30, 2014 at 10:12 am

    1.Masa membuat peperiksaan online terutamanya untuk seksyen A, ia tidak membenarkan saya membuka seksyen itu.
    2.Tidak ‘user-friendly’ langsung. Arahan yang disertakan dan di hantar melalui pos tidak tepat kerana tidak menyatakan dengan jelas tentang ‘colour code’ untuk setiap soalan.
    3.Imej tidak dipaparkan di Seksyen B
    4. Seringkali ‘hang’ dan sesuatu mesej dari suruhanjaya perkhidmatan awam selalu keluar di bahagian kanan atas (ia memerlukan saya click on ‘ok’ atau menutupnya) Bila saya berbuat demikian ia akan membawa saya kembali ke page ‘ mulakan peperiksaan’ and ini banyak membuang masa
    5. Yang paling mengecewakan, hotline SPA tidak dijawab ketika menghadapi masalah seperti ini. Tidak jelas kenapa ia dipanggil hotline kalau tidak ada orang menjawab masa pejabat. Keseluruhan, sistem online sangat mengecewakan dan tidak ada support system memandangkan system ini baru dilaksanakan. Septatutnya ada staff atau orang yang mengangkat telephone untuk reset of system atau menolong menangani sebarang masalah yang dihadapi.
    6. System sepatutnya tidak membenarkan ‘submission’ of exam kalau tidak menjawab sesetengah soalan atau kalau ‘click’ selesai lebih awal kerana kalau tersilap tekan, tidak boleh masuk atau membuat seksyen itu sekali lagi. Ini sangat menyusahkan kerana kalau masih ada masa, pengguna sepatutnya dibenarkan masuk atau ‘enter’ ke dalam seksyen yang masih ada masa.
    7. Keseluruhannya, system ini perlukan banyak ‘improvement’.

    Reply
  94. SITI NORSAHLIZA BINTI WAGIAH says

    May 30, 2014 at 9:29 am

    Assalamualaikum.. saya bukan calon peperiksaan tempoh hari. Namun, saya juga bakal akan dipanggil pada masa akan datang. Bagi saya peperiksaan secara online, adalah satu usaha yang baik. Namun begitu, perlu diambil kira mengenai tidak semua orang memiliki kemudahan internet dan ini juga menyukarkan. Bagi saya lebih baik jika seseorang calon diberi pilihan sama ada untuk memilih menduduki peperiksaan secara bertulis ataupun peperiksaan secara online. Sekian terima kasih, kerana membaca pandangan saya.

    Reply
  95. jannah says

    May 30, 2014 at 7:40 am

    Saya telah menduduki peperiksaan onlin untukn penolong pegawai arkib s27 pada11 mei dan mnghadapi bnyak maslh sehingga tdk dpat mnjawab kesemua soalan. Bagi saya ia amat merugikan kerana mnuggu pngiln spa sgt lama dan bila dapat ia mnjadi sia2 pula. Punca maslah adlh line wifi yg tdk baik .

    Reply
  96. nur says

    May 29, 2014 at 10:18 pm

    tak puas hati exam online, sbb bnyak pop up
    cuba call spa, tapi tak berangkat
    memang susah nak kejer ngan krjn

    Reply
  97. yana says

    May 29, 2014 at 9:04 pm

    salam 1 Malaysia, sy rasa semua calon menghadapi semua masalah kat atas, saya pun sama, masalah sebegini melahirkan rasa kecewa di kalangan calon, saya berhadap pada masa hadapan SPA dapat melihat kelemahan tersebut sebagai satu langkah untuk menambahbaik system yg sedia ada

    Reply
  98. ainul says

    May 29, 2014 at 7:18 pm

    salam. Bagi saya, mungkin salah saya keerana tidak membaca cara2 menjawab soalan exam online ini dan juga panik kerana terlalu lama ambil masa kerana tak dapat nak log in. Semasa menjawab soalan untuk seksyen A, untuk menjawab soalan seterusnya adalah dengan klik butang seterusnya, akan tetapi disebabkan semasa menekan butang seterusnya tiada apa apa yang berlaku, maka saya fikir mungkin sepatutnya menekan butang Selesai menjawab. Malangnya, automatik saya terkelua dari exam dengan menjawab 1 soalah sahaja. huhu.. Sepatutnya butang selesai menjawab diletakkan jauh dari butang seterusnya..

    Reply
  99. Fazira says

    May 29, 2014 at 2:00 pm

    Assalamualaikum wbth…
    Saya juga salah seorang calon yang menduduki peperiksaan online pegawai pembangunan masyarakat s41. Seperti rakan-rakan di atas, masalah saya juga sama. Pada pandangan saya, masalah tersebut datang dari sistem, kerana saya telah bersedia dari awal berkenaan talian internet dan emmastikan tidak berlaku sebarang gangguan untuk peperiksaan tersebut. memang saya amat teruja untuk menjawab peperiksaan tersebut sehingga ingin pastikan semua persediaan sempurna.
    Namun apabila tiba masa dan hari peperiksaan iaitu 27 mei, saya terama-amat kecewa kerana tidak dapat menjawab semua soalan. Bukan kerana saya lambat atau tidak fokus, tetapi dengan ‘Loading’ yang lambat, membuatkan saya rugi masa lebih dari yang diberikan. Contohnya, utk seksyen 1, masa 40 minit, hanya pada minit ke 30, baru saya betul-betul dapat masuk ke soalan, oleh itu saya hanya dapat menjawab selama 10 minit sahaja utk soalan seksyen 1, ini amat membengangkan saya….
    Sistem ini juga, tidak berhenti secara automatik apabila masa yang diperuntukkan habis. Maksudnya, apabila habis masa 40 minit tersebut, soalan masih lagi berjalan, dan ia telah mengambil kira masa untuk seksyen 2. Apabila saya tamat menjawab soalan seksyen 1, masih l;agi berada di halaman soalan seksyen tersebut, ia tidak terus keluar. Ini juga satu kelemahan yang amat ketara…
    Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah, kerana semasa sedang menjawab soalan, tiba-tiba sistem telah auto-refresh. Saya rasa pelik, selepas tunggu dalam 10 minit barulah paparan soalan kembali ada. Di sini telah ambil masa saya untuk jawab soal;an tersebut, saya telah rugi masa… Saya kecewa lagi dengan situasi ini.
    ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab. Ini yang paling mengejutkan, saya telah buat pemeriksaan bebarapa kali untuk pastikan tiada soalan tertinggal dan hasilnya memang saya telah jawab soalan tersebut. Namun masih keluar pop-up, ini lagi menambahkan kekecewaan saya yang sedia ada.
    ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
    Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar, saya tidak dapat membuat kiraan untuk seksyen 2.
    Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab
    Bagi seksyen 1 dan 2, saya tidak dapat menjawab semua soalan kerana kesuntukkan masa dengan masalah di atas. Soalan bagi seksyen 3, saya dapat menjawab semuanya tetapi sistem masih mengatakan saya tidak menjawab semua soalan.
    Kesimpulannya, saya amat berbangga kerana SPA telah ‘upgrade’ sistem peperiksaan ke ‘online’, kerana memang amat banyak kebaikkan kepada calon dari segi penjimatan masa ke tempat peperiksaan, jimat kos dan juga amat praktikal seiring dengan teknologi dan saranan kerajaan. Namun masih banyak sangat kelemahan di sini dan mohon pihak SPA mengambil perhatian dengan masalah yang kami hadapi supaya tidak berlaku lagi di masa hadapan. Untuk mendapat panggilan peperiksaan amat susah, inikan pula temuduga. Bila berdepan dengan masalah seperti ini, memang amat mengecewakan kami, calon peperiksaan kerana kami telah berusaha sedaya upaya. Sekian, terima kasih SPA kerana sudi mendengar.

    Reply
  100. FAIRA says

    May 29, 2014 at 12:59 pm

    salam…tahniah kepada spa kerana berjaya memperkenalkan kaedah baru kepada calon.saya juga sedikit sebanyak menyokong usaha spa memperkenalkan sistem baru ini.ada baik buruknya juga.
    saya tiada masalah internet / loading slow tetapi sama seperti calon2 :
    -popup yg kerap keluar
    -log out sendiri
    -imej tidak kelihatan,bila refresh untuk reload semula imej skrin logout dan menghadapi masalah untuk akses semula web jadi tidak pasti jawapan yg dijawab telah dihantar dgn berjaya atau pon tidak.saya terus telefon pihak spa dan pegawai tersebut menyatakan jawapan akan diproses/save walaupon tidak sempat klik selesai.
    -soalan telah habis dijawab tetapi amaran popup soalan tidak selesai jawab .walhal tanda hijau
    disemua soalan.

    rasa macam nk ambil semula exam xkesah la secara bertulis atau online dgn sistem yang lebih baik.

    Reply
  101. ครีมรักษาสิว says

    May 29, 2014 at 12:48 pm

    I think that everything posted was very logical. However, what about this?
    what if you were to create a killer headline? I ain’t saying your information isn’t good., but suppose you
    added a post title that makes people desire more?
    I mean Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan |
    Rujukan Kerjaya is a little boring. You might look at Yahoo’s front page and note how they create news titles to grab viewers to open the links.
    You might add a video or a pic or two to get people interested about everything’ve written. Just my opinion, it would bring your blog a little livelier.

    Feel free to surf to my web site; ครีมรักษาสิว

    Reply
  102. Cosma Mesey Lumpoi says

    May 29, 2014 at 11:45 am

    selamat pagi dan salam sejahtera,
    saya sangat menyokong sistem peperiksaan online yang telah diperkenalkan oleh SPA ini sangat menarik dan memudahkan calon-calon yang menghadapi peperiksaan. namun, oleh kerana sistem ini masih baru, terdapat banyak penambahbaikan yang dilakukan pada masa akan datang, seperti masalah yang saya sendiri hadapi,
    1. terpaksa menunggu loading ke sistem peperiksaan yang mengambil masa yang lama
    2. bagi soalan yang mempunyai gambar, tidak dapat dipaparkan jadi saya terpaksa menjawab berdasarkan logik jawapan pada a,b, c dan d yang mana akan mengganggu markah yang diperolehi
    3. semasa saya menjawab soalan-soalan yang diberikan, tiba-tiba saya terpaksa log in semula dan telah membuang masa yang agak lama.

    diharapkan pada masa akan datang, sistem peperiksaan ini dapat diperbaiki.

    Terima Kasih.

    Reply
  103. Zila says

    May 29, 2014 at 11:36 am

    Sistem peperiksaan secara online yang diperkenalkan oleh Pihak SPA baru-baru ini agak merumitkan calon. Hal ini kerana sistem ini terlalu lambat sehingga menyebabkan calon tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan. Gambar rajah untuk seksyen B penyelesaian masalah juga tidak dipaparkan secara jelas sehingga menyebabkan calon tidak dapat menjawab dengan baik. Selain itu kebanyakkannya soalan tidak dapat dihantar dan terpaksa berulang kali berbuat demikian sehingga masa yang diberikan tidak mencukupi. Saya berharap sistem peperiksaan ini dapat diperbaiki dari masa ke masa untuk memudahkan calon kerana ini merupakan peluang yang sangat berharga bagi calon.

    Reply
  104. zulfah says

    May 29, 2014 at 11:17 am

    saya mengalami kesemua masalah yg dinyatakan dia atas.

    <‘Loading’ yang lambat
    <Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
    <‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
    <‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
    <Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
    <Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab

    kesemua masalah ini menyebabkan masa terbuang begitu sahaja…soalan xsempat nk jawab, tapi masa dah tamat. xsmpat nk submit jawapan atas sbb bkn kesalahan kita sendiri..teramat2 kecewa..lebih baik diadakan ujian secara bertulis spt sebelumnya sekiranya sistem seperti ini tidak diupgrate menjadi lebih baik dan mendatangkan kesusahan kepada calon exam spa. terasa seolah2 tidak dberi peluang yg sepatutnya.

    Reply
  105. Raffaie says

    May 29, 2014 at 10:28 am

    Tahniah buat SPA kerana melaksanakan transformasi exam secara online. Saya seorang calon bagi exam PPM S41 pada 27 Mei yang lalu.. Ada kelebihan dan ada kekurangannya jugak. Saya seperti rakan lain juga yang menjawab soalan bahagian A,B dan C dengan masa yang kurang 10 – 15 minit. sisa masa yang ada terpakasa digunakan untuk menjawab dengan kelam kabut. Gambar rajah xkuar, tunggu punya tunggu terpaksa jawab soalan berikutnya supaya tidak kehabisan masa. Tetapi apa bila selesai menjawab kesemua soalan, ketika klik SELESAI, pop ups keluar menyatakan beberapa soalan lagi tidak berjawab..sedangkan semua jawaban dan warna HIJAU.dengan tawakal saja htr sahaja jawaban. Semoga SPA mengambil kira permasalahan ini kerana takut menjejaskan permarkahan…buat persediaan berhempas pulas…hanya Allah jak yang tahu…semoga dipermudahkan dan lulus untuk kita semua.

    Reply
  106. noor says

    May 29, 2014 at 9:52 am

    Assalammualaikum,
    Saya agak teruja apabila mendapat tahu nama saya tersenarai untuk menduduki exam online pada mulanya. Saya telah mengambil cuti, dan mencari tempat yang ada ‘wifi’ untuk menjawab exam. Namun, saya kecewa dan sedih sangat kerana saya langsung tidak dapat menjawab soalan exam tersebut. Dari mula soalan seksyen A saya cuba login sampai tamat soalan seksyen A, saya langsung tidak dapat melihat soalan exam. Saya sangat sedih dan kecewa. Tambahan pula masa menjawab adalah terhad disamping masalah ‘loading’ yang terlalu lama.

    Saya mengharapkan pihak SPA dapat mengambil tindakan dan memperbaiki system menduduki exam. Pada pendapat saya, menjawab exam secara manual lebih baik dijalankan daripada menjawab exam secara online.

    Sekian terima kasih.

    Reply
  107. Killa says

    May 29, 2014 at 9:49 am

    Salam.
    Saya juga mrupkn slh seorang calon PPM S41. Masalah yg dhadapi 100% sama dgn yg diutarakn oleh admin n rkn2.
    1. Loading yg terlalu lama.
    2. Log out sndiri.
    3. Imej tdk keluar.
    4. Pop up mytakan msih byk soaln blum djwb pdhal tlh djwb ksemuanya.
    Sekiranya pperiksaan online ingin djlnkn pd masa akn dtg, perkara2 ini hruslah dititikberatkn bg memberi peluang kpd semua calon menjawab dgn lebih sempurna dan selesa. Trima kasih 🙂

    Reply
  108. norazizah says

    May 29, 2014 at 9:33 am

    Assalamualaikum admin…pertama sekali saya mengucapkan taniah atas pembaharuan yang diperkenalkan oleh SPA.. tetapi apa yang menjadi kerisauan kami semua adalah pengurusan SPA dalam melaksanakan sistem yang baru ini… seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan yang lan..saya juga trut merasai perkara tersebut iaitu “loading” yang terlalu lama, tidak dapat melihat gambar rajah yang dipaparkan… dan POP UP yang menyatakan saya tidak menghabiskan untuk menjawab soalan padahal semua telah berwarna hijau tanda soalan itu telah dijawab… saya mengharapkan agar pihak SPA mengambil tindakan untuk melakukan semula peperiksaan ini sekali lagi secara manual… atau ONLINE tetapi dilakukan disuatu tempat dan dikawal oleh Pembantu Pemeriksaan.. ini baru adil kepada semua calon…

    sekian terima kasih..

    Reply
  109. nurulhuda says

    May 29, 2014 at 8:52 am

    Salam.
    Loading terlalu lama hampir 50 minit. dan masa yang berbaki adalah 10 minit untuk menjawab 180 soalan di bahagian c. tak sempat nak menjawab walaupun hanya tekan2 dan tanpa membaca soalan. Tidak sempat menghantar jawapan.

    Rajah untuk bahagian B tidak keluar, loading yang lama dan gangguan yang kerap pada laman. terpakasa tekan2 jawapan tanpa membaca kerana mengejar masa. Sungguh mengecewakan!

    Reply
  110. zue says

    May 29, 2014 at 8:11 am

    salam,
    saya seperti teman2 lain yg mengambil xam utk peg.pemb msykt pd 27 mei.memang sangat mengecewakan..klu diikutkan soalan yg dikemukakan tidaklah sesukar yang dijangkakan namun dengan keadaan sistem baru yg dijalankan semuanya menjadi amat sukar. dengan sistem yg sgt lambat..dgn masa yg yang terhad..membuatkan ramai calon yang tidak berpuas hati dengan sistem baru yang dijalankan. kalau di tanya apakah perasaan sy selepas menjawab xam tersebut.. SAYA MAHU XAM TERSEBUT DIJALANKAN SEMULA SEPERTI SEBELUM INI. saya juga telah membuat aduan dengan spa berkaitan sistem baru yang dijalankan namun masih belum mendapat respon. sekarang apa yg mampu dibuat adalah tawakal agar spa mengambil kira semua masalah yg dihadapi semasa menjawab soalan tersebut sebelum membuat keputusan PASS OR FAIL.

    Sekian terima kasih..

    Reply
  111. azahar says

    May 29, 2014 at 12:39 am

    sy belum alami lagi masalah tentang exam online yang diguna pakai oleh pihak spa..so sy xtahu apa-apa.
    tapi yang jadi masalah besar bagi saya ialah,saya blm pernah lg d panggil oleh pihak spa untuk proses peperiksaan bagi jawatan yang dipohon.apatah lagi dengan temuduga.umur dah 30.pdahal bermula umur 18 lagi saya mohon dan smpi waktu saya akan update.sy tidak ksh seandainya saya tdk berjaya dlm proses peperiksaan atau temuduga.tapi stidak2 nya saya d panggil untuk mana2 proses.dan selebihnya saya dapat mrasai suasana exam dan interview yang dikelolakan pihak spa ni.dapat ke tdk bgantung kpd rzki yang tlh d ttap kn sjak azali.tp ni x.sy lgsg xpnh d pggl.d mna punca da silap nya saya tdk tahu..mohon d beri pnjelasan dan pencerahan dari pihak yang lbih arif..yang baik dtg dari allah s.w.t dan yang buruk datang dari diri saya yang kerdil ini….s

    Reply
  112. Puntah says

    May 28, 2014 at 10:47 pm

    Salam 1 Malaysia

    Exam online spa terbaik.
    100/100 perlu diperbaiki.
    Exam 27/5/2014 peg. Pembangunan Masyarakat s41 sangat kecewa seksyen A,B dpt jawab sebab soalan muncul dlm paparan monitor walaupun lewat 20 minit. Seksyen D langsung tak ada muncul sampai masa jawab tamat…kecewa..kecewa…kecewa sebab tak akan berulang peluang yang ada tunggu 1 tahun lagi kena panggil exam s41. Itu pun belum pasti spa beri peluang untuk exam jawatan peg.pen.masyarakat s41….kita dah membuat Persians exam 100/100 tapi kecewa.

    Reply
  113. tinie says

    May 28, 2014 at 10:11 pm

    saya mmg xpuas hati wlpn pd mula sgt teruja.saya xdpt mnjwb seksyen A..asyik2 loading dan keluar masuk..akhirnya masa dh tamat.saya masuk dr 8.40 smpi 9.20. wlpn xjwb seksyenA saya masih menjawab seksyen B dan C. saya mengalami semua yg telah admin kumpulkan di atas. gambarajah utk seksyen B lebih kurng 15 soalan xtimbul langsung…sangt mengecewakan walaupun exam secara online ni dpt memudahkan dan menjimatkn masa

    Reply
  114. mila says

    May 28, 2014 at 9:43 pm

    Pada pandangan saya, sistem peperiksaan online sememangnya ada kebaikan namun terdapat juga keburukan disebaliknya. Sebagai calon peperiksaan keutamaan saya adalah utk menjawab soalan pada masa yang ditetapkan. Namun masalah ‘loading’ terlalu lama dan server yg tidak begitu lancar menyebabkan soalan-soalan tidak dapat dijawab pada masa yang ditetapkan. Tambahan pula masa yg ditetapkan hanya digunakan utk ‘loading’ yg terlalu lama dan juga ‘system down’. Gambar rajah yg digunakan dalam soalan juga tidak dipaparkan. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat memahami soalan yg dikemukakan. Masalah juga berlaku apabila semua soalan telah dijawab tetapi pop up menyatakan masih terdapat soalan yg tidak dijawab. Status bahagian soalan juga tidak diketahui sama ada telah dihantar atau tidak. Terdapat banyak kesulitan yg dihadapi dan calon tidak dapat mengawal masalah server down. Tambahan pula tidak semua kawasan mempunyai liputan internet yg baik. Diharap pihak SPA dapat memperbaiki sistem peperiksaan online ini agar menjadi lebih berkesan. Diharap juga pihak SPA dapat mengadakan semula peperiksaan ini agar semua calon dpt menjawab soalan tanpa sebarang masalah. Bagi saya untuk mendapat peluang menduduki peperiksaan adalah bukan mudah tetapi sekiranya masalah rangkaian sistem yg tidak sempurna menyebabkan calon seperti saya kehilangan peluang menduduki peperiksaan dan seterusnya kehilangan peluang utk mendapatkan pekerjaan pula.Justeru pihak SPA perlu mengkaji semula peperiksaan secara online ini agar menjadi lebih telus dan efisien.

    Reply
  115. rohadi says

    May 28, 2014 at 8:29 pm

    Sistem pperiksaan online agak bgus dilaksanakan tetapi tdpt bberape klemahan y perlu di perbaiki..sy jga mghadapi masalah buffering jwpn tidak sama sdgkn sy telah mjawap ksmua soalan tetapi d saat akhir portal msh mnyatakn sy blm mjwap soalan y tlh d berikan.. Ini akn mnjejaskn perkiraan markah. Terima kasih…

    Reply
  116. farah says

    May 28, 2014 at 5:12 pm

    tahniah kepada spa kerana telah mengadakan peperiksaan secara online… kebaikannya mudah untuk calon menjawab tanpa perlu menggunakan pensil dan pemadam. calon tidak perlu ke tempat yang jauh untuk mengambil peperiksaan. calon selesa menjawab di tempat sendiri. Namun begitu ada kekurangannya juga iaitu lambat dapat masuk daftar, calon terpaksa menunggu sehinggakan masa telah disingkatkan. calon menghadapi masalah not responding pada soalan C namun begitu calon telah memasuki semula dan berjaya… walaubagaimana pun masa tidak mencukupi untuk menjawab kesemua soalan….harap spa dapat memperbaikinya lagi di masa hadapan….

    Reply
  117. Nurul says

    May 28, 2014 at 3:42 pm

    Peperiksaan SPA ONLINE adalah sangat bagus tetapi lebih baik sekiranya sistem online itu diperkukuhkAn agar tiada masalah buffering dan ketidakseragaman soalan berajah.

    Reply
  118. Roza says

    May 28, 2014 at 2:49 pm

    Asskm.. Thniah kpd pihak SPA kerana melakukan transformasi terhadap peperiksaan pada kali ini. Namun setiap pembharuan pasti ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya juga turut mengalami masalah yang sama seperti calon2 yang lain. Cuma saya ada sedikit kemuskilan bagaimana pihak SPA menapis markah calon apabila Pop-ups yg menyatakan ada baki soalan yang belum dijawab, sedangkan saya telah menjawab kesemua soalan. Saya berharap pihak SPA mempertimbangkan masalah yang saya hadapi dan diharap jua saya dapat dipanggil ke peringkat seterusnya.

    Sekian, Terima Kasih.

    Reply
  119. syan's says

    May 28, 2014 at 2:40 pm

    Salam.
    Terlebih dahulu sy ingin ucapkan tahniah kepada SPA kerana telah memperkenalkan sistem peperiksaan secara online. Ini memudahkan kepada calon untuk menjalani peperiksaan dilokasi pilihan mereka. Saya juga merupakan salah seorang daripada calon bagi menduduki peperiksaan online bagi jawatan pegawai pembangunan masyarakat S41. Saya juga mengalami masalah yang sama seperti calon-calon yang lain. Dimana, saya langsung tidak dpt menjawab soalan bagi seksyen B. kerana hanya yang keluar pada skrin adalah “Menunggu Persediaan Peperiksaan” padahal waktu itu peperiksaan sedang berjalan. Sehinggalah Jam 10.45am, ayat “Peperiksaan Tamat” keluar di skrin.

    Situasi ini amat membimbangkan saya. Bagaimanakah Status peperiksaan saya. Saya berharap kami yang menghadapi masalah dalam peperiksaan ini akan berjaya dan lulus.. Amin

    Sekian.,

    Reply
  120. Suhaila says

    May 28, 2014 at 2:02 pm

    Salam 1 Malaysia,
    Tahniah SPA kerana memperbaharui sistem.
    Saya juga mengalami masalah sama seperti calon-calon lain seperti tiada gambarajah, waktu menunggu loading soalan agak lama dan pop up keluar mengatakan masih ada baki soalan yang belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab.
    agak merisaukan tentang status peperiksaan berikutan sistem log out secara aotomatik

    Reply
  121. Marhainie says

    May 28, 2014 at 1:58 pm

    Terima kasih kepada SPA kerana memudahkan kami yang bekerja untuk menduduki peperiksaan tersebut. Walaubagaimanapun agak kecewa dengan system peperiksaan ini. Mungkin perlu diperbaiki di masa hadapan dengan menyatakan jumlah soalan bagi setiap seksyen yang telah dijawab oleh calon. Calon akan tertanya tanya adakah dia telah menjawab kesemua soalan tersebut. Pada hari tersebut antara masalah yang saya hadapi:-

    1. Auto restart ke front page semasa menjawab dan terpaksa menjawab soalan yang sama berulang kali

    2. Webpage bagi soalan matematik hanya keluar setelah masa menjawab tinggal 19 minit menyebabkan calon kesuntukan masa

    3. Gambarajah tidak keluar menyukarkan calon untuk meneka soalan tersebut

    Di harap pihak SPA akan memperbaiki system berkenaan di masa hadapan. Dan berkemungkinan banyak calon kecewa dan menghadapi masalah yang sama.

    Reply
  122. Muaz Hadi says

    May 28, 2014 at 1:24 pm

    Masih belum ada komen calon yang berjaya menyelesaikan sesi peperiksaan tanpa masalah. Jika begini nampaknya ini masalah berat…

    Ada sesiapa yang berjaya tanpa masalah tak?

    Reply
    • suenini says

      May 28, 2014 at 4:20 pm

      setakat ini..komen daripada kawan-kawan saya yg menduduki exam ini..semuanya menghadapi masalah yg sama

      Reply
    • wanie says

      May 29, 2014 at 10:50 am

      Asslamualaikum. . TAHNIAH! Kpd SPA Krn memperkenalkan exam online kpd kami calon PPM S41 . Alhamdulillah sy dapat menjawab kesemua soalan dgn selamat tetapi ada juga kelebihan dan keburukan exam online ni. Selama sesi menjawab soalan tersebut 1) selalu server down n loading yg sgt lambat.2) problem times out dan tidak cukup ms krn masa kena ikut ms yang ditentukan oleh SPA bukan jam kita login.3)tempat atau persekitaran tidak selesa sepatutnya tempat dan masa perlu ditentukan pihak SPA serta perlu pegawas utk masalah teknikal. Sy berharap pihak SPA perlu perbaiki masalah yang dihadapi oleh calon exam online ini utk akan datang.Terima kasih kerana memilih kami sebagai calon PPM S41 exam online yang pertama.Kpd rakan2 seperjuangan Tahniah kpd smua calon PPMS41 yg berjaya nanti dan yang gagal cuba lagi!!Try the best n hope god bless u all.

      Reply
    • NURLEILA says

      June 15, 2014 at 11:51 am

      ASSALAMUALAIKUM…W.B.T
      RATA-RATA MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA..SAYA DIPANGGIL UNTUK PEPERIKSAAN YG UTK KALI KE2 PULA PADA 7.6.2014.

      Reply
  123. vironika says

    May 28, 2014 at 1:09 pm

    Salam sejahtera,
    Pada asalnya saya amat gembira apabila mendapat tahu pihak SPA menjalankan Peperiksaan secara online kerana ini dapat memudahkan calon mengambil peperiksaan di mana saja. Namun semasa peperiksaan dijalankan kelmarin, Saya berasa sangat kecewa dengan sistem tersebut. Masalah yang saya hadapi loading yang sangat lambat sehingga masa menjawab soalan terbuang hanya kerana loading mula menjawab exam.Bila suda dapat buka masa tinggal 23minit saja. Bahagian A hanya sempat jawab dalam 20 soalan dan tidak sempat klik selesai masa dah tamat. Bahagian B pun sama juga masalah loading masa tinggal lebih kurang 20minit saja untuk jawab 40 soalan..last2 main tembak ja jawab soalan yang xsempat tu..ada soalan tu guna gambarajah tapi tak keluar pla..bila klik selesai ada pula 5 soalan tak terjawab. Bahagian C loading ada ok sikit tapi bila klik selesai keluar pula ada 5 soalan tak terjawab..huhuhu..sangat mendukacitakan..saya harap pihak SPA boleh mengambil suatu inisiatif untuk mengatasi masalah ini..Jikalau boleh,saya berharap peperiksaan untuk jawatan PPM S41 ini boleh dilaksanakan sekali lagi bagi tahun 2014.Sekian daripada saya..

    Reply
  124. Ayun Nysha says

    May 28, 2014 at 1:01 pm

    Pada pendapat saya, SPA ONLINE wajar diteruskan sekiranya mengambil kira faktor berikut :
    1. Hari diadakan peperiksaan online bukanlah pada waktu dan masa bekerja, mungkin boleh diadakan diluar waktu pejabat pada waktu malam atau waktu cuti. Perlu mengambil kira waktu bekerja kami perlu fokus dengan setiap tugasan dan kadangkala perlu menghadiri mesyuarat yang telah ditetapkan
    2. Penetapan jumlah calon yang boleh akses masuk ke dalam sistem online tersebut. Kita sedar semakin ramai pengguna online, semakin sukar calon untuk akses ke portal tersebut. Sedangkan kita mengejar masa untuk menjawab setiap soalan yang diajukan. Masa untuk akses 10 minit, lewat jawab 10 minit, masa diberi hanya 40 minit. Calon cuma dapat menjawab hanya 30 minit.

    Seandainya diteruskan, mohon dipertimbangkan beberapa perkara dan perlu penetapan waktu yang sesuai. Mohon pihak SPA mengadakan semula peperiksaan tersebut sekali lagi. Kerana ada dalam kalangan mereka yang boleh menjawab tapi disebabkan kekangan waktu, mereka terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil peperiksaan tersebut.

    SEKIAN ~

    Reply
  125. Yulfarianti Sudirman says

    May 28, 2014 at 1:01 pm

    Salam admit, saya berasa peperiksaan online memg memberi kemudahan kepada calon tetapi perlu dikaji semula keberkesanannya agar sistem tersebut menjadi lebih baik.
    Saya berasa kecewa dan sedih kerana saya mengalami masalah menjawab soalan di Seksyen A kerana saya hanya mampu menjawab separuh daripada soalan tersebut dan tiba2 sistem telah ter ‘log-out’ dengan sendiri. Apabila saya log in semula, sistem telah memaparkan bahawa saya telah menjawab kesemua soalan dan saya tidak boleh menjawab baki soalan yang tertinggal. Adalah saya mampu untuk lulus kerana separuh soalan saya tidak boleh jawab kerana masalah sistem tersebut?
    Peperiksaan manual memang mendatangkan beberapa masalah kepada calon, tetapi sekiranya mempunyai masalah calon boleh terus bertanya kepada pengawas yang bertugas.
    Tq admin

    Reply
  126. ika_atikah says

    May 28, 2014 at 12:49 pm

    salam…tahniah SPA sebab melakukan transformasi dan memudahkan calon2 yg menduduki peperiksaan..sy merupakan salah seorang calon yg menjawab peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yg diadakan semalam..di sini apa yang saya kesalkan apabila tidak sempat tekan ‘selesai’ dan paparan hilang tiba2..sedangkan masa ada lagi 2 minit..jadi sy tak tau apa status exam semalam..bahagian B pula gambarajah tidak keluar dan bila tekan ‘selesai’ pop-up nyatakan ada soalan yang masih belum dijawab..sedangkan telah menjawab semua soalan..sy berharap agar sistem online ini dapat diperbaiki mutunya jika ingin diteruskan kerana peperiksaan semalam membuatkan sy kecewa dan peluang untuk lulus adalah tipis kerana sistem yg sangat tidak memuaskan..sekian…

    Reply
  127. qariah saini says

    May 28, 2014 at 12:21 pm

    saya menghadapi yang sangat teruk…bahagian a saya hanya boleh menjawab 31 sahaja akibat masalah servis dr SPA. tengah menjawab terus refles automati…bahagian ke 2 saya langsung tak boleh buka sehingga saat2 terakhir…masa tinggal 34 saat pastu dalam kena refles secara aoumatik dan last bahagian hanya menjawab 6 soalan terus hilang ke lamabn utama…tak sempat nk submit…

    Reply
  128. Nazmih says

    May 28, 2014 at 12:21 pm

    Assalam… Admin…. Tahniah kerana SPA telah membuat transformasi agar lebih friendly dengan masyarakat orang ramai terutama kakitangan awam. Saya harap buat pula segera peperiksaan online untuk Pembantu Tadbir P/O N22 kepada N26 atau N27. Bila agaknya boleh dibuat?

    Reply
  129. Jazmeen says

    May 28, 2014 at 12:20 pm

    Amat dukacita dan kecewa dengan masalah yang dihadapi. Saya amat mengharap dpt menjawab tanpa gangguan dalam talian. Tapi apa yg jadi amat menghampakan. Setiap masalah yg tersenarai di atas .. saya alami dengan sendiri.

    Bahagian A

    Masalah pertama yang saya hadapi adalah ‘web timed-out’ dan tidak dapat mengakses Soalan peperiksaan tepat pada waktunya. Untuk Bahagian A, saya telah menjawab kesemua soalan walaupun dapat mengakses nya 15 minit lewat, namun warna-warna petunjuk bagi jawapan yang telah dijawab tidak keluar iaitu hijau apabila soalan telah dijawab, dan apabila saya menekan butang selesai. pop-up keluar mengatakan 50 soalan masih tidak dijawab, tetapi saya telah menjawab semua soalan. Masalah lain yang saya hadapi juga adalah, image image yang terkandung dalam soalan tidak dipaparkan, bermakna sy tidak tahu gambar apa yang keluar sebagai contoh soalan Abraham Maslow. Saya terpaksa right-click dan save image supaya dpt melihatnya setelah mendownload.
    Yang dapat sy lihat ialah kotak kecil yg mempunyai tanda soal. Amat mengecewakan.

    Masalah Bahagian B
    Bahagian B. Saya tidak dapat mengaksessoalan peperiksaan hampir 20 minit pertama. Saya amat amat dukacita, dan kecewa kerana tidak mendapat jawab soalan-soalan tersebut. Dalam keadaan yang agak mencelarukan pemikiran berfikir sama ada teruskan menjawab atau tidak menjawab. kemudian sy dapat akses, masalah paling teruk… kesemua images dan jadual-jadual tersebut tidak dapat dipaparkan, sejurus itu dengan masa yang singkat, sy tiada masa utk mendownload images seperti yang saya lakukan di bahagian A. Dengan ini saya tidak dapat melengkapkan kesemua jawapan. Jika ada bnyk jawapan yg telah saya jawab dalam rekod spa maknanya saya telah menanda apa-apa jawapan utk mengelakkan masa tamat tanpa mengisi jawapan.

    Masalah Bahagian C
    Bahagian C pula dapat akses soalan-soalan dengan baik sekali. dan warna warna petunjuk (hijau) naik setelah saya menjawab soalan-soalan tersebut. Tiada masalah pengaksesan dalam menjawab soalan akan tetapi setelah selesai. dan klik butang selesai. pop-up keluar mengatakan sebanyak 185 soalan yang masih tidak dijawab.

    Saya telah berusaha dengan membeli pakej internet yang terbaik supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Akan tetapi masalah dalam talian pula yg dihadapi.

    Harap masalah ini dpt diatasi dengan cara yang betul supaya adil dan saksama kepada semua pihak terutama sekali kepada pemohon pemohon jawatan ini…

    Reply
  130. HR says

    May 28, 2014 at 12:13 pm

    Assalammualaikum,admin..Apa yang saya ingin isukan disini ialah adakah pihak SPA boleh membuktikan individu yang terpilih untuk menduduki exam tersebut benar-benar adalah individu yang sama atau tidak?Maksud saya adalah,sesiapa pun boleh menjawab peperiksaan tersebut (bukan orang yang sepatutnya).Ya,dengan mengetahui No.Kad Pengenalan serta Angka Giliran,dengan hanya dihujung jari sahaja individu lain boleh menjawabkan peperiksaan tersebut denggn mudahnya..Bagi saya,ini adalah tidak adil kepada mereka-mereka diluar sana yang bersusah payah membaca itu ini,bersedia untuk menjawab peperiksaan sedangkan ada pihak yang tidak jujur dengan diri mereka sendiri boleh menyuruh sesiapa atau orang lain yang lebih pandai yang difikirkannya boleh menjawab peperiksaan tersebut bagi pihak dirinya..Nah,bukankah ini tidak adil?Saya memohon maaf,tetapi perkara ini tidak mustahil akan dilakukan..Saya memohon kepada pihak SPA agar perkara ini dilihat dari pelbagai sudut perspektif.Terima kasih.

    Reply
    • Taufik says

      June 2, 2014 at 11:28 am

      Penyataan yang sangat benar. Isu ini adalah isu besar yang perlu dimbil perhatian oleh pihak SPA. Tidak mustahil penipuan boleh berlaku dalam persaingan sengit untuk mendapatkan perkerjaan kini. Akan ada yang tidak jujur yang mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Jika mengambil peperiksaan cara biasa aspek meniru, menyemak keaslian calon yang hadir dan sebagainya sangat diambil perhatian oleh urusetia peperiksaan. Melalui peperiksaan online ini dengan mudah semua itu dapat dikesampingkan.

      Pendapat saya peperiksaan online adalah bagus untuk penjimatan kos namun tidak sesuai dijalankan secara kaedah “dimana sahaja” kerana boleh terdedah kepada penipuan. Kaedah yang terbaik adalah dengan menjalankan peperiksaan online ini disatu pusat peperiksaan yang ditetapkan oleh SPA. Melalui kaedah ini menjimatan kos juga boleh dilaksanakan kerana tiada lagi kertas digunakan. Mungkin kos yang terlibat hanya “one-off” untuk menyediakan peralatan ICT. Melalui kaedah ini permasalahan berkaitan webpage juga dapat diatasi segera. Berkenaan masalah sebelum ini dimana calon tidak menjumpai pusat peperiksaan, lewat sampai dan sebegainya, ianya adalah berkaitan sikap dan inisiatif calon itu sendiri. Disinilah kita boleh menilai tahap keseriusan calon itu sendiri dalam mengambil peperiksaan. Bagaimana ini mencapai tahap kerja kelas pertama jika masalah-masalah berkaitan mencari dan menghadapi peperiksaan pun tidak dapat diatasi.

      Sekian. Hanya pandangan.

      Reply
  131. sis says

    May 28, 2014 at 12:10 pm

    Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak SPA dengan pembaharuan yang dibuat khususnya Unit Peperiksaan..Saya juga merupakan salah seorang calon yang mengikuti peperiksaan Pegawai Kebajikan Masyarakat S41. Jika dilihat semua masalah yang dihadapi adalah sama, saya juga mengalami masalah yang sama..Agak sukar sekiranya peperiksaan sebegini dijalankan buat pertama kalinya. Memang ianya akan memberi banyak kebaikan di pihak masing-masing..Namun saya rasa, pihak SPA boleh menjalankan peperiksaan online tetapi perlu juga mengumpulkan para calon di satu tempat seperti sebelum ini. Sekiranya para calon dikumpulkan di suatu tempat ia akan memudahkan perjalanan proses peperiksaan tersebut. Jika terdapat sebarang kesulitan atau masalah ada pegawai yang bertugas di pusat peperiksaan tersebut.Para calon boleh merujuk kepada mereka.
    Mengenai “sudah submission” atau “tidak submission”. Saya rasa diakhir tamat peperiksaan ketiga-tiga section tersebut perlu dipaparkan senarai yang telah siap dijawab dan disahkan sudah di hantarkan, paparkan di skrin list tersebut sekali termasuk nama, i/c, angka giliran dan juga boleh di print ataupun di simpan. Dengan cara ini, para calon akan yakin yang mereka sudah menghantar ke semua section tersebut dan juga boleh disimpan sebagai bukti yang mengesahkan calon sudah menduduki peperiksaan tersebut.

    Sememangnya kami para calon faham akan kesulitan tersebut, biasalah kalau pembaharuan yang baru dibuat ini, banyak yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan. Bagi saya ianya baik diteruskan,namun saya rasa pihak SPA perlu menyemak kembali adakah ianya berjaya atau tidak dengan perlaksanaan peperiksaan online ini.

    Sekian sahaja daripada saya, hanya sebagai pandangan dan pendapat sahaja.

    Reply
  132. noor asnidah says

    May 28, 2014 at 12:08 pm

    Tahniah spa kerans memperkenalkn sistem online. .tetapi betul ape yg dikatakan oleh rata2 calon.sy adalh salah seorg calon tersebut..masalah yg sama alami ialah:
    1) gambarajah tidak keluar untuk soalan yg berkaitan dgn gambarajah
    2) auto refresh yg kerap sehingga masa sy terbuang dgn bnyk
    3) system slow

    Sy berharap pihak yg berkaitan dapat menambah pembaikan untuk masa akn dtg..

    Reply
  133. mazuani says

    May 28, 2014 at 11:52 am

    Salam sejahtera admin. peperiksaan online secara khususnya memang baik. namun masalah-masalah yang dinyatakan adalah masalah yang dihadapi oleh kesemua calon. calon sukar untuk mengetahui samaada apa yang dijawab telah sampai kepada pihak yang sepatutnya ada terdapt transmision error yang berkemungkinan akan menggagalkan calon yang telah menjawab. harap ada pencerahan dan usaha untuk meningkatkan sistem peperiksaan secara online memang baik tetapi masih kurang memuaskan pada ketika ini. tq.

    Reply
  134. Nadi HM says

    May 28, 2014 at 11:49 am

    ‘Loading’ yang lambat
    Sistem ‘auto-refresh’ yang mendatangkan masalah
    ‘Pop-up’ mengatakan ada soalan belum dijawab walhal semua soalan telah dijawab
    ‘Auto refresh’ yang kerap dan tidak tepat membuatkan calon terganggu dan kehilangan masa
    Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar
    Telah menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab
    KESEMUA MASALAH DIATAS TELAH MENYEBABKAN SY MURUNG LEPAS EXAM..SADIS..SEDIH..DIHARAP SPA MEMPERBAIKI NYA..DAN SAYA BERDOA KAMI2 YG MENGHADAPI MASALAH NI BERJAYA LULUS EXAM TU..AMIN..:'(

    Reply
    • Marhainie says

      May 28, 2014 at 1:59 pm

      Ayuh doa.

      Reply
  135. anne says

    May 28, 2014 at 11:44 am

    Agak teruja dgn exam online pada mulanya. Apabila telah menduduki exam, agak terkilan dgn masalah loading, auto-refresh dan gambahrajah tak keluar. Untuk seksyen a dan b saya sempat selesaikan walaupun masalah diatas terjadi. Tetapi sekyen c saya tak dapat menyelesaikan, hampir 45minit loading dan auto-refresh pada ketika itu baru soalan 11. Masih 174 soalan tidak berjawab lagi, terkilan sebab seksyen c melibatkan personaliti. Pihak SPA perlu improve lg sistem ini. Tk

    Reply
  136. Gasan Chula says

    May 28, 2014 at 11:23 am

    Syabas & Tahniah diucapkan kepada SPA khususnya Unit peperiksaan kerana telah mewujudkan sistem peperiksaan secara online ini. Saya berpendapat sistem peperiksaan online ini masih ada kelemahannya. Kelemahannya yang nyata telah berlaku pada saya semasa menduduki peperiksaan secara online untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 hendak bermula dimana sistem SPA secara tiba-tiba ” Spa.gov.my is not responding”/ This page cannot be displayed”sehingga tamat peperiksaan. Saya juga menghubungi urusetia bahagian peperiksaan di talian 0388806488/6405/6347/6303/6344 untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak dijawab.
    Saya berharap pihak yang berwajib dapat mencari mekanisme yang lebih baik agar kelemahan tersebut tidak berlaku lagi di masa akan datang.

    Komen ikhlas daripada saya

    Terima kasih.

    Reply
    • mia says

      May 28, 2014 at 11:52 am

      Saya juga menghadapi masalah yang sama. Saya gagal untuk menjawab seksyen A & B kerana “not responding”. Hanya sempat menjawab seksyen C sebahagiannya sahaja kerana hampir tamat.

      Reply
  137. Annisa says

    May 28, 2014 at 11:20 am

    Pada pendapat saya exam SPA online baik utk golongan bekerja namun sekiranya sistem tidak mampu utk menyokong jumlah peserta ianya agak dukacita. Ramai kawan saya yang menduduki peperiksaan ini merungut kerana mengambil masa yang lama untuk loading. Sekiranya pihak SPA ingin meneruskan peperiksaan atas talian di masa hadapan tolong naiktaraf sistem anda. Teguran kami untuk kebaikan pihak anda.

    Walaupun saya tidak terpilih setelah beberapakali exam Peg. Pembangunan Masyarakat S41 ini diadakan namun tetap ingin meluahkan bagi pihak rakan yang terpilih. Cuma satu saja persoalan saya apakah kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPA untuk peserta yang memohon jawatan ini. Untuk makluman pihak SPA saya mempunya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan kepujian di mana saya mempelajari segala bentuk mengenai pembangunan bukan sahaja pembinaan pembangunan. Sekiranya pihak SPA rasa was2 boleh rujuk dgn USM dan UUM bidang pelajaran yang kami pelajari. Saya agak terkilan saya telah memon sejak 2010 utk jawatan ini namun apabila saya periksa mengatakan maklumat saya tiada dlm sistem bila saya telefon mengatakan saya memohon tidak mengikut tarikh tawaran. Maaf saya katakan bahawa saya sentiasa mengikuti perkembangan jawatan kosong SPA jadi saya akan memohon mengikut tarikh tawaran. Kepada SPA sekiranya anda ada kriteria sila nyatakan secara jelas kepada pemohon supaya kami tahu dengan jelas.

    Reply
  138. Nora says

    May 28, 2014 at 11:18 am

    saya mengalami masalah untuk ‘loading’. sangat lambat. untuk kertas ii penyelesaian masalah, saya hanya dapat membuka kertas soalan apabila masa hanya tinggal 3 minit sebelum masa tamat. sangat kecewa pada masa itu. bagi kertas soalan yang lain pula saya telah membuang masa hampir 10 minit hanya untuk ‘refresh page” dan ‘loading’. padahal ketika itu line internet saya pada tahap tip top (memang sudah buat preparation untuk line internet). saya tak tahu keputusan saya bagaimana namun begitu, disebabkan satu kertas saya tidak dapat menjawap, rasanya saya sudah gagal. diharap masalah ini dapat diatasi.

    Reply
  139. suenini says

    May 28, 2014 at 11:06 am

    benar admin..saya tidak ada masalah loading tetapi semua masalah lain yg dinyatakan berlaku pada saya..sedangkan line intenet laju berdesupppp… sangat kecewa. terasa seperti tidak berbaloi dengan preparation yg telah dibuat.

    saya tidak tahu status exam macam mana. sama ada diterima atau sebaliknya

    Reply
    • hakim says

      April 25, 2015 at 3:48 pm

      boleh sy thu preparation mcm mana yea..tengah takut ni..29/4/15 ni exm online..please harap dapat membantu saya 🙁

      Reply
  140. Carl says

    May 28, 2014 at 11:01 am

    Untuk exam online pada 27 Mei, masih wujud masalah seperti berikut:-
    1. Gambarajah tidak keluar untuk soalan yang memerlukan rujukan gambar.
    2. Dikala tgh sibuk menjawab soalan, page akan terlog-out sendiri.
    3. Apabila telah siap menjawab semua soalan dan menekan link selesai, ‘Pop-up’ muncul mengatakan ada soalan belum dijawab. (bagi ketiga-tiga seksyen). Ini membuatkan calon risau akan status submission tersebut.

    Harap masalah ini dapat diatasi dengan segera.

    Reply
  141. NK says

    May 28, 2014 at 11:00 am

    Peperiksaan online adalah suatu cara yang amat menyenangkan untuk semua. Tetapi masalah yang amat ketara adalah ‘pop ups’ yang terlalu banyak, sehingga untuk setiap soalan pop up keluar beberapa kali; ‘Loading’ sangat lambat. Semasa nak klik pada jawapan, tak boleh klik pula, kena tunggu beberapa saat untuk itu. Gambar/gambarajah tak keluar (saya guna option right click-view image).

    Jadi, kalau masalah-masalah kecil ini semua dapat diatasi sistem ini akan mendapat lebih banyak sambutan. Sekian, terima kasih.

    Reply
  142. Anuar says

    May 28, 2014 at 5:28 am

    Peperiksaan online yang diperkenalkan oleh SPA ini nampaknya masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki… Harap masalah ini dapat segera di atasi supaya dapat memberi keadilan kepada semua calon…

    Reply
    • Ikhwan Fahmi says

      May 28, 2014 at 7:35 am

      Benar, pertama kali diperkenalkan pasti ada banyak masalah dan cabaran yang bakal dihadapi.

      Semoga semua permasalahan yang berlaku dapat diperbaiki oleh pihak SPA.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Tingkatkan Nilai Diri: 9 Kemahiran Diperlukan Oleh Majikan & Cara Kuasainya
  • Gagal Temuduga Kerja Kerajaan Bukan Penamat: Cara Bangkit dan Perbaiki Diri untuk Percubaan Seterusnya
  • Perlukah Fasih Berbahasa Inggeris untuk Temuduga Kerajaan? Tip Kuasai Bahasa untuk Calon
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera: Tips Persediaan untuk Calon Jawatan Beruniform
  • Temuduga Kerja Kerajaan Secara Online? Tips Berkesan Untuk Anda

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja resume kerja kerajaan separa perubatan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA