10 perkara yang sukar dipelajari tetapi berbaloi untuk selamanya
Perkara terbaik dalam hidup ialah sesuatu yang diperolehi secara percuma. Tetapi ianya tidak bermakna ianya tidak mengambil masa dan keringat. Terutamanya apabila ianya mengaitkan kemahiran penting dalam hidup. Jadi apakah kemahiran penting yang sukar untuk dipelajari?
1. Pengurusan masa. Ini adalah kemahiran yang paling bernilai di kalangan pekerja. Jika tiada sesiapa yang membuat kerja, anda harus mencari sistem yang membolehkan ianya bekerja untuk anda. Adalah sukar untuk merancang berbanding melaksanakan perancangan. Penting untuk memastikan senarai kerja yang perlu dibuat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
2. Empati. Ini adalah kemahiran penting yang perlu anda miliki supaya anda boleh merasai dan memahami perasaan orang lain. Empati boleh mendorong diri anda supaya menjadi seseorang yang peka dan meningkatkan produktiviti di dalam syarikat. Belajar mendengar masalah dari pelanggan yang mempunyai masalah seperti kesukaran untuk membuat persediaan temuduga kerja kerajaan.
3. Kuasai tidur anda. Sukar untuk meramalkan bilakah anda boleh tidur dan bangun tepat pada masanya. Menurut sebuah kajian, sekiranya anda dapat mengawal waktu tidur yang konsisten, maka anda akan mudah untuk tidur dan bangun kembali. Ia akan meningkatkan kualiti tidur anda.
4. Cakap positif pada diri. Katakan sesuatu yang baik untuk diri anda. Buang kata-kata buruk yang boleh meracuni diri sendiri. Mulakan dengan memberi kata-kata semangat yang boleh meningkatkan tahap keyakinan anda sehinggalah ianya menjadi rutin yang anda lakukan setiap hari. Jika hari ini pihak kerajaan membekukan pengambilan, katakan pada diri anda bahawa ianya hanyalah sementara.
5. Konsistensi. Usaha yang berterusan kunci kepada sebuah kejayaan. Hidup pasti ada turun naik tetapi jika anda mampu berusaha dengan konsisten, barulah kejayaan akan dicapai secara konsisten. Apabila anda putus asa dan berhenti, maka usaha anda sebelum ini akan menjadi sia-sia. Untuk mengekalkan kedudukan kejayaan anda, maka usaha anda harus ditingkatkan.
6. Minta pertolongan. Ada masanya anda perlu meminta pertolongan. Contoh paling mudah ialah apabila mengendalikan projek berskala besar. Anda tidak boleh bertindak seorang diri. Anda perlukan pasukan untuk menyelesaikan projek tersebut. Kerja seorang diri hanya akan melambatkan perjalanan projek dan merugikan diri sendiri.
7. Tahu bila untuk diam. Anda tidak akan berjaya jika asyik membebel secara membuta tuli. Anda perlu diamkan diri pada sesuatu masa. Tutup mulut anda semasa mempelajari sesuatu boleh mengelakkan anda kerugian kerana terlepas sesuatu ilmu berharga. Ia akan membantu anda untuk fokus kepada apa yang sedang dipelajari. Anda tidak akan menyesal apabila tahu waktu yang sepatutnya untuk diam.
8. Belajar mendengar. Belajar untuk mendengar dengan baik. Di tempat kerja pasti ada gangguan telefon, mesej dan mesin fotostat. Oleh itu dengarkan dengan baik maklumat yang benar-benar penting. Dengan banyak mendengar, ia akan membantu anda untuk mengingat semula perkara yang diberitahu oleh orang lain kepada anda.
9. Fikirkan urusan anda. Ianya mengambil masa yang panjang untuk belajar dan menguasai perkara ini. Adakalanya anda terlalu sibuk dengan hal orang lain sampai terlupa urusan diri sendiri. Menyibuk dalam urusan orang lain akan memesongkan perhatian anda untuk menyelesaikan hal sendiri. Jika anda mempunyai masalah ekonomi keluarga usah sibuk dengan masalah ekonomi dunia.
10. Kuasai fikiran anda. Lakukan apa yang perlu dibuat dan yang perlu diselesaikan. Cabaran yang getir ialah anda merupakan hasil produk daripada pengalaman yang lalu dan kesemua pemikiran anda merupakan hasil keputusan pada hari ini. Namun begitu perkara yang lepas tidak sama dengan perkara di masa depan. Oleh itu kuasai fikiran anda supaya anda dapat fokus terus kepada kejayaan anda.
how to find all the list which field and the qualification request from all the university in MALAYSIA?