Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » Graduan Memberontak Hidup Terdesak
Graduan Memberontak Hidup Terdesak

Ikhwan Fahmi June 9, 2015 1 Comment

Graduan Memberontak Hidup Terdesak

Graduan memberontak hidup terdesak

Selesai sahaja majlis konvokesyen, segulung ijazah berjaya digenggam. Usaha bertahun-tahun belajar di universiti telah pun membuahkan hasil. Pengalaman tidur lewat menyiapkan tugasan, mengikat perut menahan lapar, pergi ke kuliah berjalan kaki dan makan sehari sekali untuk jimat wang semuanya bakal tersimpan dalam memori. Kini gelaran graduan sudah dimiliki. Mimpi ngeri baru sahaja bermula.

 

Belajar dah habis, carilah kerja

Anda sudah pun habis belajar. Buat sementara waktu tinggal di rumah ibu ayah untuk menguruskan barang simpanan sewaktu belajar dahulu. Bangun tidur pun lewat, nak balas dendam kononnya dulu masa belajar tak dapat tidur dengan puas. Nak cari kerja rasa malas, maklumlah ibu dan ayah ada di rumah. Makan dan minum pun sudah ada yang tanggung. Esok-esoklah cari kerja.

Ibu dan ayah mulai bising. Belajar sudah lama habis, buat apa duduk lama-lama di rumah. Anda pun mula menyelongkar kembali khazanah silam semasa belajar dahulu. Masa itulah nak cari balik sijil-sijil dan bukti pencapaian semasa sekolah sampailah masuk ke universiti. Nak cari kerja kena bawa kesemua perkara tersebut dalam fail. Resume juga perlu disertakan. Masa itulah terkial-kial nak buat persediaan.

 

graduan memberontak hidup terdesak

Untuk bekerja dengan pantas, rancang kerja anda sebelum habis belajar.

 

 

Mula cari kerja, hantar resume sini sana

Anda mula mencari rujukan dari pelbagai sumber untuk menyediakan resume. Panduan menulis resume sudah ada disediakan di oleh pihak universiti sebelum anda tamat belajar, tapi sayang anda tak hadir dengan alasan nak bersama dengan rakan-rakan pergi menonton wayang. Anda terus cari kawan yang hadir program tersebut dan minta salinan. Anda terus copy & paste sahaja resume beliau sebab nak cepat.

Anda mula nak hantar resume. Tapi nak hantar ke mana? Semak balik kelayakan anda. Apa bidang yang anda belajar dahulu. Tengok balik pada ijazah. Buat semakan di mana anda boleh dapatkan sumber pekerjaan. Surat khabar, laman sesawang rasmi kerajaan, portal-portal kerja kosong dan agensi-agensi kerajaan. Dapatkan maklumat lengkap berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan.

Bila sudah ada kekosongan jawatan, barulah mula membuat permohonan. Periksa kembali resume. Nampaknya ada banyak perkara yang perlu dibetulkan. Contoh paling mudah ialah Objektif Kerjaya. Tapi disebabkan anda mahu cepat, resume anda terus sahaja dihantar tanpa mengambil inisiatif nak betulkan atau pun tidak. Ada rasa perlu bertindak dengan lebih cepat sebelum orang lain merampas jawatan itu.

 

Tiada panggilan kerja, tekanan mula melanda

Banyak hari yang sudah berlalu, tiada sebarang panggilan telefon. Hari demi hari yang dilalui semakin membosankan. Wang simpanan anda sudah semakin susut. Tekanan mula melanda. Rasa tak senang duduk bila dapat tahu rakan-rakan anda yang sama-sama belajar sudah mula menerima temuduga dan tawaran kerja. Walhal dulu belajar sama-sama. Keputusan pointer pun lebih kurang sahaja.

Anda mulai termenung. Apa silap anda? Di mana silapnya? Bagaimana boleh silap? Setelah sekian lama berfikir, barulah anda sedar bahawa ianya berpunca dari resume anda! Anda telah copy & paste resume rakan anda. Tanpa sebarang pengetahuan, anda hanya tukar maklumat asas dan beberapa bahagian dalam resume tersebut.

Anda tidak tahu bagaimana nak menceritakan Objektif Kerjaya anda. Lebih malang lagi, anda tidak tahu bagaimana nak menceritakan tentang diri anda. Anda sendiri kabur dengan perjalanan kerjaya anda. Dulu semasa di universiti anda tidak merancang pelan tindakan selepas tamat belajar. Anda wajib betulkan kesilapan anda. Mulakan dengan membetulkan kembali penulisan resume anda.

Setelah anda berjaya menulis resume dengan betul, barulah anda mohon kembali kerja yang anda impikan. Resume anda adalah tiket kemasukan kepada temuduga pekerjaan. Jika anda masih belum jelas dengan cara untuk menyediakan resume, terus dapatkan Panduan Penulisan Resume segera. Anda pasti tidak akan menyesal lagi selepas ini.

Bacaan Tambahan:

  • 10 Perkara Wajib Buat Sehari Sebelum Temuduga Kerja Kerajaan (Checklist Lengkap)
    10 Perkara Wajib Buat Sehari Sebelum Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • Selain SPA 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
    Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • rahsia ptd
    Rahsia PTD: Persediaan Intensif Untuk Program…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: panduan menulis resume

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Noriza Rahman says

    June 10, 2015 at 8:24 pm

    Teringat kembali zaman selepas saya habis ijazah dulu..hantar resume sana sini..tapi sementara cari kerja tu terima offer guru sandaran terlatih..atleast tak membuang masa..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Tingkatkan Nilai Diri: 9 Kemahiran Diperlukan Oleh Majikan & Cara Kuasainya
  • Gagal Temuduga Kerja Kerajaan Bukan Penamat: Cara Bangkit dan Perbaiki Diri untuk Percubaan Seterusnya
  • Perlukah Fasih Berbahasa Inggeris untuk Temuduga Kerajaan? Tip Kuasai Bahasa untuk Calon
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera: Tips Persediaan untuk Calon Jawatan Beruniform
  • Temuduga Kerja Kerajaan Secara Online? Tips Berkesan Untuk Anda

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja resume kerja kerajaan separa perubatan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA