Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 menjadi satu pengalaman ‘ngeri’ sebahagian besar calon. Banyak keluhan yang dilontarkan berkaitan sistem online peperiksaan ini. Pada entri yang lalu, ramai yang memuji langkah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengambil inisiatif menganjurkan peperiksaan online tetapi kecewa dengan sistem peperiksaan tersebut
Rasa tidak puas hati calon Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 ini dikongsikan pada ruangan komen pada entri inii. Pada hemat Tim Infokerjaya, pihak SPA telah mengambil maklum berkaitan masalah ini dan kami yakin ianya akan dipertingkatkan kualiti penyampaiannya.
Keputusan peperiksaan sudah diumumkan dan and aboleh semak dengan klik imej di bawah. Ianya akan bawa anda ke laman semakan rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Tim Infokerjaya tak tahu bagaimana keputusan ini tetapi yakin ramai yang lulus. Jika anda lulus, kami ucapkan tahniah kerana anda adalah calon peperiksaan online SPA terawal yang lulus dan bakal menjadi testimonial kepada keberkesanan dan reliabiliti sistem online SPA ini.
Untuk yang gagal, ucapkan tahniah juga untuk anda kerana ketahuilah pada sesi peperiksaan tahun hadapan anda akan menjadi calon yang berkali ganda lebih baik berbanding calon baru. Apa tidaknya, anda dah ada pengalaman dan tahu di mana kelemahan yang perlu diperbaiki. Bukankah itu satu kelebihan untuk anda?
Tinggalkan Komen, Kongsi Kegembiraan
Kongsikan kegembiraan anda di ruangan komen di bawah untuk motivasi calon lain. Tahniah untuk anda dan perkongsian anda bakal menjadi sumber inspirasi untuk graduan baru!
Tinggalkan komen di bawah
Alhamdulillah sye lulus exam yg lepas…thanks yg xterhingga kpd Tim Infokerjaya….