Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Agensi Kerajaan » Salah Graduan… Salahkah Anda?
Salah Graduan… Salahkah Anda?

Muaz Hadi January 6, 2014 2 Comments

Salah Graduan… Salahkah Anda?

Dalam artikel yang lepas, kita meneliti satu laporan dan pandangan berkaitan pengangguran. Ianya agak komprehensif dalam mengumpulkan beberapa faktor penyumbang kepada pengangguran ini. Sambungan dari pandangan sebelum ini, dalam artikel ini kita lihat dengan lebih luas lagi, apa sebenarnya ‘kurap’ yang menyebabkan graduan kita tersisih.

Pengarah Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dilaporkan media berkata, isu lain yang menyebabkan graduan sukar mendapat pekerjaan ialah lemah dalam penyelesaian masalah, suka lompat kerja dan kurang keyakinan diri.

Beliau menggesa graduan supaya memperbaiki kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris selain meningkatkan skil komunikasi,
“(Bagaimana nak dapat kerja) kalau nak yakinkan bakal majikan pun tidak boleh, peluang mereka untuk dapat kerja amat tipis,” kata beliau.

Mohd. Fauzi juga menasihatkan graduan supaya meninggalkan sikap negatif seperti terlampau memilih pekerjaan dan hanya mahu pekerjaan di kawasan yang mereka rasa selesa seperti di tempat kelahiran masing-masing.

Mahasiswa, jika anda menganggur, itu adalah salah anda. Memang anda yang salah. Itu kata mereka atas data yang mereka ada. Boleh anda persoalkan informasi ini? Solusi yang diberikan oleh Prof Dr. Mohd. Fauzi adalah;

  • Perbaiki kelemahan berbahasa Inggeris
  • Tingkatkan skil komunikasi
  • Jangan memilih pekerjaan
  • Keluar dari tempat kelahiran, cari kerja di tempat lain

Kadar pengangguran menunjukkan peningkatan. Jumlah penganggur mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seramai 434,100 orang atau 3.3% daripada jumlah tenaga buruh pada tahun 2013.

pengangguran

Labor Force Statistics, October 2013

Masalah ini serius dan kian meruncing. Banyak inisiatif sebenarnya yang dilakukan kerajaan dalam membantu graduan, tetapi pada akhirnya ianya terpulang semula kepada TINDAKAN graduan itu sendiri. Buat sehabis baik dalam membantu diri anda sendiri.

Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri. Jangan harapkan orang lain bantu anda. Percayalah apa yang ada di sekeliling anda mencukupi. Optimumkan semua saluran;

  • Latihan peningkatan skil
  • Penulisan Resume
  • Skil Temuduga
  • Karnival Kerjaya
  • Portal Kerjaya
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
  • Suruhanjaya-suruhanjaya lain yang menawarkan peluang pekerjaaan
  • Agensi Negeri
  • Agensi Persekutuan
  • Badan Berkanun
  • Badan Bukan Berkanun
  • …banyak lagi

Dah ‘serang’ semua saluran? Tepuk dada, TANYA TINDAKAN anda! Anda salah atau mereka salah?

Filed Under: Agensi Kerajaan, Motivasi Kerjaya, Penulisan Resume, Persediaan Temuduga Tagged With: graduan menganggur, kemahiran komunikasi, kerja kerajaan, kerja kosong, memilih pekerjaan, penulisan resume

About Muaz Hadi

Muaz Hadi berkelulusan Bachelor of Engineering (Biotechnology-Biochemical Engineering) dan memiliki ijazah sarjana Master of Science dalam bidang Bioteknologi. Beliau adalah perintis dalam menyediakan rujukan secara online untuk membantu graduan berjaya dalam sesi tapisan kemasukan ke sektor awam. Dikenali sebagai pengasas INFOKERJAYA dan bersama sahabat beliau bergerak atas nama Tim Infokerjaya bagi membantu graduan memasuki alam pekerjaan.

Comments

  1. izan says

    September 24, 2014 at 10:31 am

    Saya mengangur sudah 7 tahun.macam2 peluang saya ambil untuk berjaya. First saya kerja mengajar di sekolah cina,lps tu kerani, public takaful agent. Saya seorang yang tidak memilih kerja,. Tetapi semua kerja yang saya dapat adalah berunsur kontrak. Sekarang saya dah berkahwin, dan terpaksa tinggal di kampung. Tetapi saya menolong suami dengan bercucuk tanam. Saya nak sangat kerja yang tetap agar saya dapat melunaskan pinjaman ptptn secepat yang mungkin.

    Reply
  2. Aisyah Binti Che shahidan says

    April 2, 2014 at 10:46 pm

    Assalamualaikum. saya graduan yang masih belum bekerja sejak 5 bulan bergraduasi, saya juga sudah menyertai germ 2.0 anjuran kerajaan. Namun begitu pengalaman semasa menghadiri kursus 14 hari telah saya praktikkan namun masih belum mendapat tempat di pasaran kerja. Satu sahaja yang belum saya kukuhkan iaitu kabel. saya tiada kabel seperti orang lain yang mudah dapat kerja kerana ada orang dalam kerana anak orang biasa-biasa sahaja. Saya sangat tertekan tambahan emak dan abah tidak lagi bekerja.Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Keputusan PTD Sesi 2021
  • Contoh Soalan Exam SPA?
  • Rujukan Exam Kerajaan JULAI 2020
  • Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Separa Perubatan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume contoh objektif kerjaya untuk resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan keputusan temuduga separa perubatan 2015 kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya PAC 2016 panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pegawai teknologi maklumat pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan temuduga temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd

Copyright © 2023 TIM INFOKERJAYA