Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » 5 Tips Tulis Resume Pemikat Bakal Majikan
5 Tips Tulis Resume Pemikat Bakal Majikan

Ikhwan Fahmi November 15, 2015 Leave a Comment

5 Tips Tulis Resume Pemikat Bakal Majikan

5 tips tulis resume pemikat bakal majikan

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sebahagian besar resume dilontar ke bakul sampah. Pasti ada sebab mengapa resume permohonan kerja yang dikirimkan tidak menepati kehendak atau keperluan syarikat. Bagi mengurangkan risiko resume anda dibuang, periksa kembali apa yang tidak kena pada resume kerja anda. Mari lihat 5 tips tulis resume pemikat bakal majikan anda.

 

1. Fokus pada pencapaian bukan duti dan tanggung jawab

Pengurus sumber manusia cenderung kepada duti harian anda dan lebih berminat pada pencapaian dan kejayaan anda yang lepas. Jika resume anda  sekadar menyenaraikan tanggung jawab harian, tukarkan senarai tersebut kepada senarai pencapaian yang boleh memberitahu majikan nilai yang bakal anda berikan kepada syarikat sekarang dan terdahulu.

Senarai kejayaan anda boleh menarik perhatian pembaca dan meninggikan nilai resume anda berbanding dengan pesaing lain yang turut memohon jawatan kerja yang sama.

 

2. Senaraikan contoh kejayaan yang boleh diberi perhatian

Di antaranya ialah :

  • Cara anda meningkatkan jualan dari bawah
  • Bagaimana anda mengurangkan kos atau memaksimakan keberkesanan bisnes
  • Idea baru, inovasi atau perubahan yang diimplementasikan untuk hasil yang positif
  • Anugerah istimewa, kehormat dan latihan kurikulum tambahan atau sijil
  • Boleh melatih staf syarikat

 

3. Gunakan contoh kuantitatif

Sebagaimana ia penting untuk menumpukan pada pencapaian anda, cara terbaik untuk mengetengahkan kejayaan anda ialah menerusi contoh. Gunakan nombor, figura dan statistik untuk menyokong pernyataan anda.

Di samping menyatakan anda mampu “meningkatkan jualan untuk menghasilkan pendapatan yang lebih baik”, masukkan nombor untuk membentangkan gambaran lengkap kepada pengurus syarikat seperti “meningkatkan jualan 50% dalam tempoh 6 bulan”.

 

4. Masukkan kata kunci strategik

Penggunaan kata kunci yang strategik dalam resume berkesan bukan sekadar untuk mencuri perhatian pembaca, tetapi ia juga memastikan resume profesional anda tidak dipadam oleh bakal majikan. Resume yang memikat pastinya akan mencuri perhatian pembaca kurang dari 10 saat yang pertama semasa menatap resume anda.

Resume yang terbaik akan mendapat perhatian seperti cinta pandang pertama. Ia akan membuatkan si pembaca menatap terus-menerus resume anda lebih lama. Menghasilkan profail berkelulusan atau ringkasan eksekutif pada permulaan resume anda adalah cara terbaik untuk memperkenalkan diri anda kepada pembaca dan sekaligus memperlihatkan kemahiran dan kelulusan anda terus pada mereka.

 

5. Buang maklumat tak berkaitan

Masukkan maklumat dalam resume yang boleh menambah nilai kepada kerja yang dipohon. Maklumat yang tidak berkaitan boleh menjadi sebab mengapa resume anda dilontarkan ke bakul sampah.pastikan target anda menepati deskripsi kerja contohnya jika anda memohon kerja sebagai pengurus projek, pastikan anda mengetengahkan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan tersebut.

 

5 tips tulis resume pemikat bakal majikan

Contoh resume yang terbaik boleh diperolehi dari Tim Infokerjaya.sume

 

Ingatlah bahawa resume anda adalah senjata pemasaran anda. Pastikan ia dipasarkan dengan betul. Menulis resume yang memikat bakal majikan anda akan membuka pintu peluang yang boleh membantu anda meningkatkan kadar temuduga kerja. Fokus pada resume anda untuk mempersembahkan kemahiran anda yang terbaik dan membuatkan anda menjadi calon terhebat untuk diambil kerja.

 

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya
    Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya?

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: cara tulis resume, penulisan resume, tips tulis resume

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA