Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » 13 Kesilapan Terburuk Zaman Remaja
13 Kesilapan Terburuk Zaman Remaja

Ikhwan Fahmi December 4, 2015 3 Comments

13 Kesilapan Terburuk Zaman Remaja

13 kesilapan terburuk zaman remaja

Zaman remaja memang mengasyikkan. Pada waktu inilah anda berada pada usia yang baru nak meningkat naik ke alam dewasa. Pada masa yang sama, waktu inilah juga di mana anda perlu mula merancang untuk kehidupan yang lebih baik atau terus bersukaria. Ada 14 kesilapan terburuk zaman remaja yang kerap berlaku apabila seseorang itu melangkah ke alam remaja.

Bahagian yang terbaik pada usia remaja ini boleh ditentukan sekiranya anda dapat mengenalpasti bagaimana nak berdepan dengan situasi dunia yang sebenar. Pilihan yang kurang tepat boleh mengakibatkan ia berkekalan dalam masa yang panjang, contoh yang paling mudah ialah tidak membuat simpanan wang yang mudah diabaikan.

Nasihat yang ditulis berkaitan 13 kesilapan terburuk zaman remaja ini dihimpunkan dari golongan usahawan dan penulis-penulis mutiara kata berbentuk nasihat. Ini adalah himpunan kesilapan terburuk yang perlu dielakkan bagi mengembangkan ciri-ciri profesional dan hidup secara positif.

 

1. Menyangka pendidikan dan bakat sudah cukup untuk berjaya

Bakal semulajadi, kebijaksanaan dan ijazah dari universiti elit sudah cukup bagus untuk dimiliki. Tetapi itu semua bukanlah jaminan untuk anda mendapatkan kerja yang terbaik. Ia semua tak bermakna untuk dibandingkan dengan kerja keras.

Apabila anda sudah beransur tua, anda akan sedar bahawa anda tidak lagi boleh bersukaria seperti di kolej atau universiti. Aktiviti keluar minum di waktu malam boleh menjadi sesuatu yang tidak sihat. Terlibat dengan gejala rokok, vape dan diet yang tidak sihat boleh mendorong kepada gejala sosial.

 

2. Tidak mula menyimpan wang

Hasil tinjauan terhadap 1,000 orang secara rawak, 69% daripada mereka yang berumur 18 hingga 29 tahun tidak membuat simpanan persaraan. Memang benar waktu persaraan masih jauh, namun langkah menyimpan wang untuk persaraan adalah untuk diri anda sendiri.

Jika anda tidak melakukannya hari ini, pasti anda tidak dapat menentukan kepentingannya di kemudian hari. Anda tidak perlu membuat simpanan yang terlalu tinggi sebagai permulaan, jadi mulakanlah dengan jumlah yang kecil dahulu. Kemudian tingkatkan ia sedikit demi sedikit.

 

3. Sangat gembira dengan wang

Pembayaran gaji atau cek boleh membuat anda gembira, tetapi anda harus tahu bahawa lebih banyak kegembiraan yang lebih bermakna berbanding wang. Lama kelamaan anda akan mula berasa kesal kerana mengejar wang berbanding dengan mengejar kejayaan anda.

 

4. Putus asa bila cabaran semakin sukar

Putus hubungan dengan teman lelaki atau teman wanita, dipecat dari kerja dan lingkup dalam bisnes boleh menghanguskan impian anda bila ia berlaku untuk kali pertama. Daripada anda terus berputus asa atau mensasarkan target yang lebih rendah dilain kali, gunakan kegagalan anda sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki diri anda.

 

5. Membiarkan orang lain membuat keputusan

Bila anda baru hendak memulakan karier anda dan masih belum pasti mana arah yang nak dituju, barangkali anda akan membiarkan orang lain memilih jalan untuk anda. Usah biarkan pendapat orang lain mempengaruhi cita-cita anda. Jika orang lain yang menentukan kerjaya anda, maka anda sampai bila-bila akan bergantung pada orang lain.

 

6. Kurang sabar

Anda tidak perlu berkahwin terlalu awal. Bersabarlah sementara kerjaya anda baru nak bernafas. Fokus pada rancangan semasa. Jika hendak berkahwin sekali pun anda tetap perlukan persediaan wang, tempat dan masa. Jika masih belum mampu tangguhkan dulu perkahwinan anda.

Ada juga yang mahu memiliki kereta. Baru keluar universiti sudah merancang untuk membeli kereta baru. Bukan jenama tempatan jadi pilihan, tapi jenama dari luar negara. Memiliki kereta memang semudah ABC, tapi untuk kos minyak, tol dan selenggara bulanan boleh membocorkan poket anda.

Carilah pengangkutan yang bukan sekadar mampu milik, tapi mampu bayar, mampu jimat dan mampu selenggara. Bukan sekadar jadi hiasan di mata orang tapi diri sendiri terpaksa ikat perut. Nak hantar wang pada ibu bapa pun berkira. Silap percaturan anda yang minta duit pada mereka.

 

13-kesilapan-terburuk-zaman-remaja

Zaman remaja hanya sekali, jadi usah buat silap banyak pada waktu ini.

 

7. Mahu puaskan hati semua orang

Berkawan dengan rakan sekolah, rakan sekolej atau rakan sekerja boleh memberi manfaat kepada anda. Namun bukanlah sepanjang masa anda boleh bersama dengan semua orang. Sebaik sahaja anda mula bekerja, sudah menjadi kebiasaan untuk anda berkawan dengan majikan, rakan sekerja, pelanggan dan pekerja di bawah anda.

Daripada anda terasa hati dengan seseorang yang tidak sukakan anda, terima sahaja dan jalan terus. Jika ada seseorang yang membenci anda, itu adalah sesuatu yang normal. Hentikan kerisauan tentang perkara tersebut dan buat sahaja kerja anda.

 

8. Setiakawan akan kekal selamanya

Adakah rakan sekolah dan sekolej akan menjadi rakan baik sepanjang hidup anda? Belum tentu lagi. Sebahagian besar dari mereka akan hidup di alam keluarga sendiri. Bila rakan anda sudah tidak tinggal di daerah yang sama, anda akan sedar siapa yang lebih penting dalam hidup anda dan berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan mereka.

 

9. Berpindah ke suatu tempat akan selesaikan masalah

Mengembara dan tinggal di suatu tempat boleh menambah pengalaman. Harus diingat ia adalah aktiviti yang memerlukan kos wang dan masa. Pada usia 20an adalah waktu yang terbaik untuk anda untuk mencari makna dan arah kerjaya anda. Carilah kerja atau bisnes yang boleh memberikan anda peluang untuk menjana wang dan mengembara sekaligus.

 

10. Menjarakkan hubungan sesama sendiri

Penting untuk anda membina hubungan dengan rakan sekolej dan rakan dari industri yang berbeza. Tinggal tetap dalam sesuatu bidang hanya akan berputar di dunia sendiri. Usahakanlah untuk keluar dari kepompong kebiasaan.

Orang di sekeliling anda boleh memberi impak secara langsung terhadap kejayaan dan kegagalan anda. Kesannya boleh dilihat dari cara anda berpakaian dan berapa banyak latihan yang anda buat. Jika anda mahu hidup dalam kejayaan dan kegembiraan, anda perlu menguasai pembinaan hubungan dengan orang baik yang menghormati anda dan lepaskan hubungan dengan orang yang negatif.

 

11. Mencari jodoh yang sempurna

Anda takkan jumpa jodoh yang sempurna. Jodoh yang anda mahukan tidak akan wujud melainkan anda sendiri  yang berusaha untuk mencapai jodoh tersebut. Ada remaja yang mengambil keputusan untuk bersendirian pada usia 20an. Yang lain sudah mula mencari orang yang tepat untuk dikahwini.

Sebahagian yang lain hanya berfantasi untuk hubungan yang tidak serius. Ketahuilah hubungan perkahwinan yang bermakna memerlukan dedikasi dan usaha dalam jangka masa yang panjang. Pengorbanan haruslah dilakukan dari masa ke semasa dan bukan sekali sekala.

 

12. Merancang setahun lebih awal

Adalah sukar untuk menjangkakan bila anda akan berkahir dan apa yang anda mahu lakukan. Elakkan daripada terlalu bergantung pada perancangan gila untuk tempoh 5 tahun. Carilah matlamat yang boleh dicapai dalam masa yang singkat.

 

13. Mereka fikir hanya merekalah yang berusaha

Mereka yang berusia 20an masih perlu berusaha untuk bekerja keras membina kerjaya sendiri. Anda akan lihat rakan-rakan anda yang lain lebih berjaya berbanding anda. Sebenarnya tidak, setiap orang akan sentiasa berusaha untuk berjaya dan mengekalkan kejayaan.

 

Bacaan Tambahan:

  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • kerja kerajaan
    Kerja Kerajaan: Strategi Menonjolkan Kemahiran…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: 13 kesilapan terburuk zaman remaja

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. ricecookerreview says

    May 19, 2016 at 12:15 pm

    It doesn’t need to be the most costly styles which have
    most of the extra features that you choose to don’t should
    have. If your fridge or freezer has a fault, the Concierge Service Plan can, at your
    request, offer you up to $200 to replace any spoiled food.

    You do not have to worry about burning rice, not unless there is
    a malfunction.

    Reply
  2. Nur Fannun says

    January 31, 2016 at 12:11 am

    ada betulnya apa yg diperkatakan…mcm terkna pun ada..huhu

    Reply
  3. Md. Ardi Bin Buyati says

    December 5, 2015 at 10:27 pm

    Terima kasih, tips yang sangat baik untuk anak2 muda yang mencari arah halatuju masa depan mereka.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA