Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » Tips Menulis Matlamat Kerjaya Dalam Resume
Tips Menulis Matlamat Kerjaya Dalam Resume

Ikhwan Fahmi March 3, 2016 15 Comments

Tips Menulis Matlamat Kerjaya Dalam Resume

Tips menulis matlamat kerjaya dalam resume

Matlamat kerjaya biasanya ditulis sebagai objektif dalam resume anda. Ia juga merujuk kepada kenyataan matlamat bagi kerjaya anda. Nampak mudah untuk anda mendapatkan kerja dengannya. Dicampur pula dengan pendidikan dan pengalaman anda, tips menulis matlamat kerjaya dalam resume mampu membantu anda untuk mendapatkan kerja idaman.

Tidak dinafikan ini adalah bahagian yang sukar untuk dihasilkan kerana anda hanya mempunyai ruang yang terbatas untuk menceritakan kemahiran dan kepakaran anda. Senarai objektif kerjaya tidak disenaraikan akan menyebabkan bakal majikan menganggap anda tidak serius dalam mencari kerja. Pemohon pula mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap ia tidak penting dan sudah dijelaskan dalam resume yang dihantar.

 

Menggunakan kenyataan umum semasa memohon kerja

Sekiranya anda memohon jawatan sebagai seorang jurutera, elakkan daripada menggunakan kenyataan umum seperti di bawah :

“Untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang jurutera yang mahir dan berpengalaman”.

Jika dilihat, ianya terlalu umum kerana tidak ditumpukan kepada jenis kemahiran dan berapa lama matlamat tersebut hendak dicapai. Ianya boleh ditambah baik dengan menambahkan beberapa perkataan seperti kenyataan di bawah :

“Untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang jurutera yang mahir dalam bidang elektrik dan elektronik dan berpengalaman luas dan bertauliah dalam setiap tugasan yang diamanahkan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan positif syarikat”.

Lihat, kenyataan di atas lebih jelas dan spesifik bukan?

Jika anda menggunakan kenyataan sebelum ini, ia hanya akan membuatkan bakal majikan anda berasa gusar dan tidak yakin untuk membaca penulisan resume anda. Jadikan resume anda sebagai alat untuk menjual kebolehan anda dan mampu mempersembahkan objektif kerjaya anda. Biar bakal majikan anda mengetahui apa yang anda mahukan.

Selain itu, nyatakan komitmen anda yang membantu mencapai matlamat kerjaya anda. Senaraikan tindakan yang anda rancang dan lakukan. Tulis dengan spesifik dan elakkan daripada menceritakan ia terlalu umum.

Sebagai contoh, anda mahu menjadi seorang jurujual dalam industri takaful. Anda menggunakan kelebihan dalam kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan untuk meningkatkan jualan di samping meningkatkan prestasi komunikasi dengan orang ramai.

Keterangan di atas membantu bakal majikan anda memahami potensi diri anda, pengalaman yang anda miliki, apa yang anda mampu buat dan apa yang sanggup anda buat untuk mencapai matlamat kerjaya. Dengan mengikuti cara-cara yang dikongsikan, resume anda sudah menjadi alat pemasaran diri anda yang berkesan dan menawan hati bakal majikan.

Banyak lagi tip-tip rahsia yang anda boleh gunakan. Anda boleh dapatkan rahsia-rahsia resume hebat di laman resume kerja.

 

Tips menulis matlamat kerjaya dalam resume

Susunan komponen resume anda turut mempengaruhi keputusan dari majikan.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: menulis matlamat kerjaya, resume kerja

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. syaaban says

    March 23, 2016 at 11:23 am

    Selama ni guna ganeral..patut tak pernah dpt lompat ke tmpt kerja lain..Thanks atas tips..sangat2 menghargai..

    Reply
  2. hrozana says

    March 14, 2016 at 5:02 pm

    Tips yang sangat2 membantu. Time kasih rujukankerjaya.

    Reply
  3. ain says

    March 12, 2016 at 11:06 am

    tips yg sangat membantu…

    Reply
  4. Syam says

    March 12, 2016 at 3:16 am

    Menarik. Tip yang banyak menyumbang kpada pningkatan pnulisan yg dpat mmbantu sdikit sbanyak dlam mnulis resume yg baik kelak. Trima ksih dan truskan mberikan tips yg brmanfaat pda msa akan dtang.

    Reply
  5. Nurashyikin says

    March 12, 2016 at 12:57 am

    Terima kasih atas tips yang dikongsikan.Ianya sangat bermanfaat dan membantu saya membuat resume yang lebih jelas matlamat kerjaya.

    Reply
  6. syarifah nurul jannah says

    March 12, 2016 at 12:42 am

    Info yang menarik..terima kasih atas perkongsian

    Reply
  7. Min says

    March 12, 2016 at 12:02 am

    Wahhh. Tips yg bagus. Kene ubah resume sdie ade. Sgt2 berterima kasih. ?

    Reply
  8. mjay says

    March 11, 2016 at 9:12 pm

    Terima kasih. Sgt membantu. Keep it up 🙂

    Reply
  9. Ellen says

    March 11, 2016 at 7:30 pm

    Good tips!

    Reply
  10. Jie says

    March 11, 2016 at 4:20 pm

    owh.. macam tu ke… kena perbaiki balik resume yg sedia ada ni..

    Reply
  11. nrhfz says

    March 11, 2016 at 12:09 pm

    Idea yang sungguh bernas dan terbaik..

    Reply
  12. nuruladila binti ismail says

    March 11, 2016 at 11:45 am

    tq info..boleh membantu dalam cara penulisan resume.tq 🙂

    Reply
  13. lyssa says

    March 11, 2016 at 11:39 am

    sangat membantu ..thanks 🙂

    Reply
  14. Roxy says

    March 11, 2016 at 9:22 am

    Rujukan yg sgt membina dan bermanfaat.Tq.

    Reply
  15. Rznmhdrzi says

    March 11, 2016 at 8:39 am

    Wow tips yg sangat bagus. Selama ni pun memang saya guna general statement je. Now i can see clearly on how to update my resume to be more specific. Thanks for the tips!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA