Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » 7 Perkara Anda Perlu Buat Semasa Menyediakan Resume Kerja Anda
7 Perkara Anda Perlu Buat Semasa Menyediakan Resume Kerja Anda

Syed Faiz February 29, 2016 6 Comments

7 Perkara Anda Perlu Buat Semasa Menyediakan Resume Kerja Anda

Anda seorang graduan? Jika Ya, maklumat ini mungkin berguna untuk persediaan anda merangka dan menyiapkan resume yang mempunyai nilai yang tinggi di mata panel penilai. Kami tidak menggalakkan anda meniru resume senior anda atau rakan sebaya anda, cukup sekadar melihat bagi mendapatkan idea sebelum mula menulis resume anda.

Menyediakan sebuah resume kerja bukanlah dengan anda melontarkan segala maklumat yang anda fikirkan hebat ke dalam sehelai kertas tanpa mempunyai fokus tertentu. Anda harus ingat, dengan memadatkan resume anda dengan segala maklumat akan menyukarkan panel penilai menilai resume anda. Mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menilai sesebuah resume, apatah lagi resume tersebut terlalu padat dengan maklumat. Untuk tujuan itu, kami mengsyorkan anda fokus kepada 7 perkara di bawah ini untuk panduan anda.

1. Ringkaskan Maklumat Profil Diri Anda

Sebelum anda menulis terlalu banyak maklumat tentang diri anda dalam resume kerja anda, pastikan anda tahu apa tujuan anda menulis maklumat diri anda. Jika tanpa tujuan, kebarangkalian anda memuatkan terlalu banyak data profil anda adalah tinggi. Di bahagian profil diri sahaja sudah cukup memadatkan resume anda. Ini merugikan ruang untuk anda memasukkan maklumat yang lebih penting lagi.

Tujuan anda pamerkan maklumat diri seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat emel anda yang aktif, website atau blog url yang mengandungi portfolio anda dan lesen kenderaan adalah untuk tujuan memudahkan panel penilai menghubungi anda jika mereka berminat untuk menemuduga anda. Selain daripada itu, ia juga ruang untuk anda mempamerkan hasil kerja anda yang telah didokumenkan dengan baik (website, blog, dll).

Maklumat seperti tinggi, berat, jantina dan nombor mykad boleh dikeluarkan dahulu. Fokus kepada tujuan utama anda mempamerkan maklumat diri anda iaitu memudahkan panel penilai menghubungi anda. Jimatkan ruang untuk maklumat yang lebih bernilai tinggi untuk dipamerkan. Keep it simple!

2. Sediakan Gambar Profil Resume Anda Secara Profesional

Ada sesetengah individu berpendapat gambar profil dalam resume tidak perlu. Kami nasihatkan untuk anda sediakan gambar profil resume anda secara profesional. Profesional yang kami maksudkan adalah anda menggunakan kod pemakaian yang betul (suite attire) bagi lelaki dan wanita, kemas dan menarik. Anda pernah dengar pepatah “Picture speaks a thousand words” atau gambar berbicara dengan seribu perkataan?

Bagi panel penilai, ada di antara mereka telah dilatih melihat karakter individu sama ada melalui gambar atau secara berdepan. Oleh itu, kami amat tekankan supaya anda mengambil berat tentang pemakaian yang betul dalam mempamerkan gambar profil resume anda. Anda boleh dapatkan khidmat seorang jurugambar yang mahir dalam pencahayaan dan pemakaian supaya anda kelihatan yakin, kemas dan bergaya di dalam gambar.

Ini satu pelaburan kecil yang membantu menaikkan nilai resume anda. Gunakan cara pemakaian yang mereka syorkan untuk hadir ke sesi temuduga kelak jika anda berjaya dipanggil ke sesi temuduga. Ingat! usah pandang remeh tentang pemakaian. Pemakaian yang betul dapat menaikkan self-esteem anda. Ikuti cara pemakaian yang betul melalui panduan Pemakaian Temuduga daripada kami.

3. Sediakan Urutan Latar Belakang Pendidikan Anda Secara Tersusun

Sebagai seorang lepasan universiti, mempamerkan urutan pendidikan yang telah anda terima sebelum ini dapat menonjolkan tahap pendidikan anda berada. Ini amat membantu anda jika panel penilai mementingkan pendidikan akademik. Mereka mahu lihat tahap pendidikan anda sama ada sesuai atau tidak dengan jawatan yang anda sedang mohon.

Oleh itu, sediakan urutan pendidikan anda 2 hingga 3 tahap pendidikan yang tertinggi. Jika anda juga menjalani pendidikan teknikal yang spesifik, kami syorkan juga untuk anda sertakan bersama di dalam resume untuk penilaian panel penilai. Abaikan pencapaian PMR atau UPSR anda kerana ia terlalu jauh untuk digunakan sebagai modal meyakinkan panel penilai.

4. Huraikan Pengalaman Kerja Anda Sebelum Ini

Pengalaman kerja yang lebih layak untuk anda pamerkan adalah pengalaman kerja semasa Latihan Industri anda. Latihan Industri dilihat sebagai satu platform kepada pelajar di institusi pengajian tinggi untuk membiasa diri dengan sektor pekerjaan sebelum mereka mula menjejak kaki ke alam pekerjaan sebenar.

Latihan Industri mempunyai penilaian tersendiri. Pensyarah terpilih ditugaskan untuk membuat lawatan ke tempat anda menjalani Latihan Industri dan anda perlu menyiapkan laporan kepada pensyarah tersebut untuk markah akhir tahun anda.

Huraikan secara spesifik dimana anda menjalani Latihan Industri, nyatakan tugasan yang anda telah lakukan sepanjang Latihan Industri dan sebagainya. Ini amat membantu panel penilai melihat sejauh mana anda telah berkecimpung dalam tugasan dan peraturan dalam sesebuah industri.

5. Huraikan Hasil Kerja Projek Akhir Tahun Anda Supaya Mudah Difahami

Sesetengah projek akhir tahun tidak pernah didengari oleh panel penilai. Oleh itu, menjadi tugasan anda untuk menghuraikan projek akhir tahun anda dengan perkataan mudah supaya dapat difahami oleh panel penilai.

Huraikan apakah objektif projek akhir tahun yang anda jalankan dan sejauh mana pencapaian anda dalam mencapai objektif projek tersebut. Tidak semua panel penilai dapat memahami projek akhir tahun anda. Oleh itu, anda bantu mereka menghuraikan dengan lebih mudah difahami supaya mereka dapat tahu apa yang anda cuba capai.

Nyatakan sahaja kejayaan yang anda capai. Jika projek akhir tahun anda tidak berjaya mencapai objektif, rahsiakan terlebih dahulu. Jika menjadi rezeki anda mereka menjemput anda ke sesi temuduga dan soalan tentang projek akhir tahun anda ditanya, nyatakan usaha dan kekangan yang telah anda jalankan untuk menjayakan objektif projek tersebut. Di situ mereka dapat melihat sejauh mana usaha dan kesungguhan anda.

6. Senaraikan Aktiviti Luar, Networking dan Pencapaian Anda Sebelum Ini

Selain akademik, panel penilai juga berminat untuk melihat kehidupan sosial anda melalui aktiviti luaran seperti bersukan, cara anda ber’networking’ dan pencapaian anda dalam bidang selain daripada akademik.

Antara contohnya adalah seperti anda dianugerahkan sebagai ajen jualan yang menghasilkan jualan tertinggi, anda berjaya memenangi juara keseluruhan pertandingan bowling terbuka negeri Selangor dan lain-lain yang menaikkan saham diri anda.

7. Pilih Rujukan Terbaik dan Nyatakan Hubungan Anda Dengan Mereka

Mengapa anda perlu mempamerkan rujukan anda dalam resume kerja anda? Secara mudahnya, rujukan ini adalah penama yang anda pilih untuk menjadi saksi bagi anda. Sediakan maklumat rujukan dengan tepat dan mudah untuk dihubungi seperti nama, emel dan nombor telefon. Pilih seorang atau dua orang sudah memadai sebagai penama rujukan. Elakkan daripada memilih ahli keluarga sebagai penama rujukan untuk bebaskan anda daripada sebarang syak wasangka atau kompromi.

Jika anda menjadi pilihan panel penilai di antara beratus-ratus resume yang mereka terima, mereka mungkin perlukan seseorang yang boleh dirujuk untuk bertanya tentang perihal anda. Jadi, pastikan anda maklumkan kepada penama tersebut yang anda memilih mereka sebagai rujukan di dalam resume kerja anda supaya mereka lebih bersedia jika dihubungi oleh panel penilai atau wakil majikan.

8. Kepilkan Portfolio Anda Sebagai Bukti Kukuh

Bercakap tanpa bukti sukar untuk diterima. Oleh itu, jika anda mempunyai portfolio (hasil kerja) yang baik untuk dipamerkan, kami amat syorkan kepada anda untuk kepilkan bersama resume kerja anda sebagai lampiran.

Sebagai contoh, lukisan draf AutoCAD anda digunakan oleh Fakulti Seni Bina sebagai lukisan panduan untuk membina sebuah taman sains di kolej anda. Jika anda mahir membina website, pamerkan hasil kerja anda sama anda secara bercetak atau menyediakan URL untuk panel penilai layari.

Hasil kerja anda ini menjadi bukti bahawa anda tidak bercakap kosong. Anda harus ingat bahawa kaedah begini lebih cenderung meyakinkan panel penilai mengenali lebih lanjut tentang anda. Oleh itu, peluang anda ke sesi temuduga menjadi amat luas. Pancing mereka di sini!

Good Luck…!!!

BOX009_Template-Resume-Pasang-Siap

P.S : Sila share artikel ini jika ia bermanfaat untuk anda. Kami bangga jika ia turut sama membantu rakan anda yang lain.

P.S.S : Layari rahsia resume kerja untuk mengetahui lebih banyak rahsia dalam sesebuah resume kerja (klik sini)

…

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: contoh resume, panduan menulis resume, resume, resume kerja, resume sample, tips menulis resume

About Syed Faiz

Syed Faiz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat utiliti terbesar di Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas bersama Infokerjaya PLT. Melalui pengalaman, beliau giat berkongsi maklumat tentang kerjaya, penulisan resume dan motivasi melalui penulisan buku, ebook, forum dan blog kepada awam.

Comments

  1. nur says

    November 3, 2017 at 4:49 pm

    TAK ADA KE SAMPLE RESUME UTK SAYA TENGOK SEBAGAI RUJUKKAN…

    Terima Kasih

    Reply
  2. aqilah says

    March 4, 2016 at 3:48 pm

    THANK YOU.. satu aritkel yang sangat berguna. sedikit pertanyaan, adakah CGPA juga penting ? resume yang baik seeloknya berapa muka surat?

    Reply
    • Syed Faiz says

      March 8, 2016 at 7:19 am

      CGPA menjadi penting apabila syarat kelayakan untuk memohon jawatan itu menetapkan pencapaian CGPA. Untuk memudahkan penilai menilai resume anda, pastikan resume anda kemas, data tersusun dengan baik dalam 1-2 muka surat, tidak termasuk lampiran jika anda mempunyai lampiran portfolio yang bagus.

      Reply
  3. Nisa says

    March 3, 2016 at 9:23 am

    perkongsian menarik dan bermanfaat. nampak mudah tetapi selalu diabaikan graduan

    Reply
  4. syarifah nurul jannah says

    March 2, 2016 at 8:01 pm

    Maklumat yg berguna.. trm ksh

    Reply
    • Syed Faiz says

      March 8, 2016 at 7:12 am

      Terima kasih Syarifah Nurul Jannah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA