Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » 7 Punca Resume Anda Dihumban Ke Longkang

Ikhwan Fahmi February 12, 2015 1 Comment

7 Punca Resume Anda Dihumban Ke Longkang

7 punca resume anda dihumban ke longkang

Dalam laporan artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda 7 punca resume anda dihumban ke longkang. Kesilapan-kesilapan ini dikelaskan sebagai kes yang amat kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali dan tidak ada usaha yang serius untuk penambahbaikan penulisan resume yang dilakukan.

Saya mengambil inisiatif ini untuk menulis artikel bagi membantu anda dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang sudah mulai serius di kalangan pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda perlu membaca dan mengelakkan 7 kesilapan utama ini. Jika tidak, resume anda bakal dihumban ke dalam longkang oleh bakal majikan anda.

1. Copy & paste resume. Perkara ini terjadi apabila anda mengambil satu contoh resume dari rakan-rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah membuat perubahan pada maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, informasi akademik dan ko-kurikulum juga turut diubah.

Namun anda lupa satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan dalam resume tersebut. Anda lupa untuk meneliti susunan standard dalam penulisan resume. Pemeriksaan harus dilakukan kerana resume rakan-rakan anda tidak semestinya menjadi contoh yang terbaik. Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan penulisan resume yang serius.

2. Crowded data. Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya dengan secepat yang mungkin. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan keseluruhan pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti.

Ini bukanlah perkara yang tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.

3. Tulisan atau font yang fancy. Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil inisiatif untuk mencantikkan resume anda. Salah satu aspek yang bakal disentuh ialah jenis tulisan atau font. Anda hanya perlu gunakan font yang standard untuk penulisan resume iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma.

Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau tulisan tersebut berkerawang seperti rekaan tulisan kad jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan resume anda diketepikan dan dilontarkan ke bakul sampah. Siapa pula yang hendak baca tulisan yang berlingkar-lingkar jika ianya hanya menyakitkan mata pembaca?

4. General resume. Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke bakal majikan anda disebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.

Perlu diingat bahawa pembaca resume tersebut juga mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.

 

7 punca resume anda dihumban ke longkang

Bagaimana nak kerja kalau resume anda dihumban ke dalam longkang?

 

5. Guna lebih dari 2 warna. Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih sahaja. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakan seksyen dalam resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu. Tidak perlu meletakkan warna yang menyakitkan mata.

6. Cover letter/surat iringan. Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga memakan 2 hingga 3 helai kertas lalu menenggelamkan resume yang dihantar.

Sebahagian daripada maklumat di dalam resume telah diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.

7. Tidak faham keperluan jawatan. Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama. Elakkan daripada membuat andaian sendiri dan carilah sumber rujukan kerja yang dipohon dengan tepat.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak layak dengan kelulusan dan kemahiran anda. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja tersebut, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.

 

Kesimpulan

Menyediakan resume untuk memohon pekerjaan bukanlah perkara yang main-main. Dari resume anda akan dinilaikan untuk diambil bekerja. Dari resume jugalah anda akan ditemuduga. Pendek kata apa yang anda tulis dalam resume sebenarnya mencerminkan tentang diri anda, sikap anda dan tahap pengetahuan anda. Biar pun anda memiliki kelulusan yang tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh bakal memberi impak kepada kerjaya anda.

Sekiranya anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda perlu mengambil serius dengan corak penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti ialah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan.

Ramai rakyat Malaysia yang sukses dalam kerjaya masing-masing telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan anda mendapatkan panduan resume tersebut  supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah untuk masa depan kerjaya anda :

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: 7 punca resume anda dihumban ke longkang

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Abdfatah says

    February 13, 2015 at 2:55 pm

    Wahduh kena humbang ke longkang pulok doh… Kena ada panduan tulis resume yg memikat dan bukan sekedar resume copy paste lagi syok sendiri yg bakal ditongsampahkan. Jgn biarkan resume anda syok sendiri di ketepian pantai yg indah..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA