Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » Apakah Kerjaya Yang Anda Mahukan
Apakah Kerjaya Yang Anda Mahukan

Ikhwan Fahmi March 3, 2015 1 Comment

Apakah Kerjaya Yang Anda Mahukan

Apakah kerjaya yang anda mahukan

Kerjaya seharian yang anda lakukan semestinya bukan dilakukan kerana wang. Meski pun wang menjadi salah satu tujuan untuk anda bekerja, pasti ada perkara lain yang anda mahukan. Sekitar 70% daripada masa anda diluangkan untuk bekerja. Sekiranya kerja yang anda lakukan tidak mendapat kepuasan dan keseronokan, pasti anda akan mulai berasa bosan dan tertekan. Mengapa pentingnya untuk melakukan kerja dalam keadaan puas dan seronok? Apakah kerjaya yang anda mahukan?

Sekiranya anda benar-benar menjiwai kerja yang dilakukan, pastinya hasilnya juga menakjubkan. Elakkan daripada memilih untuk mengatakan “asalkan ada kerja, jadilah…” sebagai jawapan anda. Setahun mungkin anda boleh bekerja dengan sabar, masuk tahun yang kedua, keadaan mungkin tidak sama lagi. Anda akan mula bekerja dengan membawa tekanan bersama. Tertekan kerana tidak seronok dengan kerja yang dilakukan.

Anda harus dan berhak membuat pilihan kerja yang lebih baik kerana sebahagian besar masa anda dihabiskan untuk kerja. Usah jadikan kerja anda sia-sia begitu sahaja kerana dalam hidup ini anda berhak untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Sudah pastinya hasil dan bayaran gaji yang anda terima akan menjadi lebih tinggi. Anda juga akan menerima pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang jauh lebih baik dengan kerja yang setimpal.

 

apakah kerjaya yang dimahukan

Apakah jenis kerja yang anda nak pilih nanti?

 

 

Perkara yang perlu dipandang serius

Di antara perkara yang perlu dipertimbangkan dengan serius adalah kelulusan yang anda miliki. Jika anda memiliki diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan, maka anda perlu memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan tersebut. Sekiranya gagal mendapatkan pekerjaan yang setara, cari kerja yang rendah sedikit daripada kelulusan anda untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan, bukan bekerja untuk selama-lamanya di situ.

Kerja yang disertai dengan minat memainkan peranan penting untuk berjaya. Tiada siapa yang mahu bekerja tanpa minat. Kalau dilakukan juga, kebarangkalian untuk berasa bosan dan putus asa itu amat tinggi. Sekiranya anda minat suasana kerja yang selesa, berpakaian segak dan kemas, maka kerja di dalam pejabat amat sesuai untuk anda. Sekiranya anda jenis yang lasak, carilah suasana kerja di luar pejabat dan bergaul dengan suasana yang panas dan terik.

Kestabilan kerja menjadi satu perkara yang penting. Maklumlah tiada siapa yang mahu bekerja dengan syarikat atau bakal majikan yang bakal bangkrap. Baru kerja sebulan dua sudah tidak dapat gaji. Atau paling tidak potongan KWSP tidak dimasukkan ke dalam akaun. Lihat kembali polisi yang diberikan oleh pihak syarikat sama ada anda bekerja secara tetap atau mengikut kontrak. Ini penting bagi menjamin kestabilan kerja anda.

 

RRK-banner-002

 

Satu lagi aspek yang perlu dipertimbangkan ialah soal bayaran gaji. Jika gaji yang anda terima tidak mencukupi bagaimana anda hendak menjalani kehidupan seharian? Anda perlu menguruskan kewangan anda untuk digunakan bagi membayar kos sewa rumah, belanja makan dan pakaian. Itu belum ditambah dengan bayaran pinjaman pelajaran atau kenderaan. Oleh itu pastikan anda menerima bayaran yang sepadan dengan kerja yang anda lakukan.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: apakah kerjaya yang anda mahukan, kerjaya pilihan

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. azimah mohd zainuddin says

    March 10, 2015 at 9:36 pm

    Paling penting kena minat dengan kerja yang kita pilih. jIka tidak, kita akan mudah jemu dan demotivated.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA