Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Separa Perubatan » Cara Berkesan Untuk Mohon Kerja Jururawat
Cara Berkesan Untuk Mohon Kerja Jururawat

Ikhwan Fahmi March 14, 2015 14 Comments

Cara Berkesan Untuk Mohon Kerja Jururawat

Cara berkesan untuk mohon kerja jururawat

Perhatikan setiap maklumat yang ada di sekeliling anda berkaitan dengan jururawat. Ada bermacam-macam maklumat sehingga maklumat terkini bercampur baur dengan maklumat yang sudah ketinggalan. Jika dahulu perlukan borang manual dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kini ianya tak diperlukan lagi kerana anda sudah membuat permohonan secara online di internet. Namun anda perlukan waktu efektif untuk memohon kerja jururawat.

Menurut pengalaman penulis, pihak SPA akan mengeluarkan iklan jawatan kosong yang berkaitan dengan pengambilan jururawat pada bulan Mac dan September. Ianya akan ditawarkan bersama-sama dengan jawatan dalam kategori Separa Perubatan yang lain. Iklan ini akan dipaparkan dalam akhbar harian dan portal rasmi SPA. Oleh itu anda yang berminat untuk menjadi seorang jururawat perlu ingat pengambulan pada bulan Mac dan September.

 

cara-berkesan-untuk-mohon-kerja-jururawat

Contoh iklan yang dikeluarkan oleh SPA pada bulan Mac.

 

 

Mengapa perlu mohon menerusi SPA?

SPA merupakan sebuah suruhanjaya di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia. Sebelum anda bergelar jururawat, SPA dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melatih calon-calon jururawat di pusat-pusat latihan di seluruh Malaysia dengan tajaan biasiswa, uniform dan kemudahan asrama.

Jawatan yang dikategorikan dalam bidang Separa Perubatan ini dipecahkan kepada 3 sub kategori iaitu Jururawat, Jururawat Masyarakat dan Jururawat Pergigian. Kesemua jawatan ini terbuka kepada pemohon lelaki dan perempuan kecuali jawatan Jururawat Masyarakat dan Jururawat Pergigian yang mensyaratkan pemohon perempuan sahaja.

Setiap pemohon yang berjaya diterima masuk akan menerima latihan selama 3 tahun bagi calon Lantikan Terus dan 1 tahun bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat. Kadar biasiswa yang bakal diterima ialah sebanyak RM857.57 sebulan. Selain itu, calon yang mendapat tawaran ini juga akan ditempatkan di asrama pelatih dan diberikan uniform untuk dipakai sepanjang tempoh latihan.

 

 

cara-berkesan-untuk-mohon-kerja-jururawat

Orang lelaki juga boleh memohon latihan dalam bidang kerjaya jururawat.

 

Syarat-syarat permohonan pelatih jururawat

Secara amnya, lepasan SPM yang berumur 17 hingga 24 tahun adalah layak untuk memohon sebelum tarikh permohonan berakhir. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat (selain Kenaikan Pangkat Secara Latihan) dalam sektor awam atau badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya mestilah tidak mencecah umur 38 tahun pada tarikh akhir permohonan.

Syarat asas untuk memohon jawatan jururawat mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang sama taraf dengannya oleh kerajaan, kepujian dalam Matematik, Sains dan 3 subjek lain dan lulus subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu termasuklah Ujian Lisan pada tahap SPM atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan.

Selain daripada kelayakan akademik, faktor fizikal turut memainkan peranan yang penting. Anda mestilah memiliki kesihatan mental dan fizikal yang baik dengan tiada kecacatan yang boleh menjejaskan tugas sebaik sahaja tamat latihan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat sebagai Jururawat Masyarakat layak dipertimbangkan untuk KPSL bagi menyertai Latihan Jururawat selepas disahkan perkhidmatan dan memiliki SPM atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan setaraf dengannya oleh kerajaan, lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan dalam SPM atau kelayakan yang sama taraf dengannya oleh kerajaan dan tidah melebihi umur 51 tahun semasa memohon.

Selepas tamat latihan, pelatih-pelatih akan mendapat perakuan oleh KKM untuk lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29.

Sekiranya anda benar-benar berminat nak jadi seorang jururawat, terus dapatkan Panduan Kerjaya Jururawat sekarang juga.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…

Filed Under: Separa Perubatan Tagged With: cara berkesan untuk mohon kerja jururawat, jururawat, jururawat masyarakat, jururawat pergigian, kerja jururawat, kerjaya jururawat, separa perubatan

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Pira anak Sada says

    March 18, 2018 at 10:51 pm

    Saya teringin nak jadi nurse..kerana itu cita cita saya dari kecil lagi

    Reply
  2. NurSyakirah Binti Azami says

    March 16, 2018 at 7:54 am

    saya sedang menjalankan praktikal dalam bidang pengurusan perniagaan dalam diploma vokasional malaysia. saya berminat nak masuk jurusan nurse. boleh ke mohon selepas saya hbis graduate ? atau ada syarat lain ?

    Reply
    • hamba allah says

      March 20, 2018 at 7:01 pm

      Boleh ..kmu blh check di laman web rasmi spa ..

      Reply
  3. Rosmaniza binti sihaimi says

    March 1, 2016 at 5:57 pm

    Mcm mana nak apply..sy cuma ada kelulusan spm je..tapi betul2 berminat nak jadi nurse

    Reply
  4. siti aisyah says

    October 2, 2015 at 8:05 pm

    tq admin atas informasi….sy sbenarnya blum ad pngalm utk mengisi borang spa ni….dlam borang utk jururwat 2 ada mngatakn kolej ljm…sy berpluang x utk melayakkn dri?krna sy lepasan stam…

    Reply
  5. Nurul Aqilah says

    June 21, 2015 at 3:41 am

    Saya gagal dalam matapelajaran bi. Yg lain lulus dalam spm.. harap dapat dipetimbangkan..

    Reply
  6. marion jones siyu says

    May 8, 2015 at 10:59 am

    saya sedang mengambil spm ulangan .bolehkah saya terima jika bm spm ulangan saya lulus.saya berharap dapat dipertimbangkan.

    Reply
  7. Oh Kerjaya says

    March 24, 2015 at 5:46 pm

    Oh! Baru saya tahu bagaimana cara berkesan untuk mohon kerja jururawat ni… terbuka sikit minda… terima kasih admin kerana sudi berkongsi 🙂

    Reply
  8. Noriza Rahman says

    March 18, 2015 at 6:54 am

    Dulu pernah juga ada keinginan nak jadi jururawat tapi masa tu tak tahu sangat macammana nak memohon..sekarang semua senang, ada panduan lagi

    Reply
  9. SaniYunus says

    March 17, 2015 at 5:36 am

    Kerjaya pelatih jururawat ni memerlukan minat dan kesanggupan..kalau tidak nanti terbantut ditengah jalan. Sudah tentu banyak imbuhan bekerja dengan kerajaan ini..

    Reply
  10. onlajer says

    March 16, 2015 at 6:48 pm

    Banyak sebenarnya peluang anda ingin menjadi jururawat ini

    Reply
  11. azimah mohd zainuddin says

    March 16, 2015 at 3:33 pm

    Jika berminat untuk kerja sebagai jerawat, saranan saya cari tawaran latihan kejururawatan yang di bawah PPUM, HUKM dan sebagainya. In Shaa Allah anda keluar sahaja akan ditawarkan pekerjaan kerana terdapat perjanjian untuk berkhidmat dengan hospital tersebut. Untuk lepasan SPM banyak tawaran sebegini menanti anda

    Reply
    • Syidah says

      September 29, 2015 at 1:21 pm

      Mcm mne nk dapat ? Sy lepasan spm thun 2013

      Reply
    • nor aishah says

      January 4, 2016 at 12:24 pm

      macam mana nak isi borang, saya baru lepas spm 2015.. tak dapat rizat lagi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA