Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » Kerjaya: Terpilih atau Memilih?
Kerjaya: Terpilih atau Memilih?

Muaz Hadi December 20, 2013 1 Comment

Kerjaya: Terpilih atau Memilih?

Setiap graduan semestinya mengimpikan kerjaya yang hebat dan sesuai dengan kelulusannya. Tetapi, mengikut rekod dan maklumbalas, ramai graduan yang keluar dan hampa dengan kerjaya yang ditawarkan dan dianggap tidak berbaloi dengan kelulusannya.

Apa pilihan yang ada pada graduan dalam kerjayanya?

Pernah hangat dibahaskan yang graduan kita memilih kerja… terlalu memilih kerja. Apa salahkah graduan untuk memilih kerja? Bagi saya secara peribadi, tidak sepatutnya timbul mempersoalkan graduan yang memilih kerja. Kita diajar untuk mendapatkan kerja terbaik untuk hidup kita dan apabila tiba masa untuk memilih pekerjaan, graduan dihentam..

Dalam sistem pendidikan negara, 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, 4 tahun di universiti, belum kompetenkah graduan kita? Jika belum, adakah masalah pada sistem atau pada graduan itu sendiri dan bagaimana untuk menjadikan ianya lebih mapan. Rasanya langkah penilaian sudah diambil dengan perubahan dalam sistem peperiksaan sekolah mulai tahun 2014. Harap ianya mencapai satu konklusi berkesan dalam melahirkan graduan yang berprestasi tinggi.

Muhasabah Graduan

Untuk graduan, anda juga harus melakukan muhasabah, 15 tahun belajar sebelum bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda, sejauh mana tahap kompotensi anda?

  • Kemahiran berkomunikasi
  • Kemahiran intelektual, skil dll
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Keyakinan diri
  • Kebolehan bekerja sendiri
  • … dan lain-lain

Semua ini harus siap sedia dalam diri graduan. Apabila hadir sesi temuduga, ini adalah ‘currency’ anda. Nilaikan dan persembahkan dengan nilai yang besar kepada penemuduga.

Anda ingat watak ‘Raju Rastogi’ dalam filem ‘3 Idiots’, bagaimana dia hadir ke sesi temuduga dengan nilai diri yang tinggi. Tetap pada pendirian dan berpegang teguh pada nilai baru dirinya selepas kecelakaan yang berlaku. Sesuatu yang anda boleh belajar dari filem ini

pilihan

Pilih apa yang terbaik untuk diri anda! via Google Images

Tambah nilai diri

Satu lagi isu yang hangat diperkatakan adalah berkaitan data yang diperolehi dalam isu survival graduan melayu dalam pasaran kerja swasta. Dalam satu data,  3,000 pemohonan kerja (resume) yang dihantar kepada satu syarikat, Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga berbanding 22.1 peratus peluang graduan Cina.

Graduan Melayu perlu memperkasakan dan memantapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran insaniah termasuk kemahiran dan kemampuan untuk menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa lain selain daripada bahasa ibunda sendiri seperti bahasa Cina selain bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.  (Ketua Bahagian Hal ehwal Pelajar UPM)

Ambil tindakan proaktif, kayakan diri dengan apa sahaja yang diperlukan untuk tembus masuk pasaran kerja. Ianya adalah tambah nilai kepada semua yang telah anda dapat sepanjang 15 tahun berada dalam sistem pendidikan negara. Di mana sahaja kelompangan semasa dan dalam kes ini kemahiran Bahasa Cina, cepat-cepat perlengkapkan diri.

Banyak ‘short course‘ yang disediakan oleh IPT dan juga Agensi Kerajaan dalam matlamat meningkatkan modal insan ke tahap yang tertinggi. Buat sesuatu untuk diri anda, bagi membolehkan anda mula berbakti kepada keluarga yang telah memberi sokongan selama 15 tahun sebelum ini. Salam sukses! .

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: kerjaya pilihan, masalah kerjaya

About Muaz Hadi

Muaz Hadi berkelulusan Bachelor of Engineering (Biotechnology-Biochemical Engineering) dan memiliki ijazah sarjana Master of Science dalam bidang Bioteknologi. Beliau adalah perintis dalam menyediakan rujukan secara online untuk membantu graduan berjaya dalam sesi tapisan kemasukan ke sektor awam. Dikenali sebagai pengasas INFOKERJAYA dan bersama sahabat beliau bergerak atas nama Tim Infokerjaya bagi membantu graduan memasuki alam pekerjaan.

Trackbacks

  1. Salah Graduan… Salahkah Anda? | Rujukan Kerjaya says:
    January 6, 2014 at 5:11 pm

    […] artikel yang lepas, kita meneliti satu laporan dan pandangan berkaitan pengangguran. Ianya agak komprehensif dalam […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA