Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » Masalah Pengangguran Siswazah Di Malaysia
Masalah Pengangguran Siswazah Di Malaysia

Ikhwan Fahmi August 21, 2015 1 Comment

Masalah Pengangguran Siswazah Di Malaysia

Masalah pengangguran siswazah di Malaysia

Setiap hari akan ada iklan-iklan kerja kosong atau jawatan kosong yang akan disiarkan di media massa. Baik ianya datang dari sektor awam atau sektor swasta, kedua-duanya memerlukan calon-calon yang boleh memenuhi kriteria yang ditetapkan. Masalah pengangguran siswazah di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Ia kerap berlaku disebabkan oleh banyak faktor.

Kadar pengangguran yang menimpa siswazah bermula dengan 100,000 hingga 400,000 orang. Mereka yang menganggur berusia sekitar 20 hingga 24 tahun ini kenayakannya sudah 6 bulan menamatkan pengajian. Ia merupakan satu jumlah yang besar dan perlu bersaing sesama sendiri untuk meneruskan hidup.

 

Tips elakkan pengangguran siswazah

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan kadar pengangguran ini. Pihak kerajaan mahu pun swasta sudah pastinya perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Persoalan yang timbul ialah bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil oleh calon-calon yang menganggur?

1. Kerja sementara
2. Skim Latihan 1Malaysia
3. Daftar di portal SPA
4. Kerja agensi kerajaan
5. Hantar resume mohon kerja

 

Strategi kerajaan kurangkan pengangguran

Kerajaan Malaysia melancarkan strategi seperti pembentukan Skim Latihan 1 Malaysia dan melancarkan portal Jobs Malaysia untuk menurunkan kadar pengangguran. Selain itu, syarikat-syarikat swasta turut digalakkan untuk bersama-sama melibatkan diri dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan industri di syarikat mereka.

Menerusi kerjasama kerajaan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Syarikat Milik Kerajaan (GLC) kadar pengangguran berjaya diturunkan dari masa ke semasa. Lebih 19,000 graduan ditempatkan di syarikat-syarikat seperti Malaysia Airlines (MAS), the National Capital Berhad (PNB), the Group Gamuda Bhd, Sime Darby Bhd (Sime Darby), Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sejak tahun 2011.

 

masalah pengangguran siswazah di malaysia

Kurangkan masalah pengangguran dengan mencari jalan penyelesaian segera.

 

Strategi graduan elakkan pengangguran

Sebagai seorang graduan, pengangguran boleh dielakkan dengan strategi yang dirancang dengan lebih awal sebelum anda menamatkan pelajaran di universiti. Sebelum atau semasa belajar di universiti, pilih kursus atau program pengajian yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Harus diingat permintaan yang tinggi juga mempunyai persaingan yang tinggi.

Bagi graduan yang sudah tamat pengajian, anda harus berani membuat pilihan kerja berlainan bidang sekiranya tidak bekerja dalam tempoh yang lama. Sama ada kerja dalam sektor swasta atau pun berniaga, pilihan perlu dilaksanakan dengan segera supaya boleh menjana pendapatan sekaligus digunakan sebagai simpanan dan membayar balik pinjaman PTPTN.

 

Bacaan Tambahan:

  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • kerja kerajaan
    Kerja Kerajaan: Strategi Menonjolkan Kemahiran…
  • temuduga kerja kerajaan
    Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta, Ini 10 Kebaikan…

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: masalah pengangguran siswazah di malaysia

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. ainniah says

    August 22, 2015 at 6:05 pm

    mungkin juga faktor terlalu memilih pekerjaan. pendapat saya je la ni yer. hehe…
    padahal, semua pekerjaan pun punca rezeki. jadi cleaner pun lagi bagus dari jadi pencuri. hihihi 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA