Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Separa Perubatan » Rahsia Sukses Peperiksaan Separa Perubatan
Rahsia Sukses Peperiksaan Separa Perubatan

Ikhwan Fahmi September 9, 2015 4 Comments

Rahsia Sukses Peperiksaan Separa Perubatan

Rahsia sukses peperiksaan Separa Perubatan

Peperiksaan Separa Perubatan hari ini dijalankan secara online. Amat berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, kini peperiksaan Separa Perubatan dijalankan secara online. Soalan peperiksaan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan itu sendiri. Badan yang bertanggung jawab mengendalikan program Separa Perubatan pula ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Rahsia sukses peperiksaan Separa Perubatan bergantung kepada persediaan anda. Disebabkan peperiksaan ini diadakan oleh Kerajaan Malaysia, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan. Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

 

Komponen peperiksaan Separa Perubatan

Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Separa Perubatan membuat persiapan awal. Ia mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Kedua-dua seksyen perlu dijawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA. Anda yang terlibat dengan peperiksaan Separa Perubatan wajib lulus kedua-dua seksyen dan boleh hadir ke tapisan temuduga.

 

Seksyen Pengetahuan Am Separa Perubatan

Bidang Separa Perubatan diuruskan oleh KKM. Oleh itu anda harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM. Selain itu anda harus tahu beberapa perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

Istilah-istilah perubatan yang asas juga harus diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan. Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah :

1. Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
2. Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
3. Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
4. Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
5. Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
6. Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
7. Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
8. Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
9. Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
10. Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
11. Gastroenterologi – Saluran pencernaan
12. Dermatologi – Penyakit kulit
13. Kardiologi – Jantung

 

Institusi-institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am melibatkan penyakit berjangkit contohnya demam denggi, taun, malaria, mulut dan kuku dan lain-lain. Bidang ini menumpukan kepada langkah pencegahan dan rawatan kepada sesuatu penyakit yang melibatkan orang ramai.

 

Senarai institusi-institusi kesihatan di Malaysia

1. Institut Kesihatan Umum (IKU)
2. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
4. Kumpulan Perubatan Johor

 

Seksyen Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Separa Perubatan. Ia perlu dijawab semasa peperiksaan online Separa Perubatan, selepas calon-calon menjawab bahagian Pengetahuan Am. Ujian psikometrik ini akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang ini. Berdasarkan rekod yang lepas, dianggarkan 40,000 calon akan ditapis untuk memenuhi kekosongan yang kurang dari 2,000 tempat.

Ujian Psikometrik ini bakal menentukan ukuran minat dan kecenderungan calon untuk melayakkan diri masuk ke latihan Separa Perubatan. Perlu difahami bahawa bidang kerjaya ini memerlukan anda untuk bercampur, berurusan dan berkomunikasi dengan orang ramai dari pelbagai jenis pesakit dari berbeza usia. Sekiranya jawapan anda tidak cenderung kepada skop kerja sebagai anggota Separa Perubatan, berkemungkinan besar anda akan gagal dan dikeluarkan dari senarai calon untuk ujian temuduga.

Anda terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bukankah itu satu kerugian? Jika lulus peperiksaan online tetapi gagal temuduga, anda akan dipanggil ke sesi temuduga sekali lagi. Jika awal-awal lagi sudah gagal peperiksaan, maka peluang anda untuk ditemuduga akan hilang begitu sahaja. Buatlah persediaan rapi supaya anda tidak akan menyesal nanti. Sekurang-kurangnya berusahalah supaya dapat dalam lulus peperiksaan online Separa Perubatan.

 

Kunci kejayaan peperiksaan online Separa Perubatan

Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendaftar di laman rasmi SPA. Ada 3 bidang peringkat sijil dan 10 bidang peringkat diploma. Kemudian pastikan anda tersenarai sebagai calon-calon peperiksaan online Separa Perubatan. Bagi menghadapi peperiksaan tersebut, anda wajib mendapatkan ebook rujukan Separa Perubatan sebagai persediaan awal. Ia tidak mengandungi soalan bocor atau soalan ramalan dari mana-mana badan atau agensi kerajaan.

 

rahsia sukses peperiksaan separa perubatan

Bagaimana nak pilih jawapan yang tepat semasa peperiksaan Separa Perubatan?

 

Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik. Contoh soalan Separa Perubatan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan nanti. Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Separa Perubatan dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan online Separa Perubatan dari masa ke semasa. Menurut rekod dari Google Trends, peperiksaan online Separa Perubatan akan diadakan pada bulan September. Kata kunci tentang carian Separa Perubatan amat tinggi pada bulan ini. Buatlah persediaan dari sekarang dengan mendaftar dalam senarai menunggu Separa Perubatan di bawah.

 

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • rahsia ptd
    Rahsia PTD: Persediaan Intensif Untuk Program…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya
    Ujian Psikometrik Yang Sukar, Bagaimana Nak Menjawabnya?

Filed Under: Separa Perubatan Tagged With: latihan separa perubatan, separa perubatan

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Ebook Kerjaya says

    March 31, 2016 at 5:20 pm

    Istilah study last minute tidak sesuai untuk mereka yang mahu bekerja dalam sektor kerajaan.

    Elok belajar sikit demi sikit dan apabila hendak ada peperiksaan buat lagi sikit study last minute. Itu baru okey. 🙂

    Reply
  2. Situ says

    February 13, 2016 at 12:38 pm

    Assalamualaikum..sy pernah lulus exam online tp gagal iv…so utk pengambilan seterusnya confirm ka sya d panggil temuduga sekali lagi??

    Reply
  3. Saiful Bahari says

    September 7, 2015 at 12:17 pm

    Artikel yang baik sebagai rujukan kepada calon peperiksaan

    Reply
    • Nur Izzati Bt Mohd Azian says

      September 11, 2015 at 6:12 pm

      Asssalamualaikum… online exam 14 hb september start bila ?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA