Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » Resume Sebagai Menu Jualan

Syed Faiz December 22, 2013 Leave a Comment

Resume Sebagai Menu Jualan

Percaya atau tidak, jika anda perhatikan menggunakan perspektif lain daripada kebanyakan orang melihat, resume adalah satu senarai menu jualan yang mengandungi maklumat anda untuk dijual kepada bakal majikan. Ini senarionya, apabila anda lapar…perkara yang anda fikirkan adalah menu apa yang anda ingin makan pada hari itu. Anda menghampiri restoran untuk dapatkan makanan.

Setelah duduk seketika, seorang pelayan datang dengan menu ditangan, menu yang penuh dengan senarai makanan. Anda mempunyai selera anda tersendiri. Oleh itu, menu yang anda pilih juga adalah berpadanan dengan selera anda. Anda bertindak sebagai majikan. Menu makanan di setiap kedai merupakan calon yang memohon pekerjaan di syarikat anda.

Begitu juga bagi anda yang ingin memohon pekerjaan. Apa yang berlaku, majikan mempunyai spek atau kriteria tertentu yang mereka telah tetapkan mengikut keperluan mereka. Oleh itu, jumlah resume yang mereka terima merupakan senarai menu yang pelbagai. Ada yang menepati selera mereka, ada yang tidak menepati. Mereka mengiklankan kriteria calon dan jawatan kosong yang mereka perlukan untuk  sama-sama berkhidmat dengan syarikat mereka.

Justeru itu, dengan mengetahui kriteria yang bakal majikan tetapkan, kelulusan apa yang mereka mahukan, skill atau kemahiran yang mereka perlukan, anda berpotensi dipilih kerana ia menepati selera mereka untuk memilih anda bekerja. Namun, menu yang menepati sahaja tidak mencukupi jika hiasan kurang menarik atau masakan kurang  lazat. Persaingan antara calon yang terpilih juga timbul jika mempunyai kriteria yang sama. Di sini bakal berlaku pemilihan yang lebih mendalam lagi.

Menu yang sama, rasa lain-lain. Oleh itu, masakan yang sedap dan hiasan yang cantik bakal dipilih sebagai calon akhir mereka bagi diterima menjawat jawatan yang pihak syarikat tawarkan. Calon yang mempunyai kehebatan yang sama daripada segi pendidikan, kelulusan bakal dinilai dengan lebih terperinci daripada segi gaya pertuturan, kemahiran berfikir dalam tekanan, bahasa badan, reaksi muka dan sebagainya lagi.

Sebagai calon yang ingin mencari pekerjaan pertama atau mencari pekerjaan lain daripada pekerjaan sebelum ini, penyediaan resume yang menarik perhatian bakal majikan perlu dititikberatkan. Menangi hati mereka pada peringkat permulaan mereka melihat resume anda (first impression) hinggalah mereka berminat untuk menjemput anda datang ke sesi temuduga bersama anda kelak.

Jadilah menu yang menepati selera bakal majikan anda, mempunyai hiasan yang cantik dan rasa yang sangat sedap berbanding menu lain. Terdapat ramai calon di luar sana tidak dapat maju ke peringkat temuduga disebabkan penulisan resume yang tidak menarik minat bakal majikan untuk dibaca. Jika resume tidak dibaca, bagaimanakah anda boleh dipanggil ke peringkat seterusnya?

“Menangi pertandingan pertama, kemudian pertandingan berikutnya akan datang menjemput anda”

 

 

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…

Filed Under: Penulisan Resume

About Syed Faiz

Syed Faiz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat utiliti terbesar di Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas bersama Infokerjaya PLT. Melalui pengalaman, beliau giat berkongsi maklumat tentang kerjaya, penulisan resume dan motivasi melalui penulisan buku, ebook, forum dan blog kepada awam.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA