Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Penulisan Resume » Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume
Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume

Ikhwan Fahmi February 5, 2015 1 Comment

Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume

Senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume

Untuk mengarang objektif kerjaya bukanlah sesukar mana. Namun ia boleh menjadi susah sekiranya tidak mempunyai rujukan. Senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume seperti berikut dapat membantu anda menulis objektif kerjaya dengan baik :

1. Pertumbuhan sumber. Dalam kehidupan seharian, perubahan adalah satu proses yang pasti berlaku termasuklah dalam aspek pekerjaan. Menerusi pertumbuhan dan perubahan dalam pekerjaan, amat wajar anda mengambil inisiatif bagi menaik taraf dan menambah pengetahuan dan kemahiran. Inisiatif ini penting untuk mengejar matlamat kerjaya anda sebagai seorang yang profesional.

2. Aspek kewangan. Ini bahagian yang kritikal. Sekiranya anda menerima bayaran yang tidak cukup, ia bakal memberi kesan yang pahit dan terbawa-bawa dalam etika serta kaedah kerja. Jika terlebih bayaran pula, barangkali kerja yang dilakukan tidak akan produktif kerana perlu disuntik dengan wang barulah kerja berjalan pantas. Oleh itu, objektif kerjaya perlu jelas dan anda perlu dibayar dengan nilai yang sama dengan kerja anda.

3. Kepuasan. Salah satu objektif kerjaya yang perlu diambil kira ialah tahap kepuasan. Boleh dikatakan kepuasan menjadi salah satu aspek dalam kerjaya. Ini bakal memberi kesan kepada kerjaya anda kerana sekiranya anda tidak puas hati dengan pencapaian anda, perjalanan kerjaya anda mungkin terganggu.
Biar pun perjalanan kerjaya anda terganggu, itu tidak bermakna anda harus berhenti dari bereksperimen di dalam kerjaya. Oleh itu pastikan anda benar-benar berpuas hati dengan kerja yang anda lakukan.

4. Pengalaman baru. Hampir 3/4 daripada hidup kita diperuntukkan dalam dunia kerjaya. Jadi di dalam kerjaya anda harus maju sambil menimba pengalaman baru. Maka anda perlu menambah pengetahuan dan kemahiran sekaligus pengalaman anda akan bertambah. Perlu diingat bahawa belajar untuk berkomunikasi dengan pelbagai tahap masyarakat. Ini akan meningkatkan kemahiran toleransi anda.

5. Kestabilan. Ini merupakan salah satu sebab mengapa anda masih bertahan di sesebuah syarikat atau organisasi. Sudah pasti anda tidak mahu bekerja dalam sebuah syarikat yang goyang kerana ia akan melambatkan proses kerja anda. Jika syarikat yang anda sertai sudah stabil maka anda sudah boleh jimatkan masa untuk berfikir tentang perkara tersebut sekaligus boleh menumpukan perhatian untuk perkembangan syarikat.

 

senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume

Senarai yang ditulis akan memudahkan anda membuat semakan berkaitan dengan objektif yang telah dirancang.

 

Senarai semak untuk mencapai objektif kerjaya anda

Anda boleh menentukan wawasan jangka panjang kerjaya anda berkaitan apa yang hendak dicapai dalam tempoh masa yang diberikan. Oleh itu anda perlu menetapkan had masa untuk menilai kembali objektif kerjaya anda.

1. Perkembangan komprehensif. Perkembangan bagi objektif kerjaya harus dilihat secara mendalam. Tidak ada batasan untuk menambah kemajuan kerjaya anda. Jika anda seorang Ketua Pegawai Eksekutif di dalam sebuah syarikat sekalipun, anda juga harus menunjukkan perkembangan dalam kerjaya contohnya mengambil alih pemilikan terhadap syarikat yang diterajui. Ianya tidak berlaku serta-merta, jadi anda harus menunjukkan sikap rajin dan berdedikasi supaya ia menjadi pendorong untuk mencapai impian tersebut. Hanya dengan sikap yang serius sahaja anda akan mencapai konsistensi dan melahirkan kerjaya yang produktif.

2. Pengurusan. Satu lagi matlamat kerjaya ialah menetapkan masa untuk menjadi pengurus atau pemimpin. Usah jadi pengikut untuk selama-lamanya. Cari jalan dan tetapkan strategi untuk menjadi pemimpin dalam organisasi anda.

3. Mempunyai sandaran. Jika anda pernah berjumpa dengan penasihat kewangan, pasti dia akan menasihatkan anda untuk melaburkan wang di dalam tempat yang berlainan. Pastikan anda menguruskan kewangan anda dengan baik menerusi pelaburan-pelaburan yang selamat dan terjamin.

4. Kerjaya kedua. Untuk menjadikan diri anda bebas kewangan dan masa, rancang kerjaya anda yang kedua dengan mengambil risiko tertentu dalam kerjaya masing-masing. Rancang ia dengan baik supaya kerjaya pertama anda tidak terjejas. Katakan sekarang anda bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, namun anda mempunyai kepakaran sebagai penasihat kewangan. Maka anda harus jadikan kepakaran anda sebagai kerjaya kedua dengan menyertai kursus-kursus yang boleh menggilap kebolehan anda tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya kedua dan boleh mencapai status bebas kewangan suatu hari nanti.

5. Perniagaan. Selepas anda berkhidmat sebagai pekerja di dalam bidang profesional, barangkali anda harus memilih perniagaan sendiri sebagai kerjaya yang seterusnya. Dengan berbuat demikian, anda boleh menyumbangkan kepakaran dan pengetahuan kepada perniagaan sendiri. Secara tidak langsung setiap sumbangan yang anda berikan akan membawa manfaat kembali kepada diri anda.

6. Menjadi pakar. Jadikan pengetahuan dan pengalaman anda sebagai satu servis untuk dijadikan modal. Sebagai contoh, anda boleh menjadi perunding kerjaya. Hanya gunakan pengetahuan dan pengalaman anda yang lepas untuk diaplikasikan kepada orang lain. Lihat sahaja contoh jobstreet.com yang menjadi platform untuk orang mendapatkan nasihat dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kelayakan mereka.

Objektif kerjaya ini akan membantu resume kerja anda memberi maklumat dengan jelas berkaitan diri dan latar belakang akademik serta pengalaman anda dibaca dan difahami oleh bakal majikan. Oleh itu, objektif kerjaya anda haruslah ditulis dengan jelas dan sistematik. Menurut Brian Tracy, orang yang jelas matlamatnya bertulis dan ia akan tercapai dengan masa yang singkat berbanding orang lain.

Bacaan Tambahan:

  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: objektif kerjaya, resume, senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Oh Kerjaya says

    February 25, 2015 at 10:42 am

    Informasi yang sangat bermanfaat tuan… ramai calon tidak ada gambaran yang jelas tentang objektif kerjaya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA