Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Uncategorized » Tips Resume Yang Boleh Membantu Anda Dapat Kerja
Tips Resume Yang Boleh Membantu Anda Dapat Kerja

Ikhwan Fahmi February 26, 2015 Leave a Comment

Tips Resume Yang Boleh Membantu Anda Dapat Kerja

Tips resume yang boleh membantu anda dapat kerja

Bila sudah sekian lama anda tidak mengemaskini resume anda, pasti anda akan berhadapan dengan situasi di mana anda tidak tahu dari mana hendak bermula. Apakah pengalaman dan pencapaian yang perlu disertakan untuk kerja yang sedang anda buru? Apakah peraturan dan cara baru menulis resume yang perlu anda ikuti? Apakah tips resume yang boleh membantu anda dapat kerja? Satu muka surat atau lebih?

Kami telah himpunkan beberapa nasihat untuk anda aplikasikannya dalam penulisan resume. Bacalah tips dan petua yang kami gariskan supaya anda dapat menghasilkan sebuah resume juara dan membantu anda mendapatkan kerja.

1. Resume anda bukan senarai komprehensif tentang sejarah karier, tetapi sebagai dokumen pemasaran yang menjual anda sebagai individu yang terbaik untuk kerja tertentu. Setiap resume yang anda hantar, hanya fokuskan kepada pencapaian dan kemahiran yang paling releven dengan kerja yang dipohon. Ini bermakna anda tidak perlu masukkan kesemua pengalaman kerja yang ada.

2. Simpan senarai utama resume anda dalam komputer di mana anda menyimpan semua informasi termasuklah resume dengan bentuk asal, projek khas yang logik untuk disertakan. Kemudian apabila anda menghasilkan setiap resume, anda hanya perlu masukkan informasi yang relevan sahaja.

3. Pastikan pengalaman dan pencapaian anda yang terunggul dapat dilihat di bahagian atas resume anda. Ini merupakan seksyen di mana tempat pertama yang bakal dilihat oleh bakal majikan anda. Ini juga merupakan satu kunci di mana seseorang akan terus membaca resume anda.

4. Ada banyak jenis resume, namun salah satu cara yang paling mudah ialah menampilkan mengikut kronologi ke belakang. Susun pengalaman yang terkini dan disusuli dengan pengalaman yang lepas.

5. Fikir panjang sebelum menggunakan resume yang panjang. Jika anda mempunyai pengalaman yang releven dan memakan ruang yang banyak, maka anda boleh sediakan resume sepanjang dua halaman.

 

tips resume yang boleh membantu anda dapat kerja

Penampilan resume anda haruslah unik dan terampil berbanding dengan resume-resume pemohon yang lain.

 

Format yang diperlukan dalam penulisan resume

6. Pilih tulisan yang asas tetapi moden. Contoh yang paling mudah ialah Arial, Century Gothic dan Helvetica. Pastikan saiz tulisan resume anda mampu memenangi hati bakal majikan dengan memilih saiz di antara 10 hingga 12 poin.

7. Anda boleh menggunakan font yang berbeza untuk nama anda dan syarikat yang pernah anda sertai, tetapi pastikan ianya ringkas dan konsisten. Rujuk laman www.resumekerja.com untuk lebih banyak panduan.

8. Selain daripada alamat surat menyurat, anda boleh masukkan pautan ke media sosial seperti profil LinkedIn kerana ia diwujudkan khas untuk golongan profesional. Tidak digalakkan untuk meletakkan media sosial seperti Facebook kerana ia lebih kepada profil peribadi.

9. Elakkan dari memasukkan gambar atau visual yang mengganggu. Elemen yang mengganggu ini akan mengakibatkan  bakal majikan terhalang daripada membuat keputusan dan mengganggu mereka mencari maklumat yang relevan seperti pengalaman dan kemahiran anda.

10. Elemen kreatif dalam resume seperti infografik, video atau pembentangan. Ia boleh menjadi cara yang terbaik untuk menonjol daripada cara biasa. Namun usah lakukannya sehinggalah anda sanggup meluangkan masa untuk memasukkan kreativiti, rekaan dan idea untuk menampakkan ia kelihatan hebat.

 

tips resume yang boleh membantu anda dapat kerja

 

Pengalaman kerja yang anda miliki

11. Tampilkan pengalaman kerja anda yang terkini bermula sejak 5 hingga 10 tahun berdasarkan sejarah karier anda termasuklah pengalaman yang berkaitan dengan posisi kerja yang dipohon.

12. Tidak kira berapa lama anda berada dalam industri pekerjaan, berapa banyak kejayaan yang anda capai, anda tidak boleh meletakkan lebih daripada 5 poin dalam sesetengah seksyen. Tidak kira berapa bagusnya poin yang anda letakkan, bukan semua poin tersebut akan dibaca.

13. Ingatlah bahawa anda perlu semak setiap poin yang anda tulis supaya ia dapat difahami oleh orang biasa. Pembaca yang pertama boleh jadi pembantu anda mendapatkan posisi kerja yang dipohon. Jadi pastikan resume anda mudah dibaca, relevan dan menarik di mata mereka.

14. Gunakan fakta dan angka di dalam poin resume anda. Berapa ramai orang yang terkesan dengan kerja anda? Berapa peratuskah anda mencapai matlamat anda? Dengan mengira pencapaian anda, secara tidak langsung anda membenarkan bakal majikan membuat gambaran tentang tahap tanggung jawab kerja yang anda perlukan untuk mencapai kejayaan.

15. Kemudian, ambil inisiatif untuk membuat kenyataan di dalam resume, apakah kelebihan atau manfaat yang majikan anda terdahulu dapat semasa mereka menggajikan anda sebelum ini. Dengan tindakan ini, anda telah berkomunikasi dengan jelas bukan sahaja perkara yang anda mampu, tetapi termasuk manfaat yang bakal diterima sekiranya mereka terus mengambil anda bekerja.

16. Sebenarnya tidak ada peraturan yang menyatakan hanya kerja sepenuh masa sahaja yang boleh diletakkan dalam resume. Sekiranya anda terlibat dengan kerja sukarelawan, kerja separuh masa, kerja masa lapang atau blog, masukkan ia dalam resume sebagai skop kerja anda.

17. Jika setiap poin dalam resume anda bermula dengan “Bertanggung jawab untuk…” pembaca akan berasa bosan dengan cepat. Gunakan kemahiran fikiran anda untuk mengarang kata kerja yang lebih kreatif.

18. Orang akan mengambil mereka yang berprestasi, tidak kira apa sekali pun, anda harus menonjolkan diri anda sebagai seseorang yang lebih berprestasi daripada orang lain. Anda boleh menggunakan frasa seperti “Dijemput ke…” atau “Diperakui untuk…” atau “Dinaikkan pangkat kepada…” atau “Diiktiraf sebagai…”.

19. Masukkan kata kunci dalam resume, imbas deskripsi kerja, lihat apa perkataan yang kerap digunakan dan pastikan anda memasukkan ia ke dalam bentuk poin. Ini akan memudahkan anda dan bakal majikan menilai resume anda secara umum sebelum mereka menilai secara teliti.

20. Apakah perkataan yang perlu anda masukkan? Elakkan daripada menggunakan perkataan yang sudah terlalu lazim digunakan. Ada banyak cara lain untuk menerangkan betapa hebatnya diri anda.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: format yang diperlukan dalam penulisan resume, pengalaman kerja yang anda miliki, penulisan resume, rahsia resume kerja, resume, tips resume, tips resume yang boleh membantu anda dapat kerja

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA