Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » CGPA Bukan Penentu Bahagia!

Syed Faiz January 6, 2014 1 Comment

CGPA Bukan Penentu Bahagia!

Salam hormat,

Pengalaman saya 5 tahun semasa belajar di salah sebuah universiti tempatan, ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat gred yang baik atau CGPA yang terbaik setiap semester. Tahniah! jika anda mempunyai semangat sedemikian. Namun, apa yang kurang menariknya…ramai yang berusaha untuk dapat CGPA terbaik sehingga tamat semester dengan niat tidak mahu membayar pinjaman pendidikan. Kerana bagi mereka yang mendapat kelas pertama, akan dikecualikan daripada membayar pinjaman seperti PTPTN dan sebagainya.

Ia adalah bonus bagi mereka yang mendapat pencapaian yang terbaik dan tidak perlu membayar kembali pinjaman pendidikan. Jika anda berusaha kerana ilmu ia bakal beri pulangan lebih baik daripada niat untuk tidak membayar pinjaman pendidikan. Niat ke arah sebegitu membuatkan ramai berusaha untuk skor dalam peperiksaan sahaja daripada memahami intipati sebenar peperiksaan.

CGPA adalah ukuran pencapaian bagi setiap pelajar yang menduduki peperiksaan  di universiti sama ada awam mahupun swasta. Fokus anda adalah ilmu dan bagaimana untuk memahami ilmu dengan lebih jelas lagi. Jika bakal graduan hanya fokuskan peperiksaan, matlamat mereka hanya tertumpu kepada peperiksaan. Ini adalah permainan strategi iaitu belajar untuk skor.

Waima, di dunia sebenar selepas menamatkan pendidikan kelak, graduan akan berdepan dengan permainan yang lebih mencabar lagi iaitu persaingan membuat wang. Pekerjaan adalah salah satu usaha untuk mencipta wang. CGPA diperlukan di sini untuk memulakan karier anda sebagai seorang pekerja di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta. Selain daripada pekerjaan, perniagaan pula membuka peluang yang luas untuk para graduan mencipta wang kini.

Namun, ramai sebilangan mereka yang mempunyai CGPA yang bagus selepas bekerja beberapa tahun mula untuk mengorak langkah ke arah perniagaan. Di sarankan di sini, belajar dengan niat keberkatan ilmu. Bukanlah untuk mendapat pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan sahaja. Kajian secara kasar dilakukan, kebanyakan mereka yang mempunyai gaji yang besar mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan tahap stress yang tinggi.

Ia sesuai bagi mereka yang telah lama berkhidmat dan tahu selok-belok pekerjaan. Bagi fresh graduate, matlamat anda adalah mendapatkan pengalaman sebanyak mungkin untuk mendaki tangga jawatan atau untuk memulakan perniagaan sendiri kelak. Sekali lagi tahniah bagi anda yang mendapat CGPA terbaik. Bagi yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan kurang berpuas hati dengan pencapaian anda, mulakan hidup dengan matlamat baru.

Satu pesanan untuk anda “CGPA Bukan Penentu Bahagia!”. Teruskan usaha. Kejayaan dimana-mana. Anda buat dan rasa…kejayaan milik anda.

Bacaan Tambahan:

  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • 7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
    7 Tips Penting Komunikasi Semasa Temuduga Kerja Kerajaan
  • soalan temuduga kerajaan
    7 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan yang Selalu Disoal…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan
    7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon…

Filed Under: Motivasi Kerjaya, Uncategorized Tagged With: Mind Set Graduan

About Syed Faiz

Syed Faiz berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat utiliti terbesar di Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas bersama Infokerjaya PLT. Melalui pengalaman, beliau giat berkongsi maklumat tentang kerjaya, penulisan resume dan motivasi melalui penulisan buku, ebook, forum dan blog kepada awam.

Comments

  1. adam says

    May 12, 2015 at 8:03 am

    Assalamualaikum wbt..saya agak musykil dengan pernyataan encik syed bahawa CGPA bukanlah penentu bahagia..saya setuju dengan pendapat itu kerana banyak lagi benda yang boleh dicapai untuk memperoleh kebahagiaan..saya ada satu pertanyaan, adakah kelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik dengan CGPA dibawah 3.0 akan mendapat pekerjaan sebagai jurutera? Sebagai contoh saya sendiri pelajar jurusan elektrik dan elektronik..setakat ini saya hanya memperoleh keputusan dibawah 3.0..Saya risau jika selepas belajar saya tidak memperoleh pekerjaan sebagai jurutera..saya lebih berminat untuk mengambil elektrik(power) sebagai major saya..tidak kiralah dari segi mana..bangunan,perkapalan dan lain-lain..saya harap encik syed boleh memberikan pendapat agar saya boleh mengambil tindakan awal sebelum saya beralih ke bidang pekerjaan nanti..Terima kasih encik syed atas artikel yang encik kongsikan..bermanfaat sangat..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA