Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Motivasi Kerjaya » Maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Ikhwan Fahmi November 5, 2015 27 Comments

Maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menerusi portalnya telah mengumumkan beberapa perubahan dalam pengambilan calon-calon kerja kerajaan. Perubahan ini dilakukan untuk penambakbaikan kepada sistem pengambila dalam sektor awam. Beberapa perkara telah diubah dan disenaraikan seperti yang berikut :

1. Sah laku pendaftaran calon di SPA disingkatkan dari 5 tahun kepada 1 tahun.

2. Setiap calon hanya boleh membuat permohonan jawatan paling banyak sehingga 15 jawatan sahaja.

3. Jawatan yang dipohon mestilah rendah satu tahap seperti contoh :

  • Calon lepasan ijazah cuma boleh membuat permohonan jawatan di tahap ijazah sahaja.
  • Calon lepasan ijazah, diploma, STPM, STAM cuma boleh membuat permohonan kerja ijazah, diploma, STPM, STAM sahaja.
  • Calon lepasan diploma, STPM, STAM cuma boleh membuat permohonan jawatan di tahap diploma, STPM, STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

 

maklumat terkini suruhanjaya perkhidmatan awam

SPA kini sudah mengemaskini sistem pengambilan calon-calon perkhidmatan awam.

SPA akan melupuskan permohonan jawatan calon-calon yang tidak menepati 3 kriteria di atas. Calon-calon dinasihatkan untuk membuat kemaskini Pendaftaran Pekerjaan di dalam portal SPA dan menghantar permohonan sebelum 30 November 2015.

Jika anda mempunyai soalan untuk ditanya, sila hubungi SPA menerusi sistem ePertanyan di sini :
http://aduan.spa.gov.my/aduanv2

Bacaan Tambahan:

  • ijazahspm
    Bolehkah Ijazah Sarjana Muda Mohon Jawatan SPM?
  • Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta, Ini 10 Kebaikan Untuk Anda Fikirkan (2)
    Senarai Gred Kerja Kerajaan dan Yang Mana Paling…
  • Kesilapan Kritikal Dalam Borang Permohonan Yang Boleh Gugurkan Peluang Anda
    Kesilapan Kritikal Dalam Borang Permohonan Temuduga…
  • Rahsia Sulit 7 Cara Terbaik untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang Anda Idamkan
    Rahsia Sulit: 7 Cara Terbaik untuk Lulus Temuduga…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: maklumat terkini suruhanjaya perkhidmatan awam

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Comments

  1. Aerysha kuntan says

    May 2, 2018 at 2:38 pm

    Harap-harap tahun ini ada rezeki amen…apa2 pun sistem baru pengambilan spa8 baik

    Reply
  2. Raduan says

    April 10, 2018 at 1:51 pm

    Assalamuailaikum ,kenapa jawatan yang layak dengan akademik pmr saya tidak melepasi tapisan semasa .keputusan pmr sy layak dengan jawatan yang tersebut contoh pembantu awam atau pembantu operasi gred N11 .adakah faktor jauh antara sarawak dan semenanjung .

    Reply
  3. unlucky person says

    December 16, 2017 at 9:14 pm

    saya hairan dengan sistem spa sebenarnya. adakah ikut nasib atau pencapaian? saya ada kawan, spm bole lah tapi dengan senang dia bole tembus kerja kerajaan. sedangkan kawan saya lagi sorang spm mmang cun tapi sampai sekarang hanya kerani biasa di sektor swasta. adakah saya patut berharap untuk kerja kerajaan atau ikut kawan saya kerja di sektor swasta?

    Reply
  4. NOR ADILA says

    December 19, 2015 at 12:29 pm

    Sekiranya spa8i dikemaskini lebih kerap contohnya setiap hari,adakah ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap panggilan peperiksaan online?

    Reply
  5. nur huda says

    November 19, 2015 at 11:57 am

    saya bersetuju tempoh permohonan disingkatkan menjadi 1tahun..saya berharap agar pihak SPA membuka lebih banyak peluang kekosongan pekerjaan agar dapat membantu golongan yang memerlukan kerja demi menabur bakti kepada masyarakat dengan ilmu yang ada 🙂

    Reply
  6. cik kura2peDas says

    November 12, 2015 at 3:17 pm

    sya xtau nk ckp apa……
    sistem dlu n skrg sama jerrr…
    ssh la nk msuk gOv klu cmne…
    hampehhhhh
    *Tim_infokerjaya —- help me (-__-)

    Reply
  7. Sara says

    November 12, 2015 at 1:17 am

    Salam,sbnr ny sy pon xfaham ap yg spa nk.sbb bila sy isi status tidak mlepasi syarat.syrat ap yg xkena sy pon xfaham.nk ckp sy ad gagal dlm sbjek,xde pon.. sy harap dengan pembaharuan sistem spa ini dpt la membantu sy utk bkrja di sektr krajaan.

    Reply
    • Yantee says

      November 12, 2015 at 7:35 am

      salam sara,
      saya pernh g kursus cara mhadiri tmdga yg dianjurkan oleh SPA thn lps. dia ckp bla dbuka iklan kkosongn,dorg akn ltk bbrp syrat yg x dnyatakn pn dlm iklan..cthnya : calon pmpn ramai sgt yg mohon.jd dorg akn wat kuota yg msyaratkn nk calon yg kredit bm 3 je bbndg calon lelaki mngkn kredit bm smp 4 / 5..so, klu bm awk 4,itu yg dmksdkn xmelepasi syarat..sy pn kes cm awk..dh byk kali mohon jwtn dlm SPA tp lngsg xde pngln tmdga pn hnya krna syarat poyo cm2..bla wat semakan utk jwtn yg nk dipohon,asyk kuar ‘tidak mlepasi syarat je’.umr sy pn dh makin mningkat.slp hb nnt xdpt hny krn faktor umr lak..

      Reply
  8. TIFAH says

    November 11, 2015 at 3:15 pm

    Mintak2 ada rezeki. Tak tahu nak komen ape. Hm

    Reply
  9. dhiya aisha says

    November 11, 2015 at 9:28 am

    assalam,,
    saya tidak faham apa yang SPA ni maukan sebenarnya,,pertama dapat email “tidak berjaya” once saya buka portal SPA status tepapar “seseuai dengan kehendak”(something like that laa bunyinya) after one week buka portal SPA dh tukar pulak “tidak melepasi bla bla bla”

    takkan nak ada “orang dalam” baru senang nak dapat,,

    Betul2 tak faham terlalu banyak itu ini,,

    realy hampeh

    sekian.

    Reply
  10. Nizam says

    November 11, 2015 at 7:53 am

    Adalah menjadi tanggungjawab SPA utk mengambil graduan yg betul2 berkualiti kerana skim gaji agak setaraf dgn swasta. SPA sedang cuba ubah persepsi negative “sistem kabel” yg diamalkan dulu. Kini SPA mengamalkan “meritocracy” utk satu2 jawatan itu dgn mengambil kira markah peperiksaan, pengalaman kerja, komunikasi bahasa Inggeris dan disiplin serta etika kerja. So Jangan putus asa. Jadilah warga yg berdaya saing dan berdedikasi..

    Reply
  11. jehuda says

    November 10, 2015 at 10:03 pm

    Hrap2 dpt la krja lpas ni..

    Reply
  12. Yantee says

    November 10, 2015 at 4:54 pm

    saya dah lama tak di panggil temuduga oleh SPA..baik yg utk jawatan ijazah mahupn SPM..bla dh letak syarat cmni,lg la cm xnmpk pluang apa pn..sy prnh pergi kursus menghadiri temuduga SPA di mana mereka ada kata syarat untuk panggil calon pn ada standardnya. calon laki dan pmpn lain standardnya. klu dletak syarat nk result BM 3 (bg calon pmpn),mmg sy xlpsla..(dlm sistem SPA,asyik ckp ‘tidak melepasi syarat yang ditetapkan’). sbb BM sy dpt 4 tapi mate sy 2 n subjek yg ln pn kredit..skrg ni lak,kje pn xtetap2 lg.pdhal jawatan yg dipohon pn hny pembantu tadbir (p/o) n jwtn gred 17 yg ln je..persoalan sy skrg ni :
    1) jika sy padam klulusan ijazah n hny ltk SPM je, adakah mrka ada rekod klulusan yg lps?
    2) jika sy letak klulusn ijazah,adakah sy akn dpanggil tmudga lg mmandangkn umr sy pn dh 35thn?
    3) bagaimana cra lg sy nk mohon jawatan utk keje krjn klu skrg ni mrka ltk syarat cmni lak?

    Reply
  13. siti says

    November 10, 2015 at 1:29 pm

    Saya setuju dengan sistem baru SPA.

    Reply
  14. Veronica says

    November 10, 2015 at 10:15 am

    Haii,
    Pendapat saya memang saggat baik apabila ada pembaharuan dan rajin² lr kiya update spa8 ya

    Reply
  15. mohd shaimanuddin bin ayup says

    November 10, 2015 at 9:39 am

    Saya telah apply SPA dr bulan 3.Tapi kenapa tiada sebarang panggilan saya dapat?

    Reply
  16. Nurfarahin binti Werisin says

    November 10, 2015 at 7:26 am

    Adakah sya berpluang untuk mndpt kerja kerajaan nie??? Sbb pencapaian sya setakat SPM jer..huhuhu..

    Reply
  17. sabree hussin says

    November 9, 2015 at 10:33 pm

    Hmm nak tau jugak apa impaknya dengan peraturan baru ni. Adakah akan membuka laluan baru kepada calon, ataupun kadar pengangguran tak akan berubah jugak

    Reply
  18. Rafayadi says

    November 9, 2015 at 7:50 pm

    Saya rafayadi saya berumur 24. Saya dah banyak kali cuba utk kerja kerajaan tp xpernah dapat. Adakah bila dikemaskini permohonan saya berjaya?

    Reply
  19. Nur Asyidah says

    November 9, 2015 at 6:41 pm

    saya juga tidak setuju ape yang dikata kan mamad2289 ade betul nya..tidak semua orang ade sijil2 tinggi ada juga yang taraf sampai spm jangan la dipandang rendah mereka juga manusia dan juga berkemungkinan pemohon…

    komen saya yang len sama je dengan mamad2289 kalau nak up to date kena la berpada2…kite nak rakyat senang bukan menyusahkan..

    Waallahualam..

    Reply
  20. ila says

    November 9, 2015 at 6:38 pm

    Saya setuju dengan perubahan terbaru ini.. rajin2 laa usaha mencari kerjaya..

    Reply
  21. aziey says

    November 9, 2015 at 6:29 pm

    saya x setujulah.. saya lebih suka sistem yang lama.. x dapat nak komen bnyak.. cuma mampu ckap tu jer

    Reply
  22. Adi says

    November 9, 2015 at 6:10 pm

    Salam..
    Bagi pendapat saya tindakan spa buat ini tepat dgn kehendak pekerja di sektor awam.
    Kerana, bagi saya calon ijazah terlalu banyak memohon tempat kosong bagi calon diploma mahupun spm. Tindakan melanjutkan usia tamat pencen itu yg menyukarkan calon2 dari semua peringkat utk menembus masuk ke sektor awam.

    Selain itu, saya berharap spa lebih terperinci memilih calon bagi mengisi kekosongan. Maksud saya adalah, berdasarkan pengalaman saya nak masuk kerja dan juga pengalaman abang saya sendiri. Spa tidak memilih calon yg mempunyai kepakaran dalam budang yg memohon. Spa hanya pandang jenis sijil saja. Maksud saya disini, bagi mengisi kekosongan dalam bidang kebudayaan pihak spa telah memilih meraka yg mempunyai ijazah dalam bidang sastera tanpa mengambil kira pengalaman dalam bidang kebudayaan. Saya harap spa boleh menjalankan interview yg lebih mendalam bagi manghasilkan satu2 jabatan lebih berkualiti.

    Sekian.

    Reply
  23. nathan says

    November 9, 2015 at 6:05 pm

    baru habis temuduga pertama tapi xde lulus….

    Reply
  24. mamad2289 says

    November 9, 2015 at 5:10 pm

    Saya pulak tak bersetuju dengan syarat baru ni terutama bagi kategori simpanan lantikan sebab tempoh sah tinggal setahun…in case kalau kementerian yang temuduga calon sebelum ni memang tak buka pengambilan lagi so tempoh itu akan tamat macam tu je…

    Ini syarat berkaitan tarikh sah laku…

    Komen untuk kekangan di atas plak bg sy juga menutup pilihan pemohon yg nak mula dari bawah…sebab kalau keputusan ijazah ke diploma ke xelok pemohon masih ad spm cthnya…ni terus nak mohon ikut kelulusan tertinggi sah2 lebih sukar untuk lepas tapisan…huhu

    Reply
  25. Tengku Haferoul Shah Bin Mohd Zawawi says

    November 9, 2015 at 2:51 pm

    Salam,

    Berkaitan isu kemaskini terbaharu yang telah dilakukan oleh SPA, saya melihat ada pergerakan positif untuk penambahbaikan dalam sistem permohonan SPA. Saya lebih bersetuju dengan sistem terbaru ini berbanding sistem yang lama. Rajin-rajin kan lah update SPA anda setiap tahun. Jadilah calon yang up to date & efisyen.

    TQ.

    Reply
    • Ami says

      November 10, 2015 at 2:22 am

      Saya tak faham kenyataan dia kata boleh jawatan dipohon mesti rendah satu tahap.
      Tengok pada contoh, org ada ijazah kena apply ijazah. Kalau rendah satu tahap bukan ke maksud dia orang ijazah boleh apply untuk jawatan diploma?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA