Rujukan Kerjaya | Tim Infokerjaya

Kerjaya Graduan bermula di sini!

  • Home
  • Kerjaya Graduan
  • Kerja Kerajaan
  • Peta Laman
Rujukan Kerjaya » Persediaan Temuduga » Temuduga Penolong Pegawai Senibina
Temuduga Penolong Pegawai Senibina

Ikhwan Fahmi June 9, 2016 Leave a Comment

Temuduga Penolong Pegawai Senibina

Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 merupakan jawatan sokongan yang ditempatkan di Jabatan Kerja Raya, Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kadar gaji yang ditawarkan bermula dengan kadar RM1,418 sehingga RM5,121. Kenaikan gaji tahunan ialah RM145. Ini tidak termasuk elaun dan imbuhan lain yang diterima oleh kakitangan awam.

Untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Senibina, seseorang calon yang berminat WAJIB mendaftar di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Pemilihan dilakukan menerusi kelulusan calon sekurang-kurangnya sijil dalam bidang seni bina dari politeknik tempatan atau kelulusan yang setaraf. Ia mestilah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Gaji ditahap ini diberi pada kadar RM1,418.

Bagi mereka yang berkelulusan diploma dalam bidang seni bina akan menerima gaji pada kadar RM1,826.02. Calon yang dilantik dalam jawatan ini mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebagai seorang Penolong Pegawai Senibina, berikut ialah kewajipan yang harus ditunaikan :

✔  Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan
✔  Permohonan Pelan Susun Atur
✔  Permohonan Kelulusan Landskap
✔  Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan
✔  Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
✔ Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.

Penolong Pegawai Senibina yang akan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) harus mengetahui sedikit sebanyak tentang JKR sebagai salah satu persediaan kerjaya. Soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya berkemungkinan berkaitan dengan JKR. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Senibina ini ditulis sebagai panduan sahaja dan tidak semestinya disoal semasa temuduga berlangsung.

1. Terangkan visi JKR yang tertulis dalam laman sesawang rasmi mereka.
2. Sebutkan 3 dari misi JKR yang anda tahu.
3. Apakah objektif penubuhan JKR?
4. Ceritakan secara ringkas profil JKR yang ditubuhkan sejak tahun 1872.
5. Ada berapa bahagian pentadbiran dalam pentadbiran JKR?

6. Jabatan di bahagian Ibu Pejabat mempunyai 3 sektor utama iaitu…
7. Sebutkan 3 daripada Cawangan JKR yang anda tahu.
8. Berikan salah satu tanggung jawab Ibu Pejabat JKR.
9. Apakah 3 tanggung jawab seorang Pengarah di JKR Negeri?
10. Sebutkan 3 wilayah utama yang terdapat dalam JKR.

11. Apakah tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh JKR Wilayah Persekutuan?
12. Pelan Strategi JKR berfungsi untuk…
13. Perkhidmatan utama JKR termasuklah…
14. JKR melaksanakan projek-projek mereka menerusi kaedah…
15. Bagaimanakah JKR mengendalikan Penyelenggaraan Jalan?

Lebih banyak panduan temuduga kerja kerajaan boleh didapati di sini :
[+] www.kerja-kerajaan.com

 

Temuduga Penolong Pegawai Senibina Gred JA29

Soalan temuduga Penolong Pegawai Senibina berkaitan dengan jabatan seperti JKR.

Bacaan Tambahan:

  • Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta, Ini 10 Kebaikan Untuk Anda Fikirkan (2)
    Senarai Gred Kerja Kerajaan dan Yang Mana Paling…
  • 7 Mindset yang Anda Perlu Ada Sebelum Mula Memohon Kerja Kerajaan (1)
    7 Strategi Terbaik Memenangi Hati Panel Temuduga…
  • rahsia ptd
    Rahsia PTD: Persediaan Intensif Untuk Program…
  • temuduga kerja kerajaan
    Temuduga Kerja Kerajaan - Soalan TRICKY
  • temuduga kerja kerajaan
    Soalan Motivasi & Hipotesis dalam Temuduga Kerja…
  • temuduga kerja kerajaan
    Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta, Ini 10 Kebaikan…

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: temuduga penolong pegawai senibina, temuduga penolong pegawai senibina gred JA29

About Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi merupakan bekas tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan vokasional. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Muda (Kepujian) Senilukis dan Senireka Grafik dan Media Digital. Kini berkhidmat sebagai penulis sepenuh masa di Infokerjaya Resources. Membantu graduan untuk tembus masuk ke alam pekerjaan menjadi nadi kegembiraan beliau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ARTIKEL TERKINI RUJUKAN KERJAYA

  • Resume Mantap untuk Kerja Kerajaan: 5 Tip Khas untuk Lepasan SPM & Graduan
  • 7 Kesilapan Lazim Calon Semasa Mengisi Borang SPA9 & Cara Mengelakkannya
  • Selain SPA: 5 Sumber Kerja Kerajaan Lain yang Ramai Calon Terlepas Pandang
  • Graduan Tanpa Pengalaman? 6 Langkah Proaktif Dapatkan Kerja Kerajaan Pertama Anda
  • Nak Pilih Kerjaya Apa? Panduan Memilih Kerjaya Sesuai Minat & Kelayakan

KOMEN PEMBACA

  • Shafirah adrah on Pegawai Eksekutif LHDN – Semak Keputusan
  • Hadijah on Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan
  • Muna on Keputusan PTD Sesi 2021
  • zed on Keputusan PTD Sesi 2021
  • KARTINI on Keputusan PTD Sesi 2021

ARKIB LAMAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • October 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • July 2021
  • July 2020
  • June 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • November 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • December 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013

KATEGORI RUJUKAN

  • Agensi Antidadah Kebangsaan
  • Agensi Kerajaan
  • Assessment Center PAC
  • Badan Berkanun Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Berita Semasa
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Motivasi Kerjaya
  • Pegawai Tadbir Diplomatik
  • Pembantu Tadbir
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Separa Perubatan
  • Uncategorized

Tags

adakah saya layak ke temuduga ptd m41 cara tulis resume data pengangguran exam online exam online W27 exam pembangunan masyarakat graduan menganggur jawatan kosong kerajaan kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan kerja kerajaan kerja kosong kerjaya graduan kerjaya kerajaan kerjaya pilihan kesilapan resume lulus ujian psikometrik matlamat kerjaya Mind Set Graduan motivasi kerjaya panduan menulis resume pegawai penerangan pegawai psikologi s41 pegawai tadbir diplomatik pengangguran pengangguran di malaysia pengurusan kewangan penolong pegawai penerangan penolong pegawai tadbir penolong penguasa kastam W27 penulisan resume peperiksaan akauntan peperiksaan online peperiksaan online ptd PTD resume resume kerja separa perubatan soalan pegawai penerangan soalan psikometrik soalan temuduga soalan temuduga kerja kerajaan temuduga kerajaan temuduga kerja kerajaan temuduga ptd ujian psikometrik

Legal

  • Terms and Conditions
  • Privacy Policy
  • About Us
  • Contact Us
  • Sitemap

Copyright © 2025 TIM INFOKERJAYA